Dato Sri Azam mulai mengamuk sakan!
Semua anak buahnya termasuk bodyguard di seksa teruk kerana tidak melakukan kerja dengan betul. Bagaikan hilang warasan diri dua orang anak buahnya sudah mati di bunuh.
"Aku nak secepat mungkin kau cari Zane Rafa dan Zara Ryca dalam masa dua puluh empat jam! Kalau tak aku pancung kau semua!" Ugut Dato Sri Azam melepaskan glove getah di tangan lalu di baling ke muka anak buahnya.
Dum!
Pintu bilik rahsia itu di tutup kuat. Darah yang melekat di tubuhnya dia kesat kasar dengan kain sebelum menuang satu cecair agar bau darah itu hilang dari tubuhnya.
Jijik!
Datin Sri Tengku Nadine yang baru tiba menolak tubuh suaminya.
"Kenapa you bunuh anak buah I! You tak ada hak nak sentuh anak buah I Azam!" Tengking Datin Sri Tengku Nadine garang.
Di pukul-pukul tubuh Dato Sri Azam melepaskan sakit hati. Nasib baik Shah dan Ahmad masih bernafas, sudahlah hatinya bengkak apabila tahu Zara dan Zane sudah lari daripada rumah entah siapa yang menolong kerana kawasan ini tiada cctv!
Datin Sri Tengku Nadine mulai rasa menyesal kerana tidak memasang sebarang cctv memandangkan jika suatu hari perbuatan mereka berdua tertangkap pihak polis tiada bukti untuk mendakwa kesalahan mereka kerana tidak cukup bukti.
Dato Sri Azam berdecit kasar tubuh isterinya di tolak sebelum leher itu di cekik kasar.
"Kalau tak di sebabkan kecuaian kau Zane dengan Zara tak akan terlepas macamni bodoh! Sepatutnya Shah dan Ahmad yang patut aku bunuh dulu tadi! Anak buah tak guna kau dah buat rancangan kita gagal! Kau tahu tak Nadine!" Di jerkah isterinya tepat depan muka Datin Sri Tengku Nadine yang kini terkapai-kapai untuk menarik nafas.
Seketika kemudian tangan kekar Dato Sri Azam melepaskan cekikan pada leher isterinya lalu menarik kuat rambut Datin Sri Tengku Nadine menuju ke bilik kecil yang berada dekat di situ.
Tubuh Datin Sri Tengku Nadine di tolak kasar jatuh ke atas katil.
"Azam I taknak! You kotor!"
Pang!
Terteleng pipi Datin Sri Tengku Nadine ke kanan. Besi terasa di dalam mulut, dia tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini nafsu mengusai suaminya sedangkan sebelum ini suaminya hanya melayan dengan penuh baik dan romantis sekali.
Kini hubungan mereka semakin jauh. Manakala Dato Sri Azam sudah pandai bermain perempuan di belakang dia buatkan Datin Sri Tengku Nadine murka!
"Kalau kau tak nak nasib kau sama macam anak buah kau! Kau layan aku Nadine!" Jerkah Dato Sri Azam menarik baju isterinya.
Datin Sri Tengku Nadine menangis apabila di seksa sebegitu kejam. Permainan suaminya kali ini begitu menyakitkan dia dan batinnya....
Masuk sahaja ke dalam ofisnya Dato Sri Azam membentak apabila PA memberitahu data syarikat mereke di hack! Habis semua kertas dan barang di atas meja dia tepis buatkan biliknya bersepah.
"Habistu yang kau tercegat lagi buat apa? Pergilah betulkan balik data yang di curi tu, kau pergi cari hacker yang terpaling hebat. Aku nak dia ambil semua data yang dah di curi!" Bentak Dato Sri Azam kepada PA nya.
"Baik Tuan." Alif menunduk pernuh hormat sebelum berlari keluar daripada bilik Direktor Board itu.
Sampai sahaja ke mejanya Alif bernafas lega tapi tak sampai satu minit kelegaan yang di rasakan hilang bila teringat semula arahan Dato Sri Azam itu.
Terus kaki yang bertumit tinggi itu berlari.
"You all...you all ada kenal mana-mana tak dengan budak IT yang hebat? I terdesak! Data syarikat kita kena hack....!" Beritahu Alif dengan nada pondannya kepada rakan sekerja dia yang lain.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomansaAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...