Bab 18

1K 17 0
                                    

Adreena Taalia memeluk belakang tubuh suaminya tanpa kesah jika bonda nampak kelakuan gedik dia ini. Dia rindu nak bau Hanz, semalam Hanz balik lambat sangat tak sempat nak bermanja lagi Hanz dah ajak singgah rumah bonda pagi-pagi buta lagi. Ajaknya dia nak luangkan masa berdua-dua aja dekat rumah, yalah hujung minggu kan?

Tapi itulah dah lama sangat tak datang rumah bonda. Takut bonda terasa hati pula, yalah sebelum ini Hanz milik bonda sepenuhnya jadi dia kenalah faham bonda pun rindu juga dekat satu-satunya anak sulung lelakinya walaupun hanya anak susuan yang di buang tetap darah daging bonda jika diikut peraturan agama islam.

"Adreena please behave. Nanti bonda nampak saya tak suka." Adreena Taalia hiraukan teguran Hanz.

"Biarlah I rindu dekat you baby. Bonda dekat depan jangan risau, you tu cepatlah masak I dah lapar ni." Gesa Adreena Taalia tetap berkeras memeluk erat tubuh Hanz.

Hanz ketap bibir. Kalau bonda tak nampak habistu adik-adik dia? Ingat bonda sahaja yang ada dekat dalam rumah ni, nak tegur lebih nanti merajuk pula isterinya itu. Haih.

"Nak cepat masaklah sendiri saya bukan robot."

"I tak kata you robot I suruh you masak cepat. You failed bm ke masa SPM dulu?" Hanz malas nak bertekak jadi dia biarkan Adreena Taali membebel sendirian.

Fatima yang ingin masuk ke dapur berhenti sejenak. Matanya meluas melihat adegan romantik itu buatkan Fatima malu. Sepatutnya dia perlu berhati-hati kerana dia sudah tahu yang abang Hanz dengan isterinya ada dekat dapur.

"Fatima kenapa berhenti?" Soal Warda pelik. Matanya di bawa ke arah apa yang Fatima sedang lihat itu. Huh! Perempuan itu langsung tak reti hormat orang lain. Tak malu!

Warda menarik tangan Fatima, ingat ini rumah dia? Ini rumah bonda tak ada maknanya mereka berdua pula yang perlu lari.

"Eh akak, nanti diaorang tahu macam mana?"

"Biarlah. Diaorang tu yang tak kena tempat, kenapa kita pula yang perlu lari. Jom." Lengan Fatima di rangkul lalu masuk ke ruang dapur itu.

"Ehem. Hanz lambat lagi ke masak tu? Bonda dah tanya." Sengaja Warda guna intonasi suara yang sedikit kuat biar dua manusia itu sedar kehadirannya di sini. Lagi-lagi Adreena Taalia, perempuan itu memang tak tahu malu langsung.

Laju tangan Hanz merungkaikan pelukan Adreena Taalia itu. Adreena Taalia mencebir bibir, takut sangat kalau PA dia tu fikir yang bukan-bukan. Huh!

"Err...sikit lagi kut. Bonda dengan adik-adik saya buat apa je dekat luar?" Hanz mengubah topik. Gila dia malu dengan Warda lagi-lagi ada Fatima di sebelah Warda lagilah malu buat rasa mukanya mahu meletop.

Adreena Taalia pula tayang muka tak ada perasaan. Nak malu buat apa? Suami sendiri lainlah suami orang.

"Kak Warda Fatima keluar dululah." Pinta Fatima tidak mahu campur urusan mereka semua. Lebih baik dia pergi dekat bonda daripada berada di sini, Fatima kurang selesa memandangkan Hanz bukan mahramnya.

"Tengok tu kesian dekat Fatima. Padahal ini rumah dia, orang lain pula yang tak tahu malu buat macam rumah bonda ni rumah dia sorang. Tolonglah hormat kalau iyapun dah kahwin, tak tahu ke kemesraan suami isteri tak boleh tunjuk dekat orang?" Tempelak Warda buatkan Adreena Taalia jadi panas baran.

Hanz mulai cuak. Warda pun satu kenapa mulut tu tajam semacam.

"Amboi sedapnya mulut you kan Warda macam ustazah pencen. Sebelum you jejak kaki masuk dapur tadi mesti you dah nampak bukan kami sedang berasmara dana kenapa you nak masuk juga? Orang luar? Hello sister. Untuk pengetahuan you I Adreena Taalia isteri kepada Hanz Eidlan. Hanz tu anak siapa? Anak bonda right so I ni anak menantu bonda jadi suka hati I lah nak buat apapun. Dan you tu siapa? You ada kene mengena ke dalam istilah keluarga bonda? Lainlah Fatima dia anak angkat bonda and you tu siapa? PA suami I? Or kawan suami I? Sepatutnya you tu tak penting pun ada dekat sini rumah mak mentua I, you tu orang luar. PA my ass! Or should I say friend my ass!"

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now