Bab 16

966 25 0
                                    

Sampai sahaja di ofis. Grand Entrance sudah di penuhi wartawan dan reporter buatka Hanz berasa pelik. Apa benda yang dia tak tahu ni? Kenapa tiada seorang pun yang bagitahu kepada dia apa yang dah terjadi. Hanz berasa sedikit kecewa.

"Mr Hanz....Mr Hanz....boleh Mr Hanz beri komen tentang kematian Tan Sri Khaleed yang secara mengejut pada tengah malam semalam? Sila beri kami penjelasan...." Wartawan dan reporter menyerang Hanz memandangkan Hanz adalah suami kepada Adreena Taalia.

Dum!

Apa benda yang wartawan dan repoter sedang cakapkan? Kematian Tan Sri Khaleed! Hanz tak faham malah dirinya sudah di kerumungi oleh reporter dan wartawan buatkan dia hampir lemas. Di soal dengan berbagai soalan sedangkan Hanz sendiri tak faham akan ke adaan ini.

"Excuse me! Excuse me!" Dika menjerit lantang menolak semua wartawan dan reporter yang menggila itu. Tubuh Hanz di bawa bodyguard masuk ke dalam kereta Vampire tanpa kata terus meninggalkan perkarangan CROWN.

"Apa yang dah jadi Dika? Kenapa aku tak tahu apa-apa, isteri aku mana? Adreena Taalia mana?" Soal Hanz bertalu-talu kepada Dika yang tampak datar wajah pucat itu.

"Sekejap lagi aku bawa kau dekat Adreena." Hanz tak puas hati Dika tak nak buka mulut.

Hanz cuba sabar dan cuba memahami situasi sekarang ini.

Tanah Perkuburan.

Ramai manusia yang berpakaian serba hitam mengelilingi kawasan tanah perkuburan islam itu. Hanz tak habis fikir lagi, dia hanya mengikut langkah Dika bersama bodyguard yang turut memakai serba hitam itu.

Di satu sudut bahagian paling depan anak mata Hanz menangkap susuk tubuh Adreena Taalia yang berada di dalam dakapan Zane meraung-raung. Entah kenapa hati Hanz pedih melihat situasi tersebut.

"Daddy....daddy....kenapa you tinggalkan I...." Teresak-esak Adreena Taalia meraung kepergian Tan Sri Khaleed yang secara tiba-tiba itu.

"Maafkan pihak kami Cik Adreena Taalia. Pihak hospital sudah mencuba sehabis mungkin menyelamatkan Tan Sri Khaleed tapi Allah lebih sayangkan daddy Cik Adreena..."

"No way! Apa yang doktor cakap ni? Nonsense! Daddy I hidup lagi! I akan saman hopital ni sebab semua doktor dekat hospital ni tipu! You tipu! Daddy I masih hidup!" Adreena Taalia jatuh terduduk di rangkulan Zane yang setia berada di sisi gadis itu tiga jam yang lalu.

Baju kolar Zane Adreena Taalia ramas kuat.

"Zane tolong selamatkan daddy I....daddy tak boleh tinggalkan I macamni? I tak percaya Zane! I nak daddy I! Zane tolong daddy I Zane....."

"Shhhuh I ada Adreena. Lepaskanlah daddy you pergi, doktor tak tipu tak ada sesiapa dekat sini tipu you Adreena." Pujuk Zane biarpun hatinya sedih melihat keadaan Adreena Taalia lemah sebegini.

Yang lain turut mengalirkan air mata meratapi pemergian Tan Sri Khaleed kepada sang pencipta. Di satu sudut yang jauh Clara menangis sehingga bergigil tubuh itu. Masa depannya gelap, Clara mulai takut dia yakin anak majikannya Adreena Taali pasti akan menghantarnya ke penjara kerana dia orang terkahir yang berada di sisi Tan Sri Khaleed.

Tapi bukan dia pelakunya. Clara juga tidak tahu bagaimana suaminya boleh jatuh dan secepat itu suaminya meninggalkan kami semua tanpa sempat pun Clara merasa kasih sayang suami yang baru di nikahi beberapa bulan itu.

Sedikit demi sedikit orang ramai tadi mulai meninggalkan keparangan tanak kubur itu. Yang hanya ada isteri-isteri Tan Sri Khaleed dan anak-anak arwahnya. Tidak lupa kepada Hanz, Zane, dan Dika yang masih setia berada di situ biarpun matahari terik di atas kepala.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now