Bab 6

920 23 2
                                    

Masuk ke ruang dapur kelihatan Dika sedang meneguk air kosong. Adriana Tania mendekati lelaki itu buatkan Dika sedar yang dia bukan seorang di sini lalu Dika terus berpusing. Melihatkan Adriana Tania belum tidur buatkan Dika tertanya-tanya....

"Apa dah jadi dengan adik I? Pergi club lagi? You ni pun satu Dika, macam mana kalau artikel esok pagi terdampar gambar you dengan Adreena berpelukan lagi? You pun tahukan ramai yang tak puas hati dengan Adreena."

"I nak buat macam mana Adriana? Adik you tu stress Mr Hanz tolak cinta dia. It's okey pasal artikel esok tu pandai-pandailah I uruskan, you tu. Kenapa tak tidur lagi masa ni? Dah pukul tiga setengah pagi you sedar ke tak ni?" Soal Dika menatap wajah cantik Adriana yang hanya tenang menatapnya.

Dika tahu Adriana Tania ikhlas menyanyangi Adreena Taalia, cuma Adreena Taalia anggap Adriana Tania ini kaki penyibuk walhal kalau Adreena Taalia sakit gadis yang berada di hadapannya inilah yang terpaling risau.

"I tahu you sayangkan adik you Adriana tapi you tahulah Adreena tu di besarkan macam mana? Dia terlalu bebas di sebabkan tiada siapa yang ajar pasal hukum hakam halal haram. Lainlah you Adriana, umi you dah berikan didikan agama dekat you dari kecil lagi samalah macam I. Cuma kita berbeza, you masih setia dan I terpesong bab agama. Orang yang macam Adreena tu dah susah nak di bentuk sebab dah keras. Hanya orang tertentu sahaja yang dapat mengubah adik you tu. Atau adik you sendiri dapat hidayah. You nak berkeras pun tak ada guna I takut nanti dia ingat you ni melebih-lebih, yalah sebab daddy you pun tak pernah larang Adreena nak buat apa-apa sebab tu I takut nanti dia fikir you cemburu pula."

Adriana hela nafas berat. Kata-kata Dika tadi cuba di fahamkan ertinya, betul kata Dika semuanya betul. Adreena Taalia sudah susah untuk di bentuk. Betullah peribahasa mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya.

"You tak rasa ke kalau Mr Hanz sesuai orangnya?"

"Maksud you?" Tanya Adriana Tania tak faham.

Dika angkat bahu. Dia pun sebenarnya cakap secara spontan sahaja, melihatkan betapa alimnya lelaki itu dan tak senang untuk di miliki entah kenapa Dika rasa nak tolong Adreena Taalia dapatkan lelaki itu walau apa cara sekalipun. Dia yakin Mr Hanz orangnya.



Artikel hari ini. Adreena Talia Bt Tan Sri Khaleed bersama PA Tan Sri Khaleed, Dika Ibrahim kelihatan mengunjungi kelab malam . Apa yang di kejutkan Dika Ibrahim terlihat mengendong Adreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed keluar daripada kelab malam bersama-sama dalam keadaan mabuk.

Hanz mengscroll lagi ke bawah. Terdapat gambar yang blur tapi masih jelas, betul apa yang artikel keluarkan dalam carian hot news di pagi hari ini. Memang benar terlihat Dika sedang mengendong Adreena Taalia dan Adreena Talia pula kelihatan tak sedarkan diri.

Merengus Hanz. Entah kenapa dia rasa geram walaupun dia tak rasa apa-apa perasaan dekat anak majikannya itu. Tapi melihatkan Adreena Taalia tak jaga batasan sudahlah mengunjungi tempat sebegitu buatkan Hanz rasa tercabar. Apa yang tercabar dia pun tak tahu, kenapa dia perlu rasa seolah-olah Adreena Taalia menganggap dia seorang yang mudah!

Adreena Taalia kejar dia macam orang gila tapi di sebalik itu Adreena Taalia hanya mahu permainkan perasaannya sahaja. Mana mungkin manusia sehebat Adreena Taalia suka orang seperti dia. Melainkan Adreena Taalia mempunyai niat jahat samada mengenai syarikatnya atau dalam diam CROWN mahu merampas sesuatu darinya?

Hanz mula rasa kedudukannnya rasa tergugat hari demi hari.

Dua buah kereta masuk ke dalam perkarangan site. Iphone miliknya Hanz simpan ke dalam poket, pandangan pekerja lain turut mengarah ke arah dua buah kereta Mercedes. Dari jauh Hanz nampak pintu belakang di buka Dika dan dari situ Adreena Taalia keluar bersama Adriana Tania. Satu kereta lagi kelihatan Tan Sri Khaleed keluar bersama Zane pula.

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now