Kain yang menutupi seluruh wajahnya akhirnya di buka seseorang sehingga Zara kembali dapat bernafas dengan baik setelah seharian kepalanya tekup dengan kain.
Wajah tadi yang lega berubah gerun setelah sedar siapa gerangan manusia yang kini duduk di hadapannya sedang bersilang kaki menatap dia tajam.
"Hello Zara Rayca my beautiful daughter...." Meleret Datin Sri Tengku Nadine berkata-kata.
Air mata Zara gugur serta merta tidak menyangka dia akan kembali ke sangkar mummynya setelah bertahun dia hidup bebas di jaga orang-orang kak Adreena tapi entah bagaimana dirinya boleh di culik lalu serta merta dia di bawa pulang ke Malaysia pada hari itu juga.
"Mummy...." Terketar-ketar bibir kering Zara menyebut panggilan tersebut bila mummy mulai berdiri menuju ke arahnya. Tanpa kata dagunya di cengkam kasar!
"Sakit....please don't hurt me mummy...." Terjebir-jebir bibir Zara menahan daripada tangisan yang kian galak ingin merembes keluar itu.
Abang Zane....
"Sakit? Sakit! You fikir sakit you je! Habistu sakit hati I ni macam mana! You anak tak guna samalah dengan abang you tu Zane Rafa, you jangan ingat I tak tahu selama ni you menyorok dekat mana!" Jerkah Datin Sri Tengku Nadine tepat pada wajah anak gadisnya itu sehingga terenjut kedua belah bahu Zara.
Klak.
Pistol di tangannya di tekup ke tepi dahi anaknya.
"Bagitahu mummy Zane ada dekat mana sekarang ni? You jangan main-main dengan mummy Zara, you jangan ingat you anak kesayangan I...I tak boleh sakitkan you macam mana I buat dekat Zane! Bagitahu mummy!" Ugut Datin Sri Tengku Nadine langsung tiada keperimanusiaan terhadap anaknya sendiri.
Terpejam kelopak mata Zara rapat bila mana muncung pistol itu di tekan kuat apabila dia masih tidak membuka mulut bersama air mata yang kian lebat mengalir membasahi seluruh wajah cantik itu.
"Zara nanti Zara pergi sana tolong jaga diri you untuk abang can you? Abang risau nak lepaskan Zara pergi sana, hati abang berat dik. Kalau Zara tak pergi boleh tak? Just stay with me until everything was settle, boleh tak?" Lemah suara Zane ingin melepaskan kepergian Zara melanjutkan pelajarannya itu.
Tersenyum meleret Zara mengusap pipi abang Zane yang tetap tidak ingin melepaskan tangannya itu.
"Sorry abang Zara ada kehidupan Zara sendiri. Abang pun tahu apa yang Zara nak achieve kan? I want to be a top one doctor that graduate under the best University remember? Abang please izinkan Zara pergi, don't make pity face like that. I just want to purse my dreams...."
"Kalau macamtu pastikan Zara banggakan abang, pastikan Zara balik dan tunjuk dekat abang sendiri yang you dah berjaya. I put a big in trust with you and Adreena people even thought that my heart don't say so. Tapi abang tak nak adik abang kecewa so I need to let you go and please...and please take care yourself like how you love me Zara Ryca...."
Kenangan di KLIA terimbas kembali buatkan air mata Zara akhirnya pecah jua. Itulah kali terakhir dia berjumpa dengan abang Zane manakala dua minggu yang lepas terakhir kali dia berhubungan dengan abang Zane selepas dirinya di culik.
Melihatkan wajah hancur dan kecewa anaknya itu serta merta bilik rahsia itu penuh dengan gelak tawa Datin Sri Tengku Nadine setelah sedar bahawasanya dia sudah dapat mengketar-ketirkan Zane Rafa setelah sedar mereka kini sudah terputus hubungan dan dia suka!
"Nampaknya abang kesayangan you sendiri pun tak tahu keadaan you kan Zara? Entah-entah Zane tak tahu pun yang you dah hilang kena culi. Mesti abang Zane you sibuk nak jaga perempuan tak tahu malu tu kan? Adreena Taalia. You ingat mummy tak tahu dekat mana you menyorok selama ni! Zara ingat mummy bodoh!"
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...