Bab 31

907 18 0
                                    

Adreena Taalia yang baru sahaja melabuhkan duduk di atas kerusi miliknya bernafas semput sejak mengandung ni. Kandungan dia dah masuk lima minggu buatkan dia tak sabar nak jumpa anaknya itu.

Nancy masuk bersama ipad di tangan.

"Jadual Cik Adreena harini tak pack dan I dah susun atur jadual ikut kemahuan Cik Adreena macam mana yang Cik Adreena mahu. Hari ini hanya akan ada dua janji temu dan the rest of day jadual Cik Adreena kosong. Dan yang lain saya dah serahkan kepada Dika dan Adresya."

Memandangkan Adriana Tania sudah meletakkan jawatan maka jawatan COO yang sepatutnya milik Dika menjadi milik Adresya Tahiraa. Dan jawatan CEO sudah di sandang oleh Dika dan nama Zane dia dropkan.

"Okey thank you. By the way Nancy you tahu tak password locker daddy I?" Tanya Adreena Taalia.

Dia baru sedar dekat bawah meja daddy ada peti besi. Kenapa selama ini dia tak tahu pun? Atau peti besi tu baru ade je? Eh entahlah.

"Password? I tak tahu apa-apa Cik Adreena." Jawab Nancy.

"Ermm tak apalah you boleh keluar."

"Okey." Nancy terus menapak keluar.

Adreena Taalia berhati-hati duduk cangkung di bawah meja itu. Pin password cuba di tekan tapi tetap salah. Hari jadi arwah mummy? Di tekan lagi dan masih tak jadi juga.

"Urgh!" Rungut Adreena Taalia geram.

Nantilah. Nanti dia contact semula PA arwah daddy Fayad, mungkin Fayad tahu pin password locker peti besi arwah daddy dia.

Dika masuk ke dalam bilik itu tapi tuannya tak ada.

"Adreena!"

"Ha iya! Auch...!" Terhantuk kepala Adreena Taalia buatkan laju Dika berlari ke arah suara itu.

Laju tangan Dika menggosok kepala Adreena Taalia sebelum menarik perempuan itu bangun berdiri.

"Apa you ni Dika masuk bilik I tak bagi salam!" Marah Adreena Taalia lalu memukul bahu Dika kuat.

Dika mengaduh.

"Adoi mak buyung!" Latah Dika tak semena-mena lagi sekali tangan Adreena Taalia memukul bahu lelaki itu lagi tapi lebih kuat daripada tadi.

"Okey sorry...sorry. You buat apa dekat bawah tu?" Tanya Dika pelik.

"Tu ha I tengah try buka peti besi daddy. You tahu tak password dia apa? I nak tengok ada apa je dekat dalam tu...."

"Yang pasti bukan emas kan? Kalau ada emas memang taklah I nak bagitahu you." Balas Dika cepat-cepat mendekati peti besi tersebut.

Adreena Taalia guling biji mata. Dasar mata duitan!

Dika turut mencuba membuka peti besi tersebut, tekan punya tekan tetap salah password yang di letak itu.

"Dahlah I surrender." Kata Dika bangkit berdiri semula.

"Yang you masuk bilik I ni nak cakap apa? Pasal Zane? Or Zara?" Adreena Taalia ingatkan semula niat Dika masuk ke biliknya itu.

Dika geleng kepala kedua-duanya bukan.

"You sit down. I nak bincang pasal satu benda dan I harap you bertenang sebabnya perkara yang I nak cakap ni penting." Beritahu Dika suruh perempuan itu duduk dahulu

"Apa dia?" Sekarang Adreena Taalia sudah labuhkan duduk. Menanti Dika untuk buka mulut.

"Dekatlah sikit. Ini rahsia kita berdua dan Zara."

"Zara? Zara Ryca?" Dika angguk. Kemudian Dika mula bercerita dan Adreena Taalia bersungguh mendengarnya dengan pelbagai riak muka Adreena Taalia buat semasa mendengar cerita Dika itu.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now