Bab 22

994 18 0
                                    

Setelah seminggu kejadian itu berlaku keadaan yang huru hara kembali tenang. Puan Harum sudah discharge seminggu yang lepas dan Adreena Taalia juga sudah discharge pada hari yang sama memandangkan luka di dahi isterinya tidak begitu teruk.

Akhirnya Hanz dapat bernafas lega. Rumah tangga dia bersama Adreena Taalia semakin kukuh tiangnya malah isterinya berubah sejak dia menyatakan perasaan yang selama ini sudah lama hadir, cinta buat sang isteri. Adreena Taalia semakin suka menempel dengannya sehingga perempuan itu kurang masuk ofis. Mentang-mentang dah jadi Ketua Direktor sekarang Adreena Taalia buat CROWN macam hotel. Masuk keluar.

Bila di tanya, katanya mahu melekat dua puluh empat jam bersama dia. Tepuk dahi Hanz di buatnya dengan perangai nakal isterinya itu.

"Baby cepatlah bangun. You dah lewat tahu tak?" Marah Adreena Taalia bila suami dia masih selamba berselimut di atas katil sedangkan dia sudah bersiap mahu mengikuti Hanz ke ofisnya H' Enterprise.

Hanz guling mata. Tak menyempat betul Adreena Taalia, suka memaksa.

"Awak cantik-cantik ni nak pergi goda siapa dekat ofis saya tu?" Tanya Hanz tidak berpuas hati. Tengoklah pakaian isterinya itu, kalau tak over tak sah!

Adreena Taalia kerut dahi, apa yang cantiknya? Dia memang sentiasa cantik, Hanz buta ke apa? Adreena Taalia kalau duduk rumah pun dia punya outfir macam nak pergi mall inikan pula nak keluar jalan depan orang.

Lagi-lagi dekat ofis Hanz ada Warda. Sajalah dia nak tayang dekat perempuan itu betapa cantiknya dia nak di bandingkan dengan perempuan itu. Asyik baju kemeja dengan tudung bawal, tak menarik langsung! Cubalah pakai shawl yang berbelit-belit itu pula ke, dia yang tengok pun rasa jemu. Heh!

"Hanz Eidlan cepatlah! I dah lapar ni!"

"Amboi, siapa suami sekarang ni? Apa ni tinggi-tinggi suara dekat suami? Babap kang." Tegur Hanz geram.

Adreena Taalia buat tak peduli. Selimut yang menutupi tubuh Hanz dia tarik dan lempar ke bawah. Towel milik suaminya di capai lalu di letak ke bahu Hanz yang sudah duduk di birai katil itu.

"Cepatlah pergi mandi sana." Arah Adreena Taalia menunjuk ke bilik air sana.

Hanz menggeleng.

"Tak selagi awak tak kasi saya morning kiss." Ugut Hanz mengada-ngada. Bibirnya sengaja di muncungkan.

Adreena Taalia buat muka geli.

"Euww, taknak lah I. You tak gosok gigi lagi, mandi pun tak. Busuk. Taknak...taknak..." tolak Adreena Taalia siap tutup lagi hidungnya nak bagitahu betapa busuknya Hanz sekarang ini.

Hanz senyum senget. Oh, busuk ya? Tunggu dia...

"Hanz apa ni? I dah mandilah! You gila ke? Hanz...." Pekik Adreena Taalia bila Hanz mulai buat kerja gila. Tubuhnya di angkat Hanz lalu di bawa masuk ke dalam bilik air buatkan Adreena Taalia gelabah.

Hanz pula sudah ketawa besar lalu di kunci pintu bilik air itu.

"Apa kata awak pula teman saya mandi. Lagipun saya nampak awak macam busuk je lagi." Flash! Pili air hujan di buka Hanz buatkan baju mahal Adreena Taalia sudah basah lecun!

"Hanz Eidlan.....!"








Warda yang berada di mejanya melihat jarum jam di tangannya, dah pukul dua belas baru lelaki itu muncul. Warda ingatkan Hanz tak datang kerja harini tak pasal-pasal janji temu pukul sepuluh pagi tadi dia cancel last minit bila Hanz tak muncul-muncul.

Nasib baik client yang tadi tak mengamuk senang di urus. Baru Warda nak tegur Hanz kenapa lambat tak jadi bila kelihatan Adreena Taalia turut ada sekali buatkan Warda berdecit kasar dalam diam.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now