Adreena Taalia mencelik luas kelopak matanya. Tekaknya terasa perit, keadaan menjadi samar-samar di keranakan kamar bilik hanya terpasang lampu tidur. Air liur di telan payah, pedih.
Toleh ke tepi baru Adreena Taalia sedar dia tidak berseorangan. Hanz sedang tidur di sebelahnya dalam keadaan meringkuk. Lupa suaminya tidak gemar akan pendingin hawa, comforter di tubuhnya dia alih ke tubuh Hanz dengan berhati-hati agar suaminya tidak terjaga.
Tekak dia kering. Ajaknya Adreena Taalia mahu turun bawa nak minum air, bila dia pusing ke sebelah meja lampu di situ sudah tersedia air kosong yang masih penuh. Tanpa fikir apa-apa Adreena Taalia terus teguk sampai licin. Lega.
Lengan Hanz dia buka. Kepalanya di letakkan ke atas lengan Hanz, wajah kacak suaminya di tatap. Kenapa di dahi Hanz ada tampalan? Jari Adreena Taalia naik menyentuh tampalan plaster tersebut.
Hanz luka sebab dia? Sumpah dia tak ingat apa yang berlaku semalam. Rasa bersalah mula menghimpit dada, pipi suaminya di usap lembut. Dia rindu Hanz, seharian dia menunggu Hanz di hospital tapi Hanz tak muncul-muncul.
"Maafkan I baby....." tangan Hanz Adreena Taalia kucup. Tubuh itu di peluk erat bau Hanz di hidu sepuas-puasnya.....
"Hmmm...." Gumam Hanz tidak sedar.
Adreena Taalia merenung dan memerhati Hanz tidur bagaikan bayi yang polos itu. Bibirnya menarik satu senyuman, geli hati Adreena Taalia melihat wajah Hanz yang selalu tidak menunjukkan sebarang ekpresi rupanya comel kalau tengah tidur.
Bila kelopak mata Hanz terbuka sedikit laju Adreena Taalia menutup matanya. Berdebar juga takut kantoi. Rambutnya terasa di usap perlahan oleh tangan kasar Hanz, tak lama kemudian satu ciuman melekap di dahinya. Cukup lama sehingga bergetar hati Adreena Taalia.
Hanz memperkemaskan pelukan tersebut. Menarik isterinya masuk ke dalam pelukannya, rasa kantuk masih terasa berat. Bila Adreena Taalia pastikan yang suaminya betul-betul tidur semula barulah dia membuka mata kembali.
Malam itu Adreena Taalia hanya memerhati Hanz yang sedang tidur nyenyak itu sehingga subuh.
Hari ini genap tujuh hari arwah daddy kembali kepada sang pencipta. Begitu juga dengan hari terakhir tahlil untuk arwah Tan Sri Khaleed juga tidak lupa kepada arwah Tan Sri Kirana. Sekarang Adreena Taalia sudah menjadi anak yatim piatu walaupun ibu tirinya masih ada tetap tak sama dengan darah daging.
Clara sudah di pecat serta merta oleh Adreena Taalia dan menghalau perempuan itu keluar daripada rumahnya. Pada awalnya Adreena Taalia ingin mendakwa Clara tapi di halang Hanz.
Hanz yakin itu bukan salah Clara. Hanz juga yakin kehidupan Clara pasti hancur jadi itu sudah cukup memadai jika benar Adreena Taalia masih tidak berpuas hati. Firasat Hanz mengatakan Clara betul-betul ikhlas menyanyangi arwah Tan Sri Khaleed.
Melihat betapa hancurnya Clara Hanz yakin Clara bukan orangnya.
"Adreena dah beberapa hari awak taknak makan. Nanti sakit perut tu masuk angin, saya suap nak?" Hanz mempelawa dirinya untuk menyuap isterinya makan.
Adreena Taalia menggeleng dia tak ada selera.
Dato Sri Azam tersenyum puas melihat betapa hancurnya Adreena Taalia sekarang ini. Sudah bermacam-macam dia fikir cara untuk menjatuhkan CROWN cuma waktu belum sesuai lagi.
Tapi dengan meninggalnya Tan Sri Khaleed secara tiba-tiba itu memudahkan lagi kerjanya. Dia pasti Zane akan di lantik sebagai Ketua Board menggantikan tempat Tan Sri Khaleed kerana Zane satu-satunya orang kepercayaan musuhnya itu. Dia hanya tunggu masa untuk menggabungkan dua syarikat tersebut. Dan dia akan ugut Adreena Taalia untuk menjual saham yang berada di atas nama perempuan itu sebanyak lima puluh persent.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...