Hanz mengambil tempat yang sudah di khaskan untuknya dan Warda pula berdiri di belakangnya. Hanz sedar pandangan anak Tan Sri Khaleed siapa lagi kalau bukan Adreena Taalia begitu ketara sekali sedang merenung dia buatkan Hanz berasa tidak selesa berada di dalam bilik meeting bersama ketua unit dan syarikat lain yang turut bekerjasama seperti dia.
Bilik meeting sunyi sepi memandangkan Adreena ada situ buatkan semua mnausia di dalam bilik itu takut untuk bersuara. Aura seorang anak Board Director papan atas begitu kuat sekali sampai yang lain terketar-ketar walhal Adreena Taalia relaks sahaja berada di atas kerusi empuknya.
Adreena Taalia pula sudah terpukau dengan wajah maskulin Hanz, coat yang tersarung di tubuh Hanz menampakkkan lagi tubuh tegap dia. Perfect! Adreena dah semakin jatuh cinta di buatnya, tapi dalam pada masa yang sama bibir Adreena Taalia meleret tersenyum melihat wajah Hanz yang kurang selesa di tatap sebegitu.
Adreena Taalia berpusing mencari Dika. Lalu menggamit tangannya ke mari. Dika mendekati lalu Adreena Taalia tarik lengannya agar lebih mendekat. Takut orang lain dengarlah.
"Dika you tolong belikan I breakfast dua. Lepas meeting ni you jemput Hanz dengan PA dia ke dalam bilik I." Bisik Adreena Taalia di telinga Dika. Akur permintaan Adreena Taalia dia memesan sahaja melalui aplikasi foodpanda.
Hanz pula melirik dengan sebelah mata kemudian begitu juga dengan lain. Nampaknya mood anak Tan Sri Khaleed ceria hari ini buatkan ketua dan pemegang saham yang lain turut berasa lega.
Tak lama kemudian Tan Sri Khaleed muncul dan semua bangun kecuali Adreena Taalia. Adriana Tania juga muncul dan labuhkan duduk di sebelah adiknya diikuti Zane selaku CEO Crown turut melabuhkan duduk di tepi Tan Sri Khaleed yang sudah melabuhkan duduk di tengah-tengah meja meeting itu selaku Ketua Board.
Sudah cukup semuanya meeting mula berlangsung.
Adriana Tania sedar yang mata adik dia asyik melekat di salah satu client penting daddy buatkan siku Adreena Taalia dia tolak sedikit.
"Please behave Adreena Taalia. You buat dia tak selesa, fokus on our meeting." Pesan Adriana Tania buatkan Adreena Taalia serabut.
Kakak dia ni terlalu straight tak macam daddy. Entahlah sejak meeting berlangsung dah hampir satu jam satu habuk pun Adreena Taalia tak catat apa-apa melainkan matanya tajam merenung Hanz yang nampak tak selesa di sana.
Hanz pula rasa nak angkat kaki sekarang! Dia nak fokuskan ke arah Director Board yang berbicara dekat depan pun tak boleh memandangkan setiap kali matanya menghala ke sana pasti satu anak mata gatal mengeyit ke arahnya tanpa malu buatkan bilik meeting menjadi sempit dan panas!
"How about Adreena Taalia our COO, I want you to say someting about our new project. The marveloues one." Terserentak namanya di seret Adriana Tania, Adreena Taalia merengus geram. Dia tahu Adriana Tania memang sengaja, sempat dia menjeling Zane mahu mengadu perihal Adriana Tania kepada lelaki itu.
Zane angkat bahu. Tak dapat nak tolong.
Nak tak nak dia kena cakap juga. Yalah dah semua mata terarah kepada dia, takkan tak nak cakap pula nanti malulah muka dia sebagai COO CROWN.
"For our new project I want to rescue something."
"What is it?" Soal Tan Sri Khaleed. Adreena Taalia simpan senyum kemenangan dia pasti daddy akan bersetuju. Dia dah menang besar, itulah siapa suruh dia bagi idea sangat jadi sila salahkan Adriana Tania bukan dia.
"For our engineer Mr Hanz who absolutely great for his craziness idea. Why not in this project you Mr Hanz stay in our company? I'm sure our works to become more easy which you who don't have to rushing if we have a emergency meeting or disscussion, right Mr Hanz? What do you think about it daddy?"
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...