Selepas kejadian itu kesihatan Adreena Taalia semakin merosot di mana perempuan itu hanya terbaring lemah di atas katil sepanjang hari mengakibatkan Dika tidak cukup tangan untuk menguruskan hal di pejabat juga hal di rumah.
Adreena Taalia pula sepanjang hari hanya berkurung di dalam biliknya. Makan tidak mahu sehingga tubuh itu semakin susut dan wajah itu langsung tiada sirna bahagia sejak sudah satu tahun genap hari ini Hanz menghilangkan diri.
Carta CROWN juga menurun dengan mendadak sekali di asbabkan sudah lama Adreena Taalia tidak masuk kerja dan Dika pula setiap hari semakin pening menguruskan semua benda sendirian. Itu nasib baik ada Adresya Tahiraa yang kini menguruskan segala hal benda di CROWN saat ini.
Tok! Tok! Tok!
Zara mengetuk perlahan bilik kak Adreena sambil menatang dulang walaupun dia tahu kak Adreena tak akan menyentuh.
"Kak makanlah sikit I risau kak Adreena kerap sangat demam." Perlahan-lahan Zara mengusap lembut bahu kak Adreena, dia ingin memujuk kak Adreena.
Adreena Taalia pula hanya tergelam di dalam dunianya langsung tidak menghiraukan apa yang terjadi di sekelilingnya. Hati dan jiwanya sakit! Semuanya kucar kacir selepas arwah daddy pergi tinggalkan dia manakal Hanz juga sudah hilang tanpa jejak sehingga setahun lamanya.
Zara menghela nafas berat. Setiap hari beginilah keadaan kak Adreena yang hanya berendam air mata setiap masa buatkan hati kecilnya menjadi hiba dan sayu. Kehilangan suami kak Adreena begitu memberikan impak yang besar sehingga kesihatan mental dan fizikal kak Adreena terjejas teruk.
Dia risau. Sampai bila kak Adreena mahu meratapi pemergian suaminya itu pun Zara tak tahu, tapi rasanya dia pun begitu pada awal-awal abang Zane sakit jadi Zara cukup faham apa perasaan kak Adreena sekarang ini....
"I menyesal Zara. I menyesal tak ceritakan semua benda kepada suami I...." Akhirnya Adreena Taalia membuka mulut.
Ya itulah apa yang Zara rasa semasa keadaan abang Zane tenat. Zara rasa begitu menyesal sekali kerana tak ceritakan semua benda ini kepada orang lain kerana dia takut dan tak mahu percayakan sesiapa waktu itu.
"I sakit Zara. I tak tahu tapi I sakit....I rindukan suami I Zara....kenapa dia tinggalkan I? I nak minta maaf dengan suami I Zara, I banyak dosa dengan dia...." Teresak-esak Adreena Taalia mulai sedar kesalahan yang di lakukan kepada Hanz.
Bermula dia menjadi isteri lelaki itu sehinggalah di mana berlakunya eksiden tersebut. Laju air matanya mengalir membasahi wajah cengkung Adreena Taalia. Perlahan-lahan Zara mengusap belakang tubuh perempuan itu ingin memberikan kekuatan biarlah tidak sebeberapa asalkan dia boleh kembalikan semula kak Adreena Taalia yang dulu.
"You nak tahu Zara? Suami I baik Zara, dia terlampau baik mungkin sebab itu I selalu ambil kesempatan atas dia. Jahat kan I Zara? Patutnya I memang tak layak untuk lelaki sebaik Hanz dia sempurna Zara. Even dia marah sekalipun dia tak pernah naik tangan dekat I malah dia pujuk I lagi Zara. Tapi I....I tampar pipi dia Zara. Mesti haritu I dah buat hati dia hancurkan Zara? Mesti dia sakit dan kecewa sebab dapat isteri yang derhaka ni kan Zara...."
Kini Zara turut teresak-esak sekali.
"Tapi kan Zara you nak tahu walaupun masatu dia tahu nyawa dia pasti melayang dia tetap selamatkan I Zara. Dia tolak I ketepi tapi dia....dia pergi tinggalkan I. I nampak Zara ada orang heret suami I pergi tapi masatu I dah tak boleh nak buat apa-apa selain menatap Hanz di bawa pergi. I isteri tak guna kan Zara? Mesti Hanz dah menyesal kahwin dengan perempuan tak guna macam I nikan?"
Dika yang berada di luar pintu terkedu. Jadi selama ini Adreena Taalia tahu Hanz di culik? Tapi kenapa perempuan itu tidak mahu memberitahu dia hal yang sebenar?
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...