Bab 29

882 20 0
                                    

"Uwerrk.."

"Uwerrk..."

"Uwerkkk!"

Hanz yang sedang lena di ulit mimpi itu terjaga apabila bunyi suara orang muntah itu macam dia kenal.

"Hanz...Hanz...." Lemah Adreena Taalia memanggil suaminya yang kini sedang mengeluarkan isi perutnya tanpa henti.

Terasa di alam mimpi Hanz mencubit kuat pipinya. Sakit!

"Hanz...tolong I..." panggil Adreena Taalia lagi bila Hanz hanya beku di atas katil itu.

Masyaallah.

Sedar yang itu memang isterinya laju kaki Hanz di bawa ke masuk ke dalam bilik air lalu mengusap belakang tubuh isterinya perlahan-lahan yang kini sedang muntah lagi.

"Awak kenapa Adreena? Tersalah makan ke?"

Adreena Taalia geleng dia pun tak tahu, sejak seminggu ini tubuhnya cepat penat dan rasa letih sepanjang masa padahal dia tak ada buat kerja berat pun.

Hanz bawa isterinya ke sinki mulut isterinya di basuh dengan air bersih lalu di dukung dan di letakkan penuh berhati-hati ke atas katil.

"Hanz I letih boleh you urut kaki I?" Suruh Adreena Taalia kepada suaminya itu.

Akur. Hanz urut jua dan Adreena Taalia seolah di buai akhirnya terlelap kembali tapi tidak sampai satu minit dia berlari semula ke tandas.

"Welk..."

"Welk...!"

Hanz mengusap belakang tubuh isterinya seperti tadi. Selepas pastikan Adreena Taalia sudah tidak mahu muntah lagi mulut isterinya basuh dan di bawa ke katil semula.

"Tidurlah awak penat ni Adreena. Badan pun panas, nanti esok kita pergi klinik okey?" Pujuk Hanz selepas Adreena Taalia nampak mahu tersebek bibirnya tanda isterinya mahu menangis.

Entah bila Adreena Taalia balik pun dia tak sedar.

"Hanz cepatlah peluk I. I rindu you, you tak rindukan I...." Tubuh suaminya di peluk erat.

Sumpah dia rindu gila-gila dekat suaminya itu. Bau Hanz di sedut lama, akhirnya.

Hanz tak jawab tangannya bergerak menepuk isterinya mahu mendodoikan Adreena Taalia.

Adreena Taalia pula sakit hati bila Hanz tak jawab pertanyaan dia tadi. Adakah selama lima hari ini Hanz gembira di tak ada? Sampai hati!

"Hanz you tak jawab pun soalan I tadi. You tak rin..."

"Saya rindukan awak Adreena Taalia! Saya rindu gila dekat awak! Saya rasa nak mati bila saya cari awak dekat pejabat Nancy kata awak tak ada, bila saya tanya Dika. Dika pun cakap dia tak awak pergi mana! Saya pergi rumah awak tapi awak tetap tak ada dekat situ! Sumpah saya rindukan awak selama lima harini!"

Terdiam Adreena Taalia di buatnya. Tubuh suaminya di tarik ke dalam pelukannya, erat.

"I am sorry..." ucap Adreena Taalia dengan rasa bersalahnya menggunung kerana dah huru-harakan perasaan Hanz.

Adreena Taalia rebahkan tubuh Hanz sebelum di peluk erat tubuh itu. Kini dia pula yang mengulit Hanz agar berehat biarpun tenaga dia dah habis di gunakan masa muntah tadi.

"Saya cintakan awak Adreena, jangan buat saya macamni lagi. Saya rasa nak mati bila awak sisihkan saya lima harini. Saya suami awak." Hanz tak segan-segan meluahkan rasa hatinya.

"Ya I'm sorry baby. I promise I tak buat perangai macamtu lagi. Tapi you sabar sikit okey, I janji I akan ceritakan dekat you cuma sekarang tak boleh lagi. Nanti bila dah tiba masanya I akan cerita dekat you."

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now