Bab 13

1K 23 0
                                    

Mujur Hanz sejenis yang sabar kalau tak dah lama Adreena Taalia kena tengking kalau orang tu jenis yang panas baran.

Alhamdulillah selesai juga Adreena Taalia menunaikan solat isyak walaupun merangkak-rangkak tapi Hanz tetap bangga dalam diam. Okeylah rasanya dia dah mengantuk sangat mata pun dia dah tak boleh nak celik lagi.

Hanz mulai berbaring di atas katil. Adreena Taalia berasa geram Hanz tak ajak pun dia tidur sekali. Bencinya!

"Hanz I nak tidur mana ni?"

Hanz membuka kelopak mata. Oh mungkin Adreena Taalia tak nak tidur sekatil dengannya, Hanz bersedia bangun nak beralih ke sofa.

"Hesy you nak pergi mana?" Soal Adreena Taalia hairan. Dia tanya sebab tadi Hanz tidur betul-betul dekat tengah bukan tak nak tidur sekatil dengan Hanz. Gila taknak ini peluang dia nak peluk ketat-ketat suaminya itu.

"Nak pergi tidur atas sofalah kan awak juga yang tanya tadi." Jawab Hanz dalam keadaan mamai. Dia betul-betul mengantuk tak ada masa nak layan perangai mengada perempun itu.

Adreena Taalia mengguling mata. Lengan Hanz dia tarik tak semena-mena Hanz jatuh semula dengan peluang itu Adreena Taalia terus rebahkan kepalanya di atas lengan suaminya itu buatkan kelopak mata Hanz terbuka luas di tolaknya tubuh Adreena Taalia kasar.

"Rimaslah. Saya tak selesa." Ucap Hanz.

Kini baru Hanz sedar tubuh Adreena Taalia di salut baju tidur satin yang terdedah itu buatkan laju-laju Hanz mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Hanz tak akan sentuh selagi dia tak yakin dengan dirinya yang dia akan jatuh cinta kepada Adreena Taalia biapun di berhak ke atas perempuan itu. Bukan nafsu semata-mata biarlah ikhlas daripada hatinya. Hanz harap Adreena Taalia faham yang perkahwinan ini masih baru dan dia taknak jadi lelaki yang munafik.

"Urgh fine! You pergi tidur atas sofa sana! Menyemak!" Mood Adreena Taalia sudah berubah garang. Hatinya sakit bila di tolak kemahuannya yang satu itu, dasar lelaki naif! Bodoh!

Hanz di halaunya dari katil lalu Adreena Taalia menarik terus comforter menutupi satu badan. Dah tak nak tengok sangat kan! Dia pun tak hamak nak tunjuklah.

Lebih baik dia tidur!

Hanz di atas sofa mulai rasa bersalah tapi dia taknak, hatinya belum bersedia dia harap Adreena Taalia memberinya masa.





"Awalnya you masuk pejabat mana suami you Adreena?" Tegur Zane. Adreena Taalia endahkan lelaki itu terus melabuhkan duduk di atas sofa mewah itu dan menyilang kakinya seperti biasa.

Dia tak ada mood! Pagi tadi dia bangun terus bersiap tak kejut langsung Hanz yang masih di ulit mimpi itu. Lebih baik dia masuk ofis awal kuranglah sikit sakit hatinya.

"Ini kenapa ni? Takkan baru kahwin dah gaduh, you nak makan apa? Jom kita pergi breakfast." Ajak Zane lembut seperti biasa. Bahu gadis itu di usap lembut tengok muka cemberut Adreena Taalia pun dia tahu yang mood perempuan itu sedang swing.

"I nak makan dekat cafe bawah je. Jom."

Hanz meraup wajahnya bangun sahaja pagi tadi Adreena Taalia dah hilang. Mereka berdua sememangnya tak ada ambil cuti khusus untuk honeymoon memandangkan di ofis masih banyak kerja jadi dia tak ada masa nak ambil cuti.

Lainlah Adreena Taalia gadis itu nak ambil cuti sebulan pun tak apa.

Hanz bersiap pun ala kadar asalkan nampak kemas itu sudah memadai. Sah Adreena Taalia marah pasal semalam, yalah tercari-cari juga Hanz manalah tahu Adreena Taalia masih berlegar di hotel tapi tak ada.

Bila terserempak dengan Adriana Tania perempuan itu kata dia tengok isterinya sudah pergi bersama Dika. Kalut Hanz sekarang ini menuju CROWN.

Sampai di lobi Hanz merengus kasar. Oh Adreena Taalia sedang bergelak tawa bersama Zane dan di situ dia tak nampak pula Dika. Entah hatinya cemburu mungkin di keranakan Adreena Taalia sekarang sudah sah menjadi isterinya.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now