Bab 12

927 27 0
                                    

"Aku terima nikahnya Adreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed dengan mas kahwin dua puluh ribu ringgit tunai."

"Sah."

"Sah."

"Sah."

Puan Harum menadah tangan dan bersyukur majlis akad nikah Hanz berjalan lancar akhirnya. Air mata wanita itu menitik cepat-cepat Puan Harum sapu, dia begitu gembira dalam pada masa yang sama Puan Harum dapat bernafas lega kerana kini dia percaya keselamatan Hanz selepas ini semakin terjamin.

Adreena Taalia menghulurkan jari runcingnya untuk di sarungkan cincin oleh Hanz yang sudah sah menjadi miliknya. Sejuk tangan Hanz ketika menyarung cincin batu permata di jari manisnya, dengan penuh hormat Adreena Taalia mencium tangan Hanz buat kali pertama.

Jantung Hanz usah di cerita. Inilah kali pertama dia bersentuhan dengan ajnabi buatkan bulu romanya berdiri tegak. Sekarang giliran Adreena Taalia ingin menyarungkan cincin di jari manis Hanz pula setelah itu dengan lembut Hanz melabuhkan ciuman nipis di dahi isterinya. Semestinya Adreena Taalia rasa nak melompat sebab dia dah boleh sentuh Hanz!

Flash camera mula menangkap momen tersebut.

Semua isteri-isteri dan anak-anak Tan Sri Khaleed ada kesemuanya. Tidak ketinggalan Dika dan Zane turut meraikan mempelai pengantin.

Turun sahaja daripada pentas Hanz mendekati bonda dan keluarganya diikuti Adreena Taalia mula menyalami tangan bonda Harum

"Selamat pengantin baru anak bonda. Jaga isteri Hanz baik-baik, sayanglah isteri Hanz bonda tahu Hanz dah mulai buka hati kan?" Hanz angguk perlahan buatkan Puan Harum mengucap syukur.

"Terima kasih bonda sebab dah jaga Hanz. Doakan Hanz dapat jadi suami yang solehah buat Adreena." Ucap Hanz meminta keredhaan ibu susuannya itu.

Puan Harum mengusap lembut belakang tubuh Hanz. Sekarang giliran Adreena Taali pula, tanpa kata dia terus memeluk tubuh bonda malah sempat mengeyit nakal ke arah Taqif.

"Selamat pengantin baru menantu bonda. Janji dengan bonda jaga Hanz baik-baik, bonda nak bagitahu satu rahsia..." bisik Puan Harum perlahan takut Hanz dengar malu pula anak lelakinya itu.

"Apa dia bonda?"

"Hanz nampak je kasar dan sombong tapi sebenarnya Hanz tu cepat berair mata. Manja." Cerita Puan Harum buatkan Adreena Taalia ketawa kecil. Wow rahsia besar tu.

"Baiklah bonda. I janji I akan jaga Hanz baik-baik and thank you for the secret." Puan Harum tarik satu senyuman lebar selepas melepaskan tautan itu.

Sekarang mereka berdua beralih kepada keluarga Tan Sri Khaleed pula.

"Tahniah anak daddy. Selamat pengantin baru Adreena...."ucap Tan Sri Khaleed penuh sebak. Clara di sebelah sudah mengusap perlahan lengan suaminya yang dinikahi dalam diam.

"Thank you daddy. I love you." Pipi daddy di cium dengan penuh kasih sayang.

Sampai di menantunya pula Tan Sri Khaleed menarik Hanz ke dalam pelukannya.

"Terima kasih Hanz sebab sudi terima anak daddy jadi isteri Hanz." Ucap Tan Sri Khaleed ikhlas.

"Hanz pun nak terima kasih dekat daddy sebab percakan Hanz. Hanz janji Hanz akan didik dan jaga Adreena sehingga hujung nyawa Hanz...." Tan Sri Khaleed menyapu air mata yang bertakung di tubir matanya.

Akhirnya sesi membatalkan air sembahyang tamat.


Seperti permintaan Adreena Taalia majlis persandingannya yang bertemakan anggel itu begitu grande sekali. Persalinan di tubuh masing-masing sudah berubah di mana Adreena Taalia cantik menyarung gown manakala Hanz Eidlan segak bersama tuxedo. Kedua-duanya memaki warna putih off white.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now