Mata yang terasa berpinar Adreena Taalia kedip-kedipkan mahu menghalau pergi rasa itu. Entah berapa lama dia terlelap pun dia tak tahu, rasa penag yang teramat malah rasa sakit di bawah ari-arinya semakin menjadi-jadi buatkan Adreena Taalia mulai risau akan kandungannya.
Walaupun dia sakit hati dengan Hanz tapi tidaklah sampai nak benci pula anak yang di kandung ini biarpun masa itu dia di tipu hidup-hidup oleh Hanz.
Cinta? Puih!
Adreena Taalia bangkit daripada tidur rasa lenguh di pinggang buatkan bibirnya mengeluh perlahan. Tekak terasa kering pula. Kaki perlahan-lahan dia jatuhkan ke atas lantai lalu di pijak lantai itu untuk bangun berdiri.
Berpinar-pinar mata di buatnya buatkan Adreena Taalia berhenti sejenak.
Bila dah okey baru dia melangkah mendekati pintu kamar bilik di buka lalu di katup. Kaki mulai turun satu persatu anak tangga untuk ke dapur nak minum air.
Sampai sahaja ke tingkat bawah laju kakinya di bawa ke arah dapur yang kosong itu. Pergi manalah semua pembantu rumah dia satu orang pun tak ada? Melampau.
Air di minum dengan rakus.
Ding Dong!
Ding Dong!
Ding Dong!
Ha manusia mana tu tak menyabar sangat! Gamaknya nak kena jirus dengan air nampaknya, fikir dia robot tekan loceng sekali terus terbuka pintu tu? Urgh!
Gelas tadi di letak ke dalam sinki. Elok dia nak pergi buka pintu Dika yang datang entah dari mana dengan baju singletnya terus membuka pintu rumah utama itu.
Dan Adreena Taalia hanya berdiri di situ.
Sebaik sahaja Dika membuka pintu rumah yang dalam keadaan mamai memandangkan sekarang dah pukul sebelas tak silap dia matanya di penuhkan dengan pakcik-pakcik berpakaian sereban.
Ha ini hantu balik haji mana yang sesat sampai muka depan pintu rumah dia ni.
"Ya pakcik ada apa ye?" Mereka semua saling berpandangan sebelum mengalihkan pandangan ke arah Dika.
"Kami dari pihak pejabat agama telah mendapatkan laporan bahawa cik ada membawa perempuan masuk ke dalam rumah cik pada pukul lima petang tadi. Boleh kami semua masuk untuk lihat samada iainya benar atau tidak?" Dup! Jantung Dika terus berdegup kencang.
Adreena Taalia yang turut memasang telinga mulai panik memandangkan memang benar hanya ada dia dan Dika sahaja sekarang ini.
Tiba-tiba Adreena Taalia merasakan di bahagian ari-arinya mengeras kuat. Sakit! Hatinya mulai rasa tidak sedap hati akan kandungannya.
Dika masih statik di situ kakinya tidak mampu bergerak ke belakang untuk beri mereka yang berserban dan berkopiah itu masuk ke dalam rumah. Kalau mereka terjumpa Adreena yang ada sedang tertidur lena pasti keadaan akan kucar kacir selepas ini.
Zara dan Zane tiada di bahagian depan kerana tempat yang mereka berada sekarang ini merupakan bilik rahsia dan tak ada sesiapa yang tahu melainkan orang kepercayaan Adreena Taalai sahaja yang di benarkan masuk.
"Kami mohon cik dapat beri kerjasama..."
Gedebuk!
Laju Dika berpusing selepas mendengar benda jatuh.
"Adreena!" Laju Dika mengahmpiri Adreena Taalia yang sudah rebah itu.
"Masyallah..." orang-orang berserban dan berkopiah tadi tergeleng-geleng melihat anak zaman muda sekarang ini langsung tidak malu melakukan maksiat berzina itu.
"Tolong! Tolong panggilkan ambulans!" Jerit Dika kepada orang-orang tersebut apabila Dika sedar tangannya berdarah lecer.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...