Bab 10

1K 27 0
                                    

Iphone di tangan Adreena Taalia hempas geram. Berapa kali ni nak kena call Zane? Sudahlah tiba-tiba mc tak cakap satu habuk apa-apa dekat dia mahupun daddya atau Dika atau Adriana.

Sudahlah Adreena bingung nak pilih tema apa untuk majlis perkahwinan dia. Lepastu Hanz pula langsung tak bagi kerjasama! Janji pukul sepuluh dah pukul dua belas batang hidung Hanz pun dia tak nampak. Geramnya!

Wedding planner pun hampir nak cancel tapi berani ke? Adreena Taalia merengus kasar, catalog di hempas kuat ke atas meja kerana kesabarannya mulai menipis. Dika yang setia menemani Adreena Taalia pun naik pening mendengar rengusan gadis itu setiap minit.

Adreena Taalia mulai berdiri. Nombor telefon Hanz dia dial shit! Lelaki itu sengaja decline!

"Hesy tak guna punya jantan!" Maki Adreena Taalia lantang.

Dika menggeleng kepalanya. Kalau nak nasihatpun tak ada guna, siapa yang tak kenal dengan perangai suka paksa Adreena Taalia tu? Memang padanlah dengan muka siapa suruh paksa sangat orang kahwin. Dika pun dah pening nak masuk alik adik angkatnya atau Hanz. Sekejap kesian dekat Hanz sekejap rasa seronok pula Adreena Taalia nak berumah tangga.

Wedding planer yang bernama Siti pun dah gerun melihat aura Adreena Taalia Bt Tan Sri Khaleed yang cukup merasa dirinya kerdil biarpun Siti juga tidak kalah hebatnya mempunyai butik pengantin yang begitu ramai bakal pengantin ingin menempah terutama artis-artis Malaysia. Bersusun-susun.

Adreena Taalia kehulur ke hilir sekejap dial nombor Zane sekejap dial, sekejap dial nombor Hanz akhirnya iphone di baling ke atas sofa. Dua-dua tak angkat!

Stress!

Dika hanya diam di situ begitu juga dengan Hana hanya terkaku sambil memegang design terbarunya hanya khas untuk Adreena Taalia setelah dia dapat tahu Adreena Taalia memilih butiknya untuk majlis perkahwinan gadis itu bersama seorang engineer.

Hanz yang baru sampai menolak pintu kaca malas-malas. Itupun di paksa oleh bonda kalau tak jangan harap dia nak datang biar perempuan itu pilih semuanya. Hanz tak peduli.

"Ya Cik...."

"Hanz Eidlan." Jawab Hanz bila pembantu butik itu bertanya. Sejenak kemudian laju pembantu butik tersebut menyuruhnya untuk ke bilik VIP.

Urgh! Serabutnya.....

"Cik Hanz boleh masuk."

"Oh terima kasih." Dengan muka masam dan tiada mood Hanz masuk jua ke dalam bilik VIP.

Sempat lagi pembantu butik memuji wajah kacak Hanz sebelum beredar.




"I nak tema warna hitam. Titik."

"Awak ingat ni majlis perjumpaan ahli-ahli setan ke? Saya nak tema putih."

"Habistu you ingat ni perjumpaan ahli-ahli syurga ke? I tak kira I nak tema hitam!"

"Dah tu awak kahwin sorang-sorang. Saya okey kalau tak kahwin dengan awak malah saya lebih bersyukur."

"Hotak you Hanz Eidlan!"

Mahu sahaja Dika menghantuk kepala kedua-duanya. Yang sorang begitu yang sorang begini. Naik pening kepala Dika akan kedegilan masing-masing, betul ke dua manusia tu nak kahwin? Risau pula Dika di buatnya.

Akhirnya keputusan di putuskan oleh Siti sendiri setelah masing-masing tak mahu mengalah. Bagi akad nikah biru muda dan bagi majlis persandingan warna white off. Untuk konsep pula Siti putuskan menggunakan konsep anggel.

"Boleh saya nak tukar design sikit. Saya nak Puan Siti tutup bahagian dada yang terdedah tu."

"Apa pula you ni I dah berkenan macamtu. Puan Siti make sure you kekalkan design I yang tu kalau tak I saman butik you."

Atas Nama CintaWhere stories live. Discover now