"Are you insane Adreena Taalia! You buat apa dekat client daddy pagi tadi terlalu melampau, can you please respect him?" Serang Adriana Tania garang.
Sakit hati betul tadi bila berita tentang Adreena Taalia melayan Mr Hanz iaitu engineer bagi project mereka kali ini seolah-olah Mr Hanz yang hebat itu seperti anak kecil tersebar. Di mana rasa malu Adreena Taalia? Buat orang macam itu sesuka hati!Adreena Taalia hanya beriak biasa. Memang suka jaga kain orang ke apa Adriana Tania ni? Menyibuk betul. Daddy pun tak kata apa, yang kakak dia nak gelabah sangat tu dah kenapa? Relaks sudah. Bukan dia buat apa-apa pun dekat Hanz.
Setakat ajak sarapan pagi.
"You boleh tak satu hari jangan nak menyibuk pasal I. Suka hati I lah nak buat-buat apa, ada I kacau hal you ke? Tak ada kan so got lost!"
"Senangnya jadi you kan Adreena Taalia. Nak apa petik jari sahaja tak kesah apa yang Mr Hanz rasa lepas you dah buat dia macamtu. You tahu Mr Hanz hampir nak tarik diri dalam project ni! You fikir apa Adreena Taalia? You ada sentuh dia ke sampai Mr Hanz yang tak pernah marah pergi jumpa daddy cakap nak tarik diri. Dia tak kesah pun kalau nak kena ganti rugi, jadi I nak salahkan siapa lagi kalau bukan you penyebabnya!" Tengking Adriana Tania lantang sampai bergegar kamar tidur adiknya.
What! Barulah Adreena Taalia gelabah. Hello dia tak sentuh langsung Hanz melainkan memaksa lelaki itu untuk dengar cakap dia. Kenapa daddy tak ada cakap apa-apa pun tadi masa dekat dalam kereta? Hesy!
"You nak pergi mana pula!" Soal Adriana Tania bila Adreena Taalia mula berlari meninggalkan kamar tidur dia.
"I nak pergi tanya daddy sendiri. You bukan boleh percaya sangat!" Tempik Adreena Taalia memetir.
Huh! Inilah buatkan Adriana Tania geram dengan daddy dia. Langsung tak berkeras dengan Adreena, langsung tak nasihat perangai buruk adiknya itu sampai adiknya itu besar kepala! Manja dan penuh dengan drama!
Masuk sahaja ke dalam ofis daddy tanpa di ketuk terlebih dahulu, kedua-dua gadis tersebut tergamam.
"Daddy!" Tan Sri Khaleed turut tergamam manakala ciuman bersama Clara terhenti begitu sahaja. Clara merupakan ketua pembantu di rumah mereka dan tak sangka daddy ada affair dengan ketua pembantu rumah sendiri.
So disgusting dan ini bukan kali pertama.
"Adreena Taalia kenapa tak ketuk dulu? I told you many times and you Adreena Taalia also kenapa masuk bilik daddy ni?
"Err did I ganggu you daddy? With Clara you...." Adreena Taalia dekatkan jarinya dalam bebentuk bercium.
Tan Sri Khaleed menggeleng. Dia betulkan kolar baju seolah-olah tiada apa yang berlaku sekarang ini. Patutlah anak tak terdidik rupanya ayah sendiri yang tak betul, sempat Dika mengutuk daddy angkatnya yang turut berada sekali setelah bunyi bising suara Adreena Taalia dan Adriana Tania tadi.
Ingatkan datang nak bantu manalah tahu ada adegan tarik menarik rambut. Ini adegan lain pula yang Dika tengok, tak terkejut Dika sudah terbiasa dengan orang dalam rumah ini. Yang lain hanya Adriana Tania sahaja, gadis itu terdidik dengan penuh agama di dada. Semua ini ada kisah di sebaliknya, bagaimana seorang begitu dan seorang lagi begini.
"So you all berdua ni nak apa?" Semua mata dah memandang Tan Sri Khaleed semula.
Kan betul dia cakap tadi tak ada apa-apa pun sebenarnya. Adriana Tania sahaja yang melebih, dia tahu kakaknya cemburu melihat daddy selalu lebihkan dia dalam segala hal. Mungkin orang ingat kami ni kembar kerana nama hampir sama tapi tidak.
Bukan setakat rupa tak sama darah yang mengalir pun tak sama. Dia dan Adriana Tania hanya adik beradik tiri, daddy kahwin dengan arwah umi Adriana Tania masa itu kakaknya sudah ada. Kiranya daddy kahwin ramai bukan dua tapi empat.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...