Bab 65 -the end-

2.7K 44 4
                                    

Alhamdulillah akhirnya selepas menaiki kapal terbang menuju ke Jedah untuk transit di sana selama dua jam lebih sebab delayed dan selepas itu mereka semu kembali meneruskan semula penerbangan ke Mekah dengan izinNya mereka semua selamat sampai setelah berjam-jam perjalanan yang memakan banyak masa itu.

Kini mereka sudah pun sampai di Hotel betul-betul tidak jauh dan tidak terlalu dekat dengan Kaabah. Katanya bonda lebih elok kalau jauh sebab pahala berjalan nak menuju masjid nanti lebih banyak dapat pahalanya.

Insyaallah.

Sampai sahaja di dalam bilik hotel Adreena Taalia merebahkan tubuhnya ke atas katil, belakang pinggang dia rasa nak pecah. Sakit betul.

Yang Hanz pula dari tadi duk asyik tersenyum dari awal airport Malaysia dah sampai Mekah pun asyik tersenyum aja. Apa yang di gembirakan sangat pun tak tahulah dia.

"Honey boleh tak saya nak cakap sesuatu?" Tiba-tiba sahaja suaminya itu bertanya padahal sebelum ini tak adalah pula suami dia nak minta macamni.

"Hmmmm apadia?"

"Sebenarnyakan awak nampak cantik dan comel pakai tudung macamni. Rasa macam tengah berdiri dekat tepi bidadari syurga tahu tak?" Puji Hanz melambung-lambung buatkan isterinya itu duduk tegak.

Wajah kacak Hanz yang memakai serba putih itu di tenung tidak percaya. Matanya di kecilkan....

"Jadi sebelum ni I tak cantiklah? Tak comellah?" Itu yang Adreena Taalia fikir sampai Hanz tertepuk dahi sendiri.

Kini Hanz mendekati isterinya di mana isterinya mula bermuncung sedepa. Walhal apa yang dia cakap tadi jujur, tapi biasalah perempuan kan?

"Awak ni suka fikir yang di luar kotak kan honey? Siapa cakap yang sebelum ni awak tak cantik, tak comel honey.....awak sentiasa cantik dan comel dekat mata saya. Tapi harini saya gembira dan sejuk mata bila tengok awak bertudung macamni. Nampak ayu dan sayu suka. Sangat." Ubun-ubun Adreena Taalia di usap lembut.

Adreena Taalia apa lagi terus tersenyum sampai ke telingalah jawabnya. Tak sangkalah pula itu yang terkeluar daripada mulut suami dia.

Hanz pun turut tersenyum juga bila isterinya acah malu-malu pula.

"You ni puji-puji I macamtu nak suruh I kembang lagikan? Yalah I dah faham isyarat suami I ni, insyaallah you doa-doakanlah biar hati I lembut nak bertudung. Boleh?" Terkelip-kelip kelopak mata Adreena Taalia sehingga sakan Hanz ketawakan kelakuan isterinya itu.

Tapi Hanz bersyukur dalam pada masa yang sama sebab akhirnya Adreena Taalia ada juga rasa ingin merubah ke arah jalan yang di redhainya.

"Pelan-pelan okey honey? Mungkin dah tiba masanya isteri saya sempurna tutup auratnya untuk apa? Semestinya untuk dapatkan keredhaanNya. Okeylah jom, rasanya semua sekarang dah ada dekat lobi."

Adreena Taalia angguk, faham dengan maksud tersirat suaminya itu. Bila Hanz dah ajak terus hilang rasa penat manakala rasa eksited nak tunaikan umrah begitu berkobar-kobar. Harap apa yang dia pelajari selama sebulan lebih sebelum bertolak ke sini harapnya dapat berjalan dengan lancarlah.

Tak lupa buku doa panduan Adreena Taalia turut membawanya, sebelum mereka turun ke lobi hotel. Hanz dan Adreena Taalia tidak lupa untuk mengambil air wudhuk kembali kerana dekat kawasan masjid nanti susah nak ambil air wudhuk nanti.

"Jom honey."

"Okey jom."










Di depan Kaabah air mata Fatima mengalir laju sehingga bergegar-gegar tubuh itu, dia sebenarnya malu jika diingatkan kisah hitam kehidupaanya yang dulu di mana hidupnya hanya penuh dengan melakukan dosa saban hari saban waktu tanpa memikirkan takut kepada Allah.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now