Bab 55

7 0 0
                                        

Adreena terjaga dari mimpinya.. sekali lagi dia mimpi tentang perpisahan antara dia dan Aniq.. air mata diseka perlahan sambil tersenyum.. kau ni Adreena takut sangat sampai bawa ke mimpi

Kepalanya yang terasa berat itu dipicit seketika.. patutlah penat semacam.. rupanya dia tertidur atas sejadah selepas menunaikan solat subuh pagi tadi

Adreena bingkas bangun.. mencabut telekung yang tersarung ditubuhnya kemudian melipatnya dengan kemas.. sempat dia menguap keletihan.. entah apa yang penat, Adreena sendiri tak tahu.. perlahan kakinya melangkah menuruni anak tangga.. dia mahu menyiapkan sarapan Aniq seperti kebiasaannya

Bau harum nasi lemak yang menusuk hidung.. tanpa dipinta, keningnya berkerut.. takkan jiran sebelah masak nasi lemak? sampai boleh tembus dinding rumah pula tu.. hebat!!

"Awak?" matanya tak berkelip melihat Aniq yang sedang menyusun pinggan di rak.. lelaki itu jelas terkejut melihat kehadirannya

"Kau bukan tengah lena ke tadi?" soalan itu yang diajunya.. mahu luluh jantung disergah Adreena.. apahal pulak aku tak dapat dengar derapan kaki dia ni?

"Saya baru bangun.. nak buat sarapan untuk awak.. awak bukan kerja ke?" soalan itu diaju padanya setelah menganalisis pakaian Aniq yang kasual itu

"Aku dah mula cuti.. kau kan nak bersalin" selamba Aniq menutur kata tanpa lansung memandang isterinya

"Awak teman saya kat rumah ya?" nada Adreena berubah ceria.. seronoknya! takdelah dia rasa sunyi macam selalu

"Kau tak payah nak perasan lah" omel Aniq perlahan

Senyuman Adreena memudar.. macam mana lah kau boleh lupa Ad? makin dekat hari kau bersalin, makin pendek tempoh perkahwinan kau

"Ni, makan.. aku mas-, tak.. aku beli dekat kedai depan sana" Aniq menoleh untuk melihat Adreena.. tersentak tubuhnya melihat perubahan wajah Adreena yang mendung itu.. Adreena nampak sedih

Kenapa agaknya?

"Tak elok tayang muka sepuluh sen depan rezeki" tegurnya.. biarpun dia sendiri tak senang punggung tengok Adreena yang seolah-olah kurang ceria

"Thanks belikan.. susah susah awak je" mati sudah seleranya biarpun sebenarnya dia terliur sebentar tadi

"Kau nak pergi mana?" Panggil Aniq apabila Adreena mula mengorak langkah menjauhinya

"Saya belum ada selera lah.. tapi saya janji takkan membazir.. tengahari saya jamah" beria-ria Adreena bersumpah.. takut dimarahi Aniq lagi

Aniq mengalih pandangan.. hatinya terluka.. bukan kerana marah, bukan juga kecewa apabila masakannya tak langsung disentuh Adreena.. tapi, air muka Adreena itu yang bertindak seolah pisau yang sedang menoreh hatinya perlahan.. sakit tapi susah untuk dia rungkai sebabnya

"Awak makan ya? saya naik dulu" pesan Adreena bersama satu senyuman plastik.. kemudian Aniq dibiarkan disitu.. dia mahu menyendiri dengan perasaannya

Adreena menutup rapat pintu bilik.. dia berselubung dalam selimut.. berfikir untuk menyambung tidurnya.. semalaman dia berjaga kerana sakit pinggang semenjak perutnya semakin membesar

Aniq membuka pintu dengan perlahan.. bersama dulang berisi air dan makanan, dia berjalan menuju ke katil Adreena.. langsung tidak berkutik.. agaknya terlalu penat.. lantas senyuman kecil terukir dibibir

"Ehm.. Adreena.. bangun.. makan" wajah serius dipasang.. Aniq cuba menyentuh jari kaki Adreena.. tak mahu wanita itu terkejut.. Adreena langsung tak menjawab, malah dia hanya merengek sambil mata terpejam

"Bangun lah.. kau tak payah nak buat tak dengar.. Adreena.. woi" suaranya dikuatkan sedikit

Adreena mencapai lengan Aniq dan memeluknya erat sehiggakan lelaki itu terjatuh ke hadapan.. hampir menghempap tubuh Adreena yang sedang berbadan dua itu

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now