Bab 36

916 22 1
                                    

"Hanz boleh bonda tanya sikit? Meh sini duduk sebelah bonda." Gamit Puan Harum lembut ke arah anaknya yang baru menunjukkan diri itu untuk duduk di sebelahnya.

Akur. Hanz mula membawa kakinya ke sana lalu duduk di labuhkan berhadapan bonda itu.

Tunak anak mata Puan Harum melihat perubahan wajah Hanz yang sedikit cengkung manakala bawah mata itu kelihatan bengkak sedikit. Manakala wajah anaknya nampak tidak bermaya seolah-olah sedang menanggung masalah yang besar.

Jadi hari ini Puan Harum ambil keputusan untuk bertanya, hatinya tuanya tidak tenang malah saban hari Hanz hanya terperuk di dalam bilik buatkan Puan Harum rasa sangsi.

"Hanz ada masalah ke? Bonda tengok dah dua minggu Hanz tidur sini, ada benda yang bonda perlu tahu ke?" Berhati-hati Puan Harum menyoal cuba untuk memahami emosi anaknya ini.

Hanz hembus nafas berat. Dia sebenarnya sudah lama mahu meluahkan dan menceritakan kepada bonda tapi dia tak kuat. Sumpah sekarang ini dia sudah pasrah.

"Hanz nak bercerai." Ujar Hanz tanpa nada buatkan Puan Harum terkelu.

Ya itu keputusannya. Hanz sudah tekad.

"Hanz fikir masak-masak nak. Kenapa sampai nak berpisah? Apa salah isteri kamu cuba bagitahu bonda." Puan Harum tak habis fikir.

"Adreena...dia...dia..."

"Dia apa Hanz?" Gesa Puan Harum.

"Dia curang belakang Hanz bonda." Akhirnya terluah juga beban yang di tanggung selama ini. Bibir di ketap kuat untuk mengumpulkan kekuatan.

Kini Puan Harum terkedu. Dia betul-betul terkedu.

"Hanz ada bukti? Kalau tak ada bukti tak baik jatuhkan fitnah macamtu Hanz. Adreena isteri kamu, Hanz dah dengar cerita dia? Atau Hanz buat spekulasi sendiri? Masyaallah...." Mengucap panjang Puan Harum lalu di urut dadanya. Masih terkejut.

"Hanz tak tipu bonda. Ini bonda boleh baca." Warda menyerahkan telefon bimbit miliknya yang terpapar artikel berita tergempar dua hari yang lepas di mana Dika Ibrahim dan Adreena Taalia di tangkap khalwat manakala Adreena Taalia sendiri yang memutuskan bahawasnya mereka akan bernikah selepas habis iddah.

Puan Harum meraup mukanya yang kini sudah basah dengan air mata.

"Habistu Hanz nak lepaskan Adreena macamtu je? Langsung taknak pulihkan keadaan? Kenapa Hanz jadi lembik macamni nak? Bonda tak ajar anak bonda lepaskan tanggungjawab macamtu. Apa yang Hanz dapat kalau berdiam diri macamni? Bonda tak habis fikir Hanz...."

"Bonda nak suruh Hanz buat apa lagi. Cuba bonda cakap dekat Hanz, tak sempurna ke Hanz untuk perempuan hebat macam Adreena Taalia tu. Hanz bukan tak cuba bonda...Hanz dah cuba. Adreena sendiri yang pilih jalan tu, Adreena sendiri yang tolak Hanz bonda. Hanz dah cuba ajak berbincang tapi Adreena tetap pilih dunia dia bonda. Maruah Hanz di pijak-pijak dia langsung tak hormatkan Hanz bonda. Hanz dengar sendiri daripada mulut Adreena dia sendiri yang pilih untuk berpisah dengan Hanz. Hanz akur jika itu pilihan dia. Jika itu dapat bahagiakan dia bonda Hanz terima."

Suara Hanz sudah serak. Buat kali pertama dia mengalirkan air mata di hadapan bonda dan Warda. Dia sudah tidak kesah. Hati dia. Hati dia dah hancur! Rasanya tak ada lagi benda untuk dia teruskan hubungan ini. Semuanya sia-sia!




Nancy dan yang lain kecut perut. Sejak-sejak majikannya mulai masuk kerja selepas pulih daripada pantangnya itu Cik Adreena Taalia semakin menjadi-jadi barannya. Ada sahaja yang tak kena di mata majikannya sehingga boleh di katakan setiap hari pasti Cik Adreena Taalia mengamuk!

"Get out of my room! You bawa kerja sampah you ni lepastu buang dalam tong sampah! I suruh you bawa report dekat I bukannya sampah!"

Pap!

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now