Kelihatan semua berdiri setelah Zayan memasuki bilik meeting di mana untuk kali pertamanya setelah beberapa tahun KING dan CROWN kembali bekerjasama. Hampir semua kakitangan staf syarikat memberi tunduk hormat setelah Zayaan wujud di situ.
Luth pula mengambil tempatnya seperti biasa.
Dika, Fatima, Zane, Adresya Tahiraa dan juga Adreena Taalia turut berada di situ semestinya wakil daripada pihak CROWN. Zayaan mulai berjabat tangan dengan mereka semua kecuali Fatima.
Adreena Taalia juih bibir, sempat lagi Zayaan kenyit mata nakal ke arahnya.
"Have a sit." Arah Zayaan kepada semua yang terlibat makanya mereka semua mula melabuhkan duduk.
"So Encik Farid let's begin." Encik Farid selaku ketua project mega untuk kali ini di minta Zayaan untuk hadir ke hadapan bagi pembentangan slide project mega yang akan di jalankan tak lama lagi.
Encik Farid bangkit lalu melangkah ke hadapan. Ini agak mendebarkan bagi Encik Farid kerana kali pertama dia akan bentangkan kertas kerjanya kepada Tuan Zayaan yang di kenali tegas dalam setiap keputusannya buatkan sedikit sebanyak Encik Farid berasa gerun.
Boleh tahan lama juga Encik Farid membentangkan kertas kerjanya dengan lancar walaupun banyak juga soalan-soalan KBAT daripada Tuan Zayaan itu agak mencemaskan bagi Encik Farid tapi alhamdulillah dia berjaya menjawab dengan baik setelah wajah serius Tuan Zayaan yang tampak berpuas hati dengan pembentangan dia pada hari ini dapat melegakan hati dia yang sudah beberapi hari bersengkang mata demi kertas kerjanya.
"Thank you Encik Farid. So now let's see our agreement file, kalau ada sesiapa nak tanya soalan you all semua boleh bertanya kepada Encik Farid if not you can sign the agreement file."
Masing-masing mula menumpukan perhatian kepada agreement file yang sudah di edarkan daripada tadi lagi. Nampaknya masing-masing berpuas hati kerana hampir separuh sudah menandatangi surat agreement tersebut begitu juga dengan Adreena Taalia selaku pemegang terbesar ketiga dalam project mega pembangunan mall di tengah bandar raya Kuala Lumpur itu.
"What if kalau project ni gagal di luluskan? Adakah ianya akan terus terbelangkalai macamtu je atau KING ada back up project plan yang lain?" Tiba-tiba sahaja ada suara yang menyoal buatkan bebola mata tertumpu ke arah perempuan itu.
Zayaan langsung tidak gentar mendengar soalan sekejap tadi kerana dia yakin project dia akan berjaya dan mereka semua akan mendapat profit yang lebih menguntungkan daripada apa yang mereka telah keluarkan.
"Mrs Dayana Ceo Of Lena Enterprise it's not going to happen. You can put a big trust on me."
"But, what if it is still might be happen? Please don't be to sure Mr Zayaan anything can be changes. Will you be sacrifice's...."
"I pay you double. If anyone having a same thingking way with Mrs Dayana the rest can leave this meeting." Potong Zayaan tegas.
Satu saat. Dua saat, tiga saat, empat saat.....
Tiada yang beredar malah mereka semua sibuk menandatangi surat agreement tersebut. Dalam diam Dayana tersenyum senget, dia sebenarnya saja mahu menarik perhatian Ceo KING itu.
Adreena Taalia menyumpah dalam hati, tengok pun dah tahulah perempuan yang nama Dayana tu sengaja mahukan perhatian suami dia! Menyampah!
Tersengih-sengih macam kerang busuk!
"Meeting disperse. Thank you." Ucap Zayaan yang kini sudah bangkit berdiri buatkan kesemuanya turut bangkit berdiri sebagai tanda hormat kepada lelaki itu.
Elok sahaja Adreena Taalia mahu beredar ada satu tangan menggapai tangannnya sehingga terpusing tubuh dia di buatnya.
"You come with me." Arah Zayaan terus menarik isterinya keluar daripada bilik meeting itu buatkan hampir kesemuanya pelik melihat situasi tersebut lagi-lagi Dayana.
YOU ARE READING
Atas Nama Cinta
RomanceAdreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed. Seorang gadis jelita yang berkuasa, hebat, dan kaya! Di kelilingi oleh manusia yang hebat dan martabat gadis itu tinggi akan tetapi cintanya untuk sang jejaka yang juga hebat dan bijak menguruskan syarikat H' Enter...