Bab 30

1K 21 0
                                    

Zara mengelap tubuh abangnya yang masih koma dengan sehabis perlahan. Takut jika abang Zane terasa sakit biarpun abang Zane tak sedarkan diri tapi rasa sakit tu tetap terasa.

Dika dan kak Adreena Taalia betul-betul menjaga dia dan abang Zane dengan baik sekali. Boleh di katakan setiap hari Kak Adreena akan datang menjenguk abang Zane di sini.

Dan Dika pula turut berjaga malam jika dia terlalu penat untuk berjaga biarpun esok pagi lelaki itu akan keluar pagi untuk masuk kerja. Rasanya sudah sebulan abang Zane terlantar di katil buatkan Zara rasa sebak yang teramat.

Kalaulah dia lebih berani untuk menceritakan hal ini kepada Dika dan kak Adreena Taalia pasti keadaan abang Zane tidak sebegini rupa.

Rambut halus mula tumbuh sikit demi sedikit, wajah yang dahulu bengkak kian mengendur. Tapi bibir abang Zane masih pucat lesi dan kering, tangan Zara naik mengusap pipi abang Zane yang terasa sedikit kasar mungkin di sebabkan tidak cukup air.

"Abang Zane bila you nak bangun? I rindu you, kak Adreena rindu you, abang Dika pun rindu you. Bangunlah abang Zane...." Kini tangisan Zara pecah.

Teresak-esak dia sambil memegang tiang pemegang besi untuk mengumpulkan kekuatan.

"Zara...." Seru Dika yang baru sampai rumah itu.

Laju Zara menyapu air mata pergi, dia dah cukup malu menangis dekan kawan abang Zane itu.

"Ya.." jawab Zara walaupun perlahan.

Dika melabuhkan duduk di sebalah gadis muda itu, hatinya turut jatuh kesian melihat keadaan Zara yang masih di hantui traumanya itu. Zara juga perlu di pantau, kata Doktor Keith dia takut psychology Zara turut terjejas memandangkan gadis semuda Zara sentiasa melihat benda yang tak sepatutnya.

Boleh jadi mental dan fizikal terganggu.

"Kenapa you tak makan Zara? Pembantu cakap dekat I dari pagi lagi you tak makan apa-apa."

Zara menggeleng.

"I tak ada selera Dika. I tak rasa nak makan." Dika mengeluh mendengar jawapan daripada mulut Zara itu.

"You tak boleh macam ni Zara...nanti kalau Zane bangun lepastu you pula yang sakit macam mana? Mesti Zane marah dan bebel dekat I sebab tak jaga adik dia elok-elok macam mana?" Dika sengaja mahu bermain dengan psychologi Zara.

Dika yakin jika dia heret nama Zane pasti dengan mudah Zara akan ikut cakap dia memandangkan gadis muda ini begitu sayangkan abangnya itu.

Zara mengetap gigi matanya merenung ke wajah Dika sebelum mengalih pula ke wajah abang Zane.

"Fine. I makan sikit sebab I betul-betul tak lalu demi abang Zane." Ucap Zara dalam keterpaksaan.

Bibir Dika tersenyum lebar.

"Kalau macamtu biar I yang pergi ambil makanan dekat you Zara. You duduk sini tengok-tengokkan abang Zane." Ujar Dika mula beredar ke dapur.

Zara akur.

"Macam mana? Siapa yang selalu keluar masuk rumah Tan Sri Khaleed?" Tanya Datin Sri Tengku Nadine di corong telefon.

"Setakat ni Puan Besar yang aku tengok Dika sahaja ataupun Adreena Taalia. Tak ada pula aku tengok Zara atau Zane keluar masuk." Beritahu Shah.

Ahmad pula sedang memerhati setiap gerak geri orang-orang yang berada di dalam tembok besar itu. Agak susah untuk mereka berdua untuk menceroboh masuk memandangkan setiap kawasan terdapat bodyguard yang menjaga buatkan pergerakan mereka terhad untuk menyiasat.

Datin Sri Tengku Nadine berdecit di hujung corong telefon. Bodoh! Pergi manalah dua ekor tu!

Dia ingatkan Zara tak akan berani menunding jari memandangkan dia jaga anak gadisnya bagaikan bidadari. Rupa-rupanya Zara turut sama seperti Zane anak tak guna!

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now