Cawan yang masih berasap berisi kopi itu Adreena Taalia letak di atas meja kecil lalu melabuhkan duduknya di atas peha Zayaan di mana suaminya itu ralit sangat bermain game entah apa-apa di skrin besar PC milik suaminya itu. Tak penat ke lekaki ini? Padahal tadi baru je balik daripada ofis.
Adreena Taalia memang sejenis yang suka bermain game jadi dia tak tahu apa yang game sedang Zayaan itu sedang mainkan. Ralit betul.
"Ni honey manja-manja ni nak apa?" Tanya Zayaan tapi matanya tetap menghala ke PC. Bunyi dia tak payah cakap memang bising!
"Tak adalah. I cuma nak tengok you main game je. By the way apa yang best sangat main game ni? Tembak-tembak mati, then dapat chicken wings. Kalau real tak apa juga ni setakat kumpul je. Tak menarik langsung." Komen Adreena Taalia tak suka walau sedikitpun tapi dia tak adalah pula nak halang sebab itukan niat Zayaan.
Ternaik bibir Zayaan akan komen isterinya itu.
"Then why not I ajar you main game ni, nak tak?" Pelawa Zayaan baik hati. Air kopi di cicip perlahan.
Terus Adreena Taalia cebirkan bibir dan menggeleng perlahan. "No. I tak nak. I dah mengantuk, dah nak pukul sebelas malah dah ni you. I kan pregnant woman kenalah tidur awal." Kini Adreena Taalia mahu bangkit daripada peha Zayaan itu tapi lelaki itu pula menahan dia.
"Nak pergi mana? Temanlah I kejap. Thirty minutes, promise."
"Fine, tiga puluh minit je eak? Lebih-lebih I tak layan." Akur Adreena Taalia kembali betulkan kedudukannya itu.
"Okey." Ubun-ubun isterinya dia cium sekilas.
Adreena Taalia seperti anak patung menongkat kedua belah sikunya kian membosakan dirinya apabila di paksa menghadap perkara yang dia tak suka. Manakala Zayaan pula seminit sekali lelaki itu punya menguap macam tak tidur setahun.
"Jom." Dalam sekelip mata Zayaan menutup PCnya itu lalu mendukung Adreena Taalia lalu di bawa ke atas katil.
"Aik tak sampai tiga puluh minit lagi lah Zayaan." Ujar Adreena Taalia yang sedang menarik comforter tebal itu.
"Entah tiba-tiba mata I mengantuk. Jom kita tidur lagipun preggy woman tak elok tidur lambat-lambat. Let's sleep sayang." Zayaan dah terasa mahu ke bulan, tubuh Adreena Taalia di peluk erat tidak lupa menutup segala lampu utama dan menghidupkan lampu tidur seperti selalu.
Dalam sedang Zayaan mamai itu sempat lagi bibirnya membaca surah-surah kecil lalu di tiup tepat pada ubun isterinya agar tidak di ganggu sebarang makhlus halus memandangkan isterinya sedang mengandung saat ini.
Tersenyum lebar di buatnya Adreena Taalia di mana perilaku tersebut merupakan perilaku yang selalu Hanz lakukan kepada dia sebelum Hanz tidur.
Seketika kemudian kedengaran dengkur halus yang terbit dari bibir suaminya itu memberitahu kepadanya bahawa Zayaan sudah selamat ke alam mimpi.
"Sleep tight Zayaan. I minta maaf. I harap you tak marahkan I, I sayang you. I pergi dulu." Dahi suaminya di kucup lama lalu Adreena Taalia bangkit tidak lupa untuk mencapai telefon bimbitnya.
Ya dia letak pil tidur dekat dalam kopi Zayaan.
Nombor seseorang dia dail dan Adreena Taalia terus berlalu.
Zara mencelik matanya apabila tubuhnya terasa di cuit seseorang.
"Kak Adreena? You buat apa dekat sini?" Membulat anak mata Zara tidak menyangka kak Adreena boleh muncul di tempat sebegini.
Adreena Taalia buat tanda isyarat diam memandangkan keadaan di luar sana di jaga ketat oleh orang-orang aunty Nadine itu.
"I datang nak ambil you. Macam mana you boleh ada dekat sini? Urgh lepasnilah you jawab soalan I yang tu. Sekarang dah jom ikut I." Tangan Zara Adreena Taalia rungkaikan ikatan tali kemas itu dengan berhati-hati.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...