"Uncle datang ni nak tanya Hanz sesuatu. Pasal Adreena Tania...." Hanz dah agak. Dia dapat rasa semenjak Tan Sri Khaleed masuk ke dalam biliknya tadi.
Hanz tak jawab dia cuma diam. Entah apa yang ada di fikiran Tan Sri Khaleed dia tak boleh nak teka. Dia ingatkan hal ini tak akan berpanjangan rupa-rupanya Adreena Taalia sudah menghantar orang kuat iaitu Tan Sri Khaleed. Nak apa lagi?
"Uncle tahu Adreena memang buat hal dengan Hanz. Tapi tak boleh ke Hanz cuba buka hati terima anak uncle? Uncle bukan nak paksa Hanz tapi Hanz pun tak ada sesiapa kan? Maksud uncle kekasih." Tan Sri Khaleed tahu yang dia melampau tapi dia taknak Adreena Taalia kecewa, sebagai bapa kalau boleh semua kemahuan anak-anaknya tercapai tidak kira sulit seberapa manapun.
Adreena Taalia cinta hatinya.
Mungkin Hanz ingat anaknya yang hantar dia ke sini. Tidak. Tan Sri Khaleed sendiri yang memulakan langkah mahu memujuk supaya anak muda hebat ini dapat terima anak kesayangannya lagipun dia sudah tua. Dan umur Adreena Taalia sudah sesuai untuk di jadikan isteri.
Ternganga mulut Hanz. Tidak menyangka Tan Sri Khaleed pun sama seperti Adreena Taalia. Cop bapa dan anak!
"Maaf uncle. Saya bukan nak sombong dengan anak uncle tapi saya betul-betul tak ada hati dekat anak uncle. Saya minta maaf." Tolak Hanz dengan penuh berhati-hati takut Tan Sri Khaleed bungkam mahu sekelip mata nama dia di drop dalam project ini terus tutup syarikatnya kerana sudah rugi.
"Macam mana kalau uncle bagi sumbangan untuk H' Enterprise? Uncle tahu Hanz perlukan semua itu. Atau kita boleh bekerjasama di mana H' Enterprise uncle akan jadikan sebagai salah satu cawangan CROWN dan jawatan Ceo masih kepunyaan Hanz dan pemegang saham seratus peratus milik Hanz seorang. Dengan syarat Hanz perlu terima Adreena Taalia menjadi isteri Hanz. Peluang besar macamni rugi kalau Hanz lepaskan mungkin dah sampai masa syarikat H' Enterprise perlu di kenali lebih ramai lagi dan uncle yakin ramai yang berminat nak bekerjama dengan Hanz selepas orang dapat tahu H' Enterprise adalah cawangan CROWN. Hanz pun tahu bagaimana berkuasanya H' Enterprise bila dah berada di bawah CROWN. Uncle harap Hanz tak tolak tawaran uncle dan fikirlah masak-masak. Uncle pergi dulu....."
Urgh! Tan Sri Khaleed tahu kemahuan dia yang satu itu! Tapi bagaimana dengan hati dan perasaanya? Adakah hati dan perasaanya di anggap barang bagi orang hebat dan berkuasa seperti Tan Sri Khaleed sekeluarga? Seolah-olah dia tiada hati dan perasaan sedangkan dia juga manusia yang punya maruah diri!
Hanz rasa dia nak gila. Tawaran Tan Sri Khaleed bukan tawaran yang remeh kerana jika H' Enterprise berada di bawah CROWN sudah pasti syarikat yang di usahakan selama empat tahun sekelip mata menjadi syarikat yang besar. Allah. Hanz tersepit tapi dia masih fikirkan pasal maruah dan perasaanya. Hanz buntu.
"Abang Hanz....." Taqif berlari ke arahnya lalu Hanz mendepakan tangannya luas ke arah Taqif salah satu anak yang di jaga bonda seperti dirinya. Di angkat Taqif lalu memusingkan tubuh kanak-kanak itu sehingga Taqif menjerit suka.
Puan Harum gembira melihat Hanz akhirnya ada masa untuk anak di luangkan bersama adik-adik yang lain. Teko panas di letakkan bersebelahan cekodok pisang yang masih panas di goreng.
"Kenapa abang Hanz dah lama tak datang sini? Taqif rindulah...." Hanz mencubit pipi montel milik Taqif di pimpin adiknya itu mendekati bonda di meja batu bersama anak angkat bonda. Fatima.
"Sorrylah Taqif abang Han sibuk kerja. Nanti abang Hanz bagi hadiah dekat Taqif dan adik-adik yang lain." Tawar Hanz buatkan Taqif bersorak gembira. Tak sabar nak dapat hadiah daripada abang Hanz.
Adik-adik dia yang lain pula sibuk berlari sana-sini biasalah petang-petang macam ni aktiviti beriadah yang paling baik untuk kesihatan mereka semua. Hanz mengambil tempat di sisi bonda, Taqif di letakkan di atas riba dia, satu cokodok pisang di suap ke dalam mulut Taqif. Dan seterusnya ke dalam mulutnya tidak ketinggalan.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...