Bab 52

1.2K 22 0
                                    

Tangan bonda Adreena Taalia kucup dengan penuh kasih sayang lalu menarik tubuh wanita itu masuk ke dalam pelukannya bagi melepaskan rindu terhadap ibu mertua dia.

"Bonda sihat? Maaf sebab dah lama tak jenguk bonda."

Belakang tubuh menantunya di usap perlahan, tersenyum lebar Puan Harum dia juga rindu kepada Adreena Taalia.

"Alhamdulillah sihat sayang. Menantu kesayangan bonda ni sihat?" Tautan pelukan sudah di lepaskan pipi menantunya di usap lembut buatkan Adreena Taalia tersenyum suka.

Yalah dia mana pernah merasa kasih sayang ibu selepas mummynya meninggal biarpun sekarang Adreena Taalia masih ada ibu tiri tapi ianya tetap tidak sama. Tapi lain pula dengan bonda, dia boleh nampak betapa sayangnya bonda kepada dia biarpun sudah banyak kali dia lukakan hati suaminya bonda tetap berada di sisi dia.

Itu menunjukkan betapa besarnya kasih sayang bonda terhadap dia langsung tidak berpaling seperti ibu-ibu tirinya.

"Alhamdulillah Adreena pun sihat bonda."

"Patutlah makin cantik menantu bonda ni." Kini Puan Harum mulai menarik lengan menantunya untuk melabuhkan duduk.

"Erk kejap bonda. Adreena nak tunjuk dekat bonda something." Tangan bonda dia tahan sebentar lalu menggamit seseorang yang dari tadi menunggu di luar.

Berlapis dahi Puan Harum setelah sedar Adreena Taalia ada membawa kawan lelaki. Zayaan pula tidak tahu untuk berbuat apa, jujur dia masih samar-samar akan wajah lembut yang di gelar bonda itu. Tapi entah kenapa hatinya mulai merasakan rindu yang mendalam.

Bebola mata Puan Harum meluas terus laju air mata kerinduan yang teramat selepas dia cam siapakah kawan Adreena Taalia itu.

"Hanz...? Hanz ke ni...anak bonda...?" Tersekat-sekat suara Puan Harum tidak percaya melihat Hanz anaknya sudah berubah seratus peratus.

Zayaan masih blur tapi seketika kemudian dengan refleks lelaki itu menarik tubuh Puan Harum masuk ke dalam pelukan dia.

"Bonda." Saat ini air mata Zayaan mengalir laju setelah dia dapat merasakan betapa rindunya hati dia terhadap bondanya.

Sedikit sebanyak memori dia bersama bonda jelas-jelas bermain pada kotak fikirannya biarpun masih samar-samar.

"Hanz jangan lompat nanti jatuh sayang."

"Hanz kenapa monyok je harini? Meh bonda peluk, Hanz demam ye sayang."

"Hanz tak baik cakap kasar-kasar macamtu dengan adik-adik. Hanz kan abang yang baik."

"Wah dah besar dah anak bonda, main elok-elok basikal tu jangan bagi jatuh nanti lutut Hanz luka lagi."

Puan Harum turut mengalirkan air mata kerinduan dan Puan Harum dapat merasakan betapa kuatnya gegaran pada tubuh anaknya itu. Puan Harum bersyukur akhirnya doa dia setiap malam di kabulkan.

"Maafkan Hanz bonda, maafkan Hanz...." Ucap Zayaan dengan penuh ikhlas lalu mengucup seluruh wajah bondanya tidak lupa Zayaan turut mencium tangan bondanya itu manakala Puan Harum turut mencium dahi anaknya itu lalu kembali melepaskan rindu dengan memeluk tubuh tegap anaknya itu.

Buat kali pertama Zayaan dapat merasakan inilah kasih sayang seorang ibu di mana rasa dan perasaan itu langsung tiada pada mummy pada awal-awal wanita itu mengaku bahawasanya dia adalah mummynya.

Adreena Taalia yang melihat momen mengharukan itu juga sibuk mengalirkan air mata gembira sampai dia yang over di situ sehingga teresak-esak buatkan Zayaan dan Puan Harum berpaling.

"Ya Allah honey....."

"Ya Allah sayang...."

Zayaan mahupun Puan Harum mereka berdua menarik Adreena Taalia lantas mereka bertiga berpelukan. Sempat Zayaan melabuhkan ciuman pada dahi isterinya lalu dia memperketatkan lagi pelukan itu kalau boleh Zayaan tak nak lepas.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now