Malam itu Adreena Taalia hanya mengenakan dress labuh berona silver berlabuci batu permata hanya simple tapi tetap elegan memandangkan perempuan itu sememangnya cantik walaupun hanya memakai kain sarung. Rambut pula di lepaskan kerana dia tak ada mood nak cantik-cantik sebab rasa nak demam tiba-tiba sahaja padahal pagi tadi okey aja.
Kini dengan bergandingan bersama Dika dia masuk ke dalam dewan yang berada di tingkat tiga itu. Tempat duduk mereka sudah di sediakan khas bersama nama yang sudah di letakkan bermaksud majlis ini hanya di jemput bukan orang yang sembarangan.
Tadi Adreena Taalia sempat nampak ada wartawan dan reporter turut ada sekali buatkan Adreena Taalia gugup sedikit. Entah dia rasa kepala dia pening.
"Adreena you okey tak?" Bahu perempuan itu Dika tepuk perlahan apabila Adreena Taalia hanya diam dari tadi.
"I okey don't worry." Nafi Adreena Taalia. Dia taknak Dika risau sebab dia boleh nampak Dika begitu eksited nak datang majlis ini.
Kalau dia rasa pening sangat nanti pandai-pandailah dia ajak Dika balik nanti. Majlis pula nampaknya akan bermula tak lama lagi.
Di satu sudut Datin Sri Tengku Nadine dan Dato Sri Azam tak sabar untuk melihat wajah musuhnya itu berubah kecewa sekejap lagi.
"Make sure kau tutup semua pintu Shah, Ahmad jangan bagi perempuan itu keluar. Aku nak dia tengok sendiri dengan mata kepalanya bahawasanya suami yang perempuan itu cari selama ini sudah bertukar mejadi orang lain. Aku nak tengok perempuan tu hancur depan mata aku!" Pesan Datin Sri Tengku Nadine kepada Shah dan Ahmad.
"Baik Puan Besar!" Akur Shah dan Ahmad mulai beredar.
Dato Sri Azam pula semakin bangga dengan pencapaian isterinya itu. Dalam sekelip mata semuanya berubah seperti apa yang mereka rancang selama ini.
"I bangga ada isteri macam you Nadine." Kata Dato Sri Azam kepada isterinya buatkan wanita itu tersenyum bahagia.
"Tak lama lagi KING akan jadi milik kita Azam. Masatu I akan buang Zayaan dan kita akan kaya...kaya!" Seperti orang gila Datin Sri Tengku Nadine berkata.
"That's my wife." Dato Sri Azam mencium sekilas tepi dahi isterinya kerana dia berasa begitu teruja sekali!
Adriana Tania melihat penampilan dirinya yang kini sudah siap di hias oleh orang-orang KING. Dia bergaya di hadapan cermin memuju diri sendiri betapa cantiknya dia malam ini.
One Shoulder Split Thigh Sequin Formal Dress berjenama Dior tersarung mewah di tubuh langsing Adriana Tania menyerlahkan lagi kecantikan gadis itu. Makeup pula di pakaikan make up tebal yang bersesuaian dengan majlis bagi meraikan hari jadi KING.
Zayaan yang sudah segak tersarung tuxedo di tubuh tinggi lampai dan tegap itu mnedekati tunangnya lalu pinggang gadis itu di rangkul. Mereka menghadap cermin.
"You are so pretty sayang." Puji Zayaan tak ikhlas tapi gadis ini memang nampak cantik malam ini jadi tak salah rasanya sebab benda betul.
Meruap panas pipi dia bila Zayaan puji dia depan orang lain.
"You pun kacak."
"I know...." Bisik Zayaan di cuping telinga gadis itu.
Datin Sri Tengku Nadine muncul di dalam bilik itu buatkan orang lain mulai tinggalkan bilik tersebut serta merta apabila isyarat mata yang tajam itu.
"Kacak anak mummy malam ni. You pun sama Adriana cantik, dah bersedia?"
"Dah mummy." Balas Adriana Tania memeluk lengan tunangnya itu
Datin Sri Tengku Nadine tersenyum penuh makna sebelum angguk. Dia mula memberitahu kepada orangnya agar bersiap sedia.
Pengacara Majlis yang sedang berucap itu langsung Adreena Taalia tak tumpukan perhatian kerana kepala dia semakin berdenyut-denyut. Adreena Taalia kembali berdiri dia nak pergi tandas.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...