Bab 38

940 21 1
                                    

Dika yang melihat perubahan penampilan Adreena Taalia itu sedikit terkejut. Rambut yang panjang sudah berubah pendek membuatkan Adreena Taalia lebih nampak ceria dan muda.

Tapi perempuan itu memang muda lagi pun.

"Thank you Nancy." Ucap Adreena Taalia kepada Nancy.

Nancy angguk sedikit dan menarik senyuman. Majikannya nampak lebih muda dan cantik macam anak dara pun iya.

"You duduklah Adreena kaki you tak elok lagi biar I dan Nancy kemas barang you." Dika merampas baju di tangan Adreena Taalia dan menekan bahu perempuan itu agar melabuhkan duduk.

Adreena Taalia akur. Sesudah Dika dan Nancy menyimpan barang miliknya di bawa keluar oleh dua bodyguard.

Tongkat yang di sandang ke dinding itu Dika ambil lalu di serahkan kepada Adreena Taalia. Nancy juga turut membantu majikannya bangun berdiri. Dua minggu juga majikannya di tahan wad di keranakan tulang kaki majikannya patah.

"Dika I nak balik rumah bonda." Beritahu Adreena Taalia setelah dia selamat masuk ke dalam kereta. Berkerut dahi Dika.

"Kenapa tiba-tiba?" Tanya Dika agak kehairanan.

"I rindu bonda dan adik-adik Hanz." Ya dia rindu mereka semua.

Dika angguk dan faham. Biarlah at least ada bonda boleh tengok-tengokkan Adreena Taalia kerana dia pun tidak ada masa untuk memerhati perempuan ini setiap masa. Lagipun dia juga sibuk menguruskan Zane yang masih tidak menunjukkan sebarang perubahan masih koma cumanya tubuh itu sedikit berisi sejak Doktor Keith mula memberi susu khas menggunakan saluran tiub yang masuk ke dalam lubang hidung  sejak sebulan yang lepas.

Suasana di dalam kereta sepi masing-masing melayan perasaan.

"Dika bagi you I ni tak layak ke untuk Hanz?" Tiba-tiba sahaja Adreena Taalia ingin menyoal.

Dika menoleh sekejap ke arah Adreena Taalia sebelum mengalihkan semula ke jalan raya.

"Kenapa you boleh terfikir macamtu?" Dika tanya balik.

Adreena Taalia jeda. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh fikir macamtu, nafas berat dia hela lalu di lepaskan. Otaknya sarat dengan pelbagai masalah.

"Soal layak ke tak layak I tak boleh nak bagi you jawapan Adreena. Cumanya I harap you berubah demi Hanz, suami you. I tahu adik I ni mampu." Kepala adiknya di usap perlahan buatkan bibir nipis adiknya menarik satu senyuman.

Mungkin orang lain tak tahu yang sebenarnya Dika Ibarahim adalah abang susuannya. Mereka berdua di besarkan oleh Puan Sri Kirana sebab itu Adreena Taalia tak segan silu memeluk Dika kerana mereka adik beradik susuan.

"You are my best brother ever Dika. I doakan Zane cepat sembuh I rindukan dia...." Ujar Adreena Taalia sayu.

"Me also."




Adreena Taalia memeluk tubuh Puan Harum erat. Dika sudah balik tadi setelah selamat menghantarnya ke sini.

"Bonda Adreena minta maaf. Adreena banyak salah dekat bonda dan Hanz...." Tubuh bonda dia peluk erat lalu laju sahaja air matanya tumpah. Dadanya terasa sebak sekali.

Ya Puan Harum sudah tahu segala-galanya. Dia juga tahu Hanz di langgar malah Puan Harum sudah syak ini adalah angkara Nadine dan Azam! Cuma dia tiada bukti lagi.

"Bonda pun nak minta maaf dekat Adreena sebab tak sempat nak melawat menantu bonda ni...."

"No tak apa Adreena faham. Mungkin ini adalah kifarah untuk Adreena sebab dah lukakan perasaan Hanz dan bonda. Adreena isteri yang tak guna kan bonda? Sebab itu Hanz pergi tinggalkan Adreena." Puan Harum menggelengkan kepalanya.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now