Fatima mengesot sehabis tenaganya memandangkan rasa pedih di bahagian perutnya begitu memilukan sekali. Dia perlu memastikan keadaan Kak Adreena baik-baik sahaja, kak Adreena tidak sepatutnya di perlakukan sebegitu kejam oleh Zara Ryca!
"Kak Adreena....kak Adreena...." Bergetar-getar tangan Fatima yang sedang menepuk perlahan pipi Adreena Taalia yang kini masih diikat tangannya itu pada tiang besi manakala perempuan itu tampak begitu lemah sekali di pandangan Fatima yang sudah teresak-esak.
Perlahan-lahan Fatima merungkaikan tali ikatan tersebut lalu menarik tubuh kak Adreenanya yang melorot itu di sauk ke dalam pelukannya. Sumpah sekarang ini Fatima rasa takut, dia rasa menyesal kerana tidak menghalang perbuatan kak Adreena terlebih dahulu tapi tampaknya nasi sudah menjadi bubur.
Apa dia nak jawab dengan Dika nanti? Semakin gundah-gelana perasaan Fatima sekarang ini dan Fatima yakin jika Dika tahu dia turut membantu kak Adreena pasti tunangnya itu akan mengamuk besar!
"Fa..ti..ma..." sayup-sayup sahaja suara Adreena Taalia menyapa pendengaran Fatima buatkan gadis itu semakin kuat tangisannya itu.
"Kak Adreena kita kena keluar daripada sini....."
"I minta maaf Fatima. I tak tahu yang Zara....Zara...." Tangisan Adreena Taalia juga turut pecah jua. Dadanya sakit apabila Zara Ryca selama ini hanya mempergunakan dirinya sahaja demi kepentingan diri sendiri sebagaimana apa yang dia dapat tahu ketika dia menceroboh data syarikat KING petang semalam.
Pada awalnya Adreena Taalia tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Dia cuba tepis perasaan itu, dia memberanikan diri untuk datang ke sini ingin menyelamatkan Zara Ryca biarpun ketika itu dia tak yakin tapi dia tetap ingin percayakan gadis itu.
"Kak Adreena Fatima minta maaf....semua ni salah Fatima kak. Kalau Fatima tak yakin kan akak yang Zara tak bersalah dalam hal ini mungkin kita tak akan jejak ke sini. Kita kena keluar daripada sini kak!" Fatima kini mulai bangun berdiri dengan tenaganya dia angkat Adreena Taalia turut bangun berdiri lalu memimpin tangan kak Adreena agar segera keluar daripada tempat sial ini!
Adreena Taalia menolak semua rasa sakit pada bahagian segenap tubuhnya. Dia perlu selamatkan Fatima dan dirinya sebelum akan ada apa-apa yang terjadi.
"Fatima you tunggu apa lagi kita kena terjun Fatima. It's okey remember macam mana Dika ajar kita kalau keadaan macamni kita kena buat apa?"
"Tapi Fatima takut kak. You are pregnant women kak Adreena...." Ujar Fatima mengingatkan kak Adreenanya yang perempuan itu sedang mengandung.
Gulp!
Wajah Adreena Taalia berubah pucat lesi. Dia baru teringat akan malaikat kecil yang hadir di dalam rahimnya ini, benih cinta dia dengan suaminya. Terus tubuh itu kembali bergetar! Serta-merta Adreena Taalia terus mengusap perut yang sedikit membukit itu.
Maafkan ibu sayang.....
"You go Fatima. Pergi selamatkan diri you!" Ucap Adreena Taalia tanpa nada.
Manakala Fatima terus terpusing tiga ratus enam puluh darjah bersama air muka ketakutan.
"What did you mean kak Adreena? Are you insane!" Bentak Fatima tidak bersetuju.
Pandangan mata Fatima kian kabur dek air matanya. Dia tidak percaya akan kata-kata kak Adreena sebentar tadi, tergamak ke dia mahu meninggalkan kak Adreena sendirian di sini? Dia masih waras!
"Just go Fatima! At least you selamat!" Adreena Taalia turut membentak. Tubuh Fatima di dakap dengan kemas seolah-olah ini adalah kali terakhir dia akan menatap wajah adiknya itu.
"I'm sorry Fatima. I'm sorry. Go Fatima, Dika need you the most. Jangan risau I akan keluar daripada sini, go Fat...."
Pap! Pap! Pap! Pap!
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...