Bab 11

913 28 0
                                    

Nampak sahaja Zane terus laju kaki panjang putih mulus Adreena Taalia mendekati lelaki kacukan Belanda itu.

"Zane! Kenapa you mc tak bagitahu I?" Tubuh Zane di peluk erat. Dia rindu tahu tak?

Dalam diam Zane menahan perit di bahagian perutnya apabila tangan Adreena Taalia yang melingkar erat buatkan Zane mengaduh dalam diam. Tiga hari dia mengambil mc setelah di belasah teruk oleh orang mummy buatkan satu hari dia tidak sedarkan diri setelah batuk berdarah.

"Hey you dah tak boleh peluk I macam ni lagi tahu? Tu bakal suami you tengok I macam nak telan..." bisik Zane di telinga Adreena Taalia lembut. Perlahan tangan gadis itu Zane rungkaikan.

Adreena Taalia mencari kelibat Hanz dan benar apa yang Zane bisikkan. Hanz sedang merenungnya tajam. Tapi ada dia kesah? Bibir di cebikkan sebelum kembali memandang wajah pucat Zane. Bibir lelaki itu betul-betul kering.

Ketap bibir Hanz melihat perangai Adreena Taalia yang langsung tak reti nak jaga batas pergaulannya bersama ajnabi. Hanz tahu lagi satu gadis itu memang sengaja nak buat dia cemburu pasal hal Warda semalam. Perangai macam budak.

"Zane you sakit apa? Kerap kali you ambil mc, I risaulah Zane...." Tanya Adreena Taalia.

Zane hanya senyum. Pipi Adreena Taalia di usap lembut, dia berjanji dengan dirinya yang gadis ini tidak akan menjadi bahan untuk mummy dan daddynya sebagai senjata untuk memperkuatkan lagi kedudukan daddy sekarang ini. Biarpun nyawa menjadi galang gantinya, itu janji Zane Rafa.

"You jangan risau I demam sikit. Mungkin berpanas dekat site, tu bakal suami you tu. I dengar dia pun demam."

"Macam mana you boleh tahu?" Soal Adreena Taalia kehairanan. Kenapa dia tak tahu pun!

Tergelak Zane di buatnya. Nak cakap Adreena Taalia ni polos rasanya tak.

"Uncle Khaleed yang bagitahu I yang...." Tak sempat pun Zane nak habis ayat dia Adreena Taalia terus melangkah ke arah Hanz.

"Apa ni Cik Adreena?" Terkejut Hanz tiba-tiba telapak tangan gadis itu melekat di dahinya. Laju Hanz melangkah setapak ke belakang.

"You demam kenapa tak ambil mc?"

"Suka hati sayalah jangan menyibuk boleh tak Cik Adreena. Lagi satu jangan sentuh saya macamtu lagi." Kata Hanz sedikit kurang enak.

"Dah lah saya nak pergi site."

"No way! I tak akan benarkan. Biar Dika ganti you pergi site harini, lagi dua minggu kita nak nikah you jangan nak buat hal Hanz." Halang Adreena Taalia garang.

Patutlah santai betul Hanz sarung t-shirt hitam berkolar dengan seluar jeans. Dah demam tu buatlah cara demam!

Hanz tepuk dahi. Ini mesti Adreena Taalia tahu daripada Tan Sri Khaleed, dia dah cakap jangan bagitahu dekat perempuan ini sebab Hanz tahu perempuan ini mesti melebih-lebih. Hey dia lelakilah setakat demam apalah sangat.

"Kaki saya ikut suka hati sayalah. Dua minggu tu masih lama Cik Adreena, entah-entah kita tak jadi kahwin ke. Ha, manalah tahu jadi apa kata Cik Adreena pergi masuk bilik Cik Adreena. Dah pukul sembilan setengah ni, nanti orang kata COO asyik merayap tak buat kerja Cik Adreena pula yang sakit hati." Sindir Hanz pedas.

Hey sakitnya telinga Adreena Taalia! Hanz ni memang suka mencabar dialah semenjak lelaki ini bakal menjadi suaminya. Mulut tu makin tajam buatkan Adreena Taalia rasa nak stapler dengan gun! Baru tak sakit hati dia.

Hanz rasa nak gelak tengok wajah kelat perempuan itu. Hanz sengaja sebab dia suka tengok bibir bergincu merah itu muncung rasa nak ikat dengan getah. Gila nak batalkan mahlis yang dah berpuluh ribu di habiskan itu? Walaupun dia masih tak ada hati dekat Adreena Taalia tapi Hanz masih punya tanggunggjawab.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now