Hanz menyelak baju isterinya lalu dia menekup telinganya di situ kerana mahu dengar anaknya tengah buat apa dekat dalam tu.
"Honey lambat lagi ke anak kita nak keluar? Saya tak sabar tahu tak nak main dengan anak kita. Hmmm" lembut sahaja perut Adreena Taalia yang membukit itu di usap perlahan.
Begitulah aktiviti Hanz hampir setiap malam buatkan dia rasa geli hati.
"Lambat lagilah baby, ada lima bulan sembilan hari lagi. Alaaa kalau anak kita keluar I dah tak boleh nak manja-manja dengan you, mesti nanti you lebihkan anak kita." Pulak dah? Jauh sangat isterinya itu fikir.
Hanz bangkit lalu dia baring semula di sebelah isterinya itu.
"Kenapa honey boleh fikir jauh macamtu? Taklah, mestilah saya akan layan queen dan princess saya sama rata."
Ya mereka baru je scan semalam, doktor kata baby mereka baby girl!
"Yeke? Entah-entah nanti you balik kerja you cari anak kita dulu." Entahlah kenapa dia emosi betul, dengan anak sendiri pun nak jeles-jeles.
Terus tawa Hanz pecah dan tangan halus isterinya di bawa ke bibirnya lalu di cium kekura tangan isterinya itu.
"No promise me. I will treat my wife and my daughter equally or you want me to treat you more special?" Tawar Hanz nakal.
Terus bersinar-sinar anak mata Adreena Taalia dan dia angguk berkali-kali.
"Yes, of course! That's more better." Jawab Adreena Taalia teruja.
"Then awak kenalah upah saya dulu."
"Ha? Maksud you?" Tanya Adreena Taalia tak faham. Blur.
Hanz mula mendekatkan bibirnya ke cuping isterinya lalu di bisik sesuatu tak sampai satu minit pehanya sudah menjadi mangsa cubitan ketam isterinya.
"Adoi! Tadi awak juga yang nak saya treat morekan? Ingat free ke? Mestilah ada upahnya. Apa macam setuju tak?"
"Tiga kali sehari? Ingat I ni machine ke apa? Malaslah layan you ni. Benci." Rajuk Adreena Taalia dengan wajah masam mencukanya.
Hanz cebir bibir.
"Tak nak sudah, kira fair and square dah tu." Hanz masih mahu mengusik sengaja dagu isterinya di cubit manja.
Adreena Taalia malas melayan. Orang tua gatal.
Dup!
"Awww!" Jerit Adreena Taalia bila dia dapat merasakan kaki bayi tiba-tiba menendang perutnya.
"Kenapa honey?" Risau Hanz bertanya.
"Baby tendanglah you...." Teruja Adreena Taalia memberitahu lalu menarik tangan Hanz di bawa ke perutnya.
Dup!
"Masyallah anak baba." Jerit Hanz ceria sehingga tersengih sampai ke telinga lebarnya.
"Ya Allah anak ibu." Sedikit sebak Adreena Taalia apabila inilah kali pertama perut dia di tendang.
Masing-masing masih lagi diam menunggu gerakan anak mereka mana tahu anak mereka nak tendang lagi sekali. Tapi nampaknya anak mereka sudah tidur barangkali senyap sahaja tiada lagi tendangan seperti tadi.
"Eh dah nak tidur dah?" Tegur Hanz bila isterinya mula menyelesakan diri.
Anak mata lentik Adreena Taalia mengecil.
"Yalah dah lewat ni, kenapa?"
"Haih awak tak bagi lagi kata putus setuju ke tak ka....aduh!" Terus terpekik terlolong Hanz bila cubitan isterinya itu semakin kuat daripada tadi.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...