Bahu yang rasa terseliuh Hanz gerakkan sedikit kepala bahunya. Mungkin penat sangat mana nak melayan tetamu lagi, nak settlekan hal majlis lagi semuanya dia yang buat dari pagi tadi lagi di bantu yang lain. Tidak ketinggalan Warda yang begitu ringan tulang turut menjayakan majlis tahlil arwah ayahandanya yang telah kembali setahun yang lepas.
"Hanz sudah-sudahlah tu, pergila naik berehat dari pagi tadi lagi Hanz sibuk uruskan majlis. Yang lain-lain tu bonda boleh uruskan jangan susah hati, itu Warda nak kena hantar lagi. Esok Hanz masuk kerja pagi kan? Sudah-sudahlah tu Hanz...." Bebel Puan Harum cuba merampas plastik sampah di tangan anaknya itu.
"Bonda tak apa. Hanz okey, pasal Warda dia boleh tumpang tidur bilik Hanz kalau dah lambat sangat. Lagipun esok pagi Hanz nak kena gerak sekali dengan Warda pergi seremban juga." Hanz beralasan.
Padahal dia risau keadaan bonda yang selalu mudah sakit tumit kaki kalau berdiri lama. Itu yang Hanz kuatkan diri juga nak pastikan tiada apa yang tertinggal sebelum dia naik berehat. Biarlah penat asalkan berbaloi dapat gembirakan hati bonda yang sudah lama teringin nak buat majlis tahlil arwah ayahanda cuma dia yang terlalu sibuk di pejabat.
Tender masuk tak berhenti. Alhamdulillah rezeki, Hanz bersyukur walaupun syarikat dia tidak gah tapi ramai yang berminat. Masih merangkak tapi kukuh kalau Hanz teruskan berusaha menaikkan nama syarikatnya. H' Enterprise adalah segala baginya selain bonda dan keluarganya. Tapi tidaklah sagagah syarikat CROWN milik Tan Sri Khaleed yang bernilai berbilion ringgit itu.
Di mana-mana pasti ada cawangan CROWN biarpun di celah peruk bandar sekalipun.
"Bonda saya dah nak balik." Suara ayu lemah gemalai gadis yang berpurdah menyentakkan lamunan Hanz. Ulas bibirnya tersenyum nipis, sejuk hatinya melihat keayuan gadis itu. Tak lama Hanz pandang Fatima takut gadis itu tidak selesa.
Fatima? Anak angkat bonda. Walaupun Fatima dia kenal hampir lima tahun Hanz tidak pernah berani mendekati atau bekenalan lebih rapat di sebabkan gadis itu terlalu tertutup dengannya kecuali bonda sahaja. Warda pun Fatima tidak berkawan, mungkin gadis itu seorang yang introvert orangnya. Hanz mengerti.
Tak lama kemudian bonda mengajak Fatima masuk ke dalam rumah, entah apa yang di borakkan Hanz tak ikut masuk campur. Kerja dia masih banyak.
"Warda awak masuk dululah. Tinggalkan kerja tu dekat saya, dah malam ni. Tak elok kita aja ada dekat sini." Warda akur. Dia faham sangat Hanz ini sejenis yang macam mana.
Bangun pada pagi itu Adreena bersiap seperti biasa untuk masuk ofia. Semua pakaiannya di siapkan oleh bibik Melati dari atas sampai bawah. Hari ini terasa mahu berdandan lebih cantik, semangatnya hari ini lain macam.
Hanz nak datang ofis lagi. Ya Adreena teruja! Tak sabar nak jumpa lelakis maskulin itu. Hal yang dua tiga hari lepas Adreena lupakan, tak boleh nak benci kalau dah hati mula suka. Kali ini Adreena tak main-main! Tiba-tiba rasa nak kahwin awal......macam menarik.
"Hey you pergi mana semalam? Pergi kelab malam lagi? Nak jadi apa you ni, tak serik lagi ke Adreena. Tolonglah jaga air muka daddy kalau you tak suka I sekalipun. Maruah keluarga you kena jaga! Nenda hampir jatuh sakit sebab you, you jangan-jangan nak buat lupalah Adreena Taalia."
Adreena gulung mata menyampah. Duduk di labuhkan ke atas kerusi dan mula menuang kokokrunch bersama air susu kotak. Pagi-pagi dah bingit anak mithali daddy seekor ni, kalau duduk diam tak payah membebel boleh tak? Rimas yang amat.
"Morning daddy." Ceria sahaja Adreena menyapa Tan Sri Khaleed, pelipis kening di cium sekilas begitu juga dengan Adriana yang duduk bertentengan itu.
"Morning daddy." Sapa Adriana juga sopan.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...