Bab 19

970 20 0
                                    

Kelihatan semua sudah ada di dalam bilik meeting tidak kira yang paling tinggi kedudukannya atau yang paling rendah. Hari ini Adreena Taalia akan di angkat menjadi Ketua Director Board setelah jawatan itu kosong selama sebulan setelah pemergian arwah Tan Sri Khaleed yang secara tiba-tiba itu.

Reporter dan wartawan sememangnya sudah bersedia masing-masing. Hanya tunggu ketibaan Adreena Taalia sahaja untuk mengumumkan kesahihan perlantinkan jawatan tersebut. Majoriti semua sudah di menangi oleh Adreena Taalia tanpa bertanding di asbabkan lima puluh perastus saham CROWN sudah pun Adreena Taalia pegang sejak dulu lagi.

Nak tak nak mereka mesti menerima Ketua Director Board CROWN akan di ambil alih Adreena Taalia. Makanya dari sekarang jawatan COO akan di sandang Dika Ibrahim yang baru sahaja di lantik oleh Adreena Taalia sendiri.

Flash camera mula beraksi setelah ketibaan Adreena Taalia yang elegen bersama dress hitam terbelah itu bersama kaca hitam LV mula labuhkan duduk di hadapan mikrofon. Semua tumpuan hanya di berikan sepenuhnya kepada Adreena Taalia untuk di siarkan ke dalam media dan berita harian sebagai berita yang paling hot saat ini.

"Adakah benar berita desas desus Cik Adreena Taalia akan di lantik sebagai Ketua Director Board?" Wartawan mula menjalankan tugas mereka.

"As everyone already know I'm the most who having a share holder of CROWN, fifty percent. Yes you are right, now until the end of the day I Adreena Taalia Director Board of CROWN. Got it?" Jawab Adreena Taalia angkuh bangga dengan kedudukannya sekarang.

Nampaknya semua reporter dan wartawan mulai percaya akan berita tersebut apabila tuan badan sendiri yang berkata. Setelah satu-satu soalan daripada wartawan Adreena Taalia mulai minta diri, tak ada maknanya di nak lama-lama menjawab soalan yang entah apa-apa.

"Cik Adreena Taalia can we know what about Clara? Dekat mana Clara sekarang? Adakah Clara masih sebahagian daripada keluarga Cik Adreena Taalia? Boleh Cik Adreena Taalia jelaskan?"

Adreena Taalia ketap bibir. Berani wartawan perempuan itu bertanya perkara yang tak berkaitan pasal perlantikan jawatan dia sebagai Ketua Director Board. Sudahlah dia cuba untuk melupakan hal Clara sekarang mudah-mudah wartawan itu bangkitkan semula kemarahan dia!

"Is none of your business !" Herdik Adreena Taalia terus tinggalkan begitu sahaja biarpun reporter dan wartawan kian mendesak sehingga ada yang mengejar langkah Adreena Taalia itu. Mujur sempat di tahan oleh bodyguard.



Boleh tahan kuat juga Adreena Taali mengamuk sakan selepas di asak dengan soalan yang berkaitan dengan Clara itu sehingga mereka yang berada di dalam bilik arwah Tan Sri Khaleed sepi!

Satu persatu wajah ibu tirinya di tenung tajam tak lupa dengan adik beradik sebapanya. Tak boleh jadi Adreena Taalia akan buka juga fail untuk kes daddynya. Entah kenapa Adreena Taalia rasa daddynya meninggal bukan di sebabkan jatuh ke dalam bilik air. Ada benda yang pelik terjadi.

Tepat pada wajah Adresya Tahiraa dia tenung dalam. Something fishy....jika diingatkan semula Clara merupakan bekas sahabat Adresya Tahiraa dan orang yang bagitahu daddy jatuh bilik air pada mula-mulanya Adresya Taalia.

Adresya Taalia berdebar sakan bila mata lentik itu tajam merenungnya seolah sedang menyiat kulit mukanya. Air liur di telan kasar, janganlah Adreena Taalia ingat dia yang bunuh daddy. Gila! Dia sayangkan kut!

"Dika! I nak you buka kes pasal kematian daddy. I nak you...." Adresya Tahiraa menutup mata rapat bila kaki itu melangkah ke arahnya.

"I nak you bawa Adriana Tania sebagai saksi." Terus Adresya Tahiraa membuka kelopak matanya lalu menoleh ke sebelah dia.

Adriana Tania nampak pelik sejak daddy pergi. Entah kenapa Adreena Taalia rasa sesuatu dengan kakaknya itu.

"Apa ni Adreena? Kenapa you nak libatkan Adriana pula? Sepatutnya you suruh Adresya yang jadi saksi, Adriana kan ada dengan you haritu?" Soal Dika tidak berpuas hati.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now