Bab 25

1K 19 0
                                    

KLIK!

Rumah yang gelap gelita terang benderang buatkan Adreena Taalia hampir menjerit takut.

"Happy birthday to you...happy birthday to my wife...happy birthday to you..." Hanz dengan suara merdunya menyanyikan lagi selamat hari jadi buat isteri tercinta.

Adreena Taalia terharu melihat usaha suaminya itu mendekorasi party hari jadinya awal sehari di keranakan esok malam CROWN akan menyambut hari kelahirannya setiap tahun. Cuma tahun ini berbeza, daddy dah tak ada nak suapkan kek untuk dia lagi.

"Hey kenapa menangis? Kita tengah sambut hari lahir lah, awak sepatutnya gembira, dah cepat tiup lilin nanti mati pula api." Suruh Hanz yang sedang memegang kek kedua belah tangannya itu.

Tersenyum Adreena Taalia di buatnya. Lilin itu di tiup, dan tubuh suaminya di peluk erat nasib baik tak jatuh kek di tangan Hanz itu.

Cup!

"Thank you baby! I betul-betul terharu..." ucap Adreena Taalia setelah menucup bibir Hanz.

Tergeleng kepala Hanz di buatnya. Nakal.

"Dah jom masuk, saya ada masak special untuk isteri saya. Awak lapar tak?"

"Lapar...lapar! Wow you masak apa?" Terus di tarik tangan suaminya selepas pintu rumah di kunci.

Hanz letak kek di tepi dan saji cantik itu di buka. Meluas anak mata Adreena Taalia melihat betapa cantiknya Hanz mendekorasi meja sehingga nampak begitu mewah sekali.

Siap ada steak, spaghetti, macaroni cheese, air juice tembikai, dan tart cheese bluberry sebagai pencuci mulut. Sangat banyak!

Kerusi di tarik dan Hanz mempersilakan Adreena Taalia untuk duduk.

"Thank you baby."

"You are welcome." Balas Hanz lalu melabuhkan duduk di hadapan isterinya.

Semasa Adreena Taalia sibuk bercerita itu ini tangan Hanz bergerak memotong steak lalu di tukar pinggan miliknya dengan isterinya.

Satu suap Adreena Taalia suap ke dalam mulut. Bersinar matanya apabila rasa daging steak itu cair di dalam mulutnya dan sedap!

"Sedapnya you masak Hanz. Macam makan dekat restoran sepuluh bintang." Puji Adreena Taalia.

"Mestilah sedap. Dah habis berastus duit tak sedap juga tak tahulah saya, makan...makan saya masak banyak lagi ada dekat atas dapur."

Adreena Taalia mencebir bibir. Suami dia ni tak romantik langsung, puji sikit dah perasan tahap antarabangsa.

"Hanz....I nak cakap ni..." sudah Adreena Taalia sudah berubah mood menggodanya.

"Apa dia?"

Pisau dan garpu Adreena Taalia letak, dia bangun lalu mendekati Hanz. Peha Hanz tempat dia labuhkan duduk lalu mendekatkan bibirnya di cuping telinga suaminya.

"I love you and thank you for all this birthday party." Bisik Adreena Taalia manja.

Dada Hanz berombak kasar, Adreena Taalia memang pandai bermain dengan nafsunya. Garpu di tangan dia pun Adreena Taalia rampas, daging steak itu di cucuk lalu di bawa ke mulut suaminya.

"Aaaa cepat baby buka mulut. Jarang I nak suap orang ni, you paling special baby." Ujar Adreena Taalia menyuap lembut daging steak ke dalam mulut Hanz. Sos yang melekat di hujung bibir Hanz dia lap dengan ibu jarinya lalu menjilat bekas itu.

Berpeluh dahi Hanz di buatnya. Ini kalau Adreena Taalia berani buat macamni dekat Zane memang mati dia kerjakan Zane. Adreena Taalia milik dia seorang!

Dia dah jatuh cinta ke tahap yang paling dalam terhadap isterinya itu. Dia tak sanggup kalau suatu hari nanti Adreena Taalia akan tinggalkan dia pasti waktu itu dia akan hilang kewarasan ataupun mati rasa.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now