Bab 20

1K 18 0
                                    

Artikel hot: Hanz Eidlan suami kepada Adreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed sebenarnya anak daripada hasil kandungan haram. Bermakna Hanz Eidlan adalah anak luar nikah yang di buang oleh orang tuanya di sebuah rumah anak yatim milik Puan Harum iaitu wanita yang membesarkan Hanz Eidlan anak luar nikah tersebut. Hanz Eidlan sudah mencemarkan nama baik Adreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed dengan kelahiran yang tidah sah diitiraf itu!

Mohon mereka segera bercerai untuk kebaikan nama dan kedudukan Adreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Zane Rafa Bin Dato Azam lebih sesuai di gandingkan bersama dengan Adreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Sama cantik, sama taraf, dan sama padan. Hanz Eidlan sila berundur!

Datin Sri Tengku Nadine bungkam! Amarahnya sudah ke muncak, bermakna Harum sudah melangkah setapak darinya!

Gambar blur tapi masih jelas itu Tengku Harum kakaknya bersama Adreena Taalia dan Hanz Eidlan! Bermakna selama ini anak yang di cari ada depan mata di. Rupa-rupanya Tengku Harum lebih bijak mengatur strategi.

Ipad miliknya di baling ke tepi!

"Tak guna kau Tengku Harum! Kau berani bermain dengan api!" Bentak Datin Sri Tengku Nadine.

Jika Adreena Taalia tahu siapa ibu kepada Hanz Eidlan pasti semuanya akan hancur! Rancangan yang di rancang bertahun-tahun lamanya hancur begitu sahaja di angkara tindakan bodoh kakanya itu. Bagaimana dia mahu mempergunakan Hanz jika perempuan yang berada di samping anaknya itu adalah perempuan yang paling berkuasa!

Adreena Taalia? Dengar nama sahaja sudah gerun apatah lagi jika berhadapan dengan perempuan itu. Semuanya ada di jari perempuan itu sahaja lagi-lagi sekarang Ketua Direktor Board sudah perempuan itu pegang.

Sia-sia dia dan Azam penat masukkan Zane Rafa ke dalam CROWN tapi satu habuk pun anak tak gunanya itu tak buat apa-apa. Buta dengan cinta bodoh! Mabuk dengan cinta bodoh!

Datin Sri Tengku Nadine mundar-mandir. Otaknya berligat mahu mencari idea lain agar Hanz di mansuhkan daripada sisi Adreena Taalia. Dengan itu barulah dia boleh gunakan Hanz Eidlan yang merupakan pemegang saham terpaling banyak iaitu tujuh puluh peratus di dalam KING!

Gila! Tengku Harum gila! Bagaimana dia mahu rampas Hanz Eidlan dari gapaian perempuan hebat itu? Tidak mudah untuk dia dan Azam. Jika orang luar memandang dia dan Azam begitu hebat itu hanya ilusi dan hanya penipuan semata-mata!

Dia dan Azam tidak punya apa-apa di dalam KING melainkan saham Azam yang hanya sepuluh peratus dan dia sebagai Ketua Dirctor Board, tidak lupa Zara Ryca menjawat jawatan CEO di dalam KING. Zane Rafa pula memegang saham sebanyak dua puluh peratus sahaja. Jika Hanz Eidlan sedar siapa dirinya dengan sekelip mata semua itu akan bertukar tangan.

Di sebabkan itu Datin Sri Tengku Nadine mahu Zane anak tak gunanya itu untuk bersatu dengan Adreena Taalia. Jika ada apa-apa berlaku dengan kedudukan mereka Datin Sri Tengku Nadine masih punya Adreena Taalia untuk kegunaan diri dia dan Azam.

Datin Sri Tengku Nadine boleh minta CROWN dan KING bergabung jika kedudukannya tergugat suatu hari nanti. Tapi nampaknya rancangannya itu sudah lama di hidu Tengku Harum!

Bodoh! Ketar-ketir di buatnya selepas dapat tahu Hanz Eidlan anak kandungnya bersama Azam merupakan suami kepada Adreena Taalia. Jika mereka bergabung semua apa yang di usaha selama ini hancur sehancurnya. Datin Sri Tengku Nadine tidak betah untuk pejam mata sahaja, dari sekarang dia perlu bertindak dengan segera sepuluh tapak daripada Tengku Harum.


Adreena Taalia sakit kepala membaca artikel yang terbaru mengenai suaminya. Siapa yang bodoh sangat ni! Siapa yang pergi bocorkan rahsia Hanz? Sakit hati di buatnya, satu hal nak tutup kes daddy sekarang kes hal Hanz pula.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now