Bab 5

963 26 3
                                    

Puan Harum membuka pintu kepada tetamu yang datang bertandang tanpa Puan Harum tahu siapa orangnya. Rasanya hari ini dia tak ada berjanji dengan sesiapa. Tak kesahlah, tetamu datangkan selalu membawa rezeki lagipun pintu rumahnya selalu terbuka untuk sesiapa sahaja.

"Hai you bonda Hanz Eidlan?" Adreena Taalia dengan muka setebal bulu kambing biri-biri menyoal tanpa memberi salam. Terus masuk lalu melabuhkan duduk di atas sofa siap menyilangkan kaki lagi tu.

Sedikit terkejut di buatnya Puan Harum, wanita itu tak ada pula nak kata apa malah siap tersenyum lagi. Puan Harum faham, tengok sahaja cara gadis jelita itu berpakaian dia sudah tahu. Malas nak ambil hati Puan Harum turut melabuhkan duduk di hadapan anak gadis tersebut.

"Ya saya bonda Hanz. Anak datang nak jumpa dia ke?"

"No. I nak jumpa you. Macam nilah I berterus terang yang I suka anak you Puan Harum, Hanz Eidlan."

"Cik Adreena Taalia!" Memetir suara keras Hanz yang baru turun dengan wajah yang terkejut. Tanpa kata dia tarik lengan baju Adreena Taalia kasar keluar daripada rumah.

Sampai di halaman rumah Hanz lepaskan lengan yang berlapik itu kasar. Tajam anak matanya menikam wajah berkerut Adreena Taalia yang tanpa rasa bersalah berjumpa datang menghadap bonda dengan berpakaian begini? Baju crop top bersama skirt paras peha. Panjang Hanz beristighfar. Gigi di ketap nafas kasar di luahkan, rambut hitam pekat di raup ke belakang.

Stress! Macam mana dia nak jawab dengan bonda nanti? Dia malu!

"Hey sakitlah tangan I apa you ni." Baru Adreena nak marah tapi tak jadi bila t-shirt plain putih tersarung di tubuh tegap Hanz menampakkan lagi betapa kacaknya Hanz berbanding dengan pakaian pejabat yang selalu Adreena curi tengok.

"Balik. Tolong balik Cik Adreena." Halau Hanz setelah sedar pandangan nakal yang tak pernah lepas jika mata lentik itu menatapnya. Rasa di nodai.

"Apa you ni Hanz? I datang nak jumpa bonda you bukan you."

"Ini rumah saya. Dan itu bonda saya. Saya tak suka Cik Adreena datang rumah saya tanpa izin saya, ini dah dikira Cik Adreena menceroboh privasi saya." Bangkang Hanz kasar.

Hesy! Tak boleh ke kalau Hanz cakap dengan dia lembut-lembut? Tak penat ke asyik guna suara tinggi dengan dia, itulah siapa suruh cabar sangatkan? Well this is Adreena Taalia. Petik jari semua dia boleh tahu. Hanz patut bangga sebab jarang dia nak datang tempat-tempat yang seperti ini.

"Jadi you sebenarnya anak yatim ke Hanz? Wow menarik, sama macam I kiranya darjat kita dah samalah kan? By the way kaya juga bonda you boleh buka rumah anak yatim sebesar ini tapi tak rasa rugi ke bagi free-free macamtu aja? Kalau I lebih baik I pergi bercuti ke, manfaatkan duit kita yang penat lelah bekerja daripada habiskan duit dekat orang luar."

"Itu awak. Bukan bonda saya. Ya saya anak yatim piatu dan anak luar nikah, puas hati? Saya di buang Cik Adreena, bagi Cik Adreena orang macam saya ni pengemis ke? Orang macam saya tak minta untuk di lahirkan tapi ini kuasa Tuhan siapa kami untuk melawan kuasa Tuhan. Sudahlah Cik Adreena saya tak layak untuk bergandingan dengan Cik Adreena lagipun saya tak berminat atau nak rapat dengan sesiapa lagi-lagi kalau itu Cik Adreena. Sila balik Cik Adreena."

Nak buat apa malu mengaku yang dia memang anak luar nikah pun. Kenapa hina ke orang seperti dia? Hanz tidak pedulikan kalau sesiapa sahaja yang mahu jijik akan dirinya. Dia hidup bukan untuk mereka dia hidup untuk sang pencipta, Hanz redha.

Terkelip-kelip Adreena Taalia memandang wajah Hanz. Anak luar nikah? Gulp! Dia tak sangka, bagaimana ibu bapa asal lelaki ini boleh buang manusia sehebat Hanz.

"Bodohnya you punya orang tua Hanz. Kesian diorang lepaskan anak sehebat you, biar I cari siapa ibu you dan boyfriend dia dekat luar sana tu. Biar I kasi ajar kalau dah buat tu retilah bertanggungjawab ini suka hati buang you macam sampah. Hesy, kenapa Dika yang daddy jumpa? Dan bukan you? Kalau tak mesti you tak rasa rendah diri macam sekarang."

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now