Bantal itu sudahpun basah dengan air mata yang masih belum ada tanda untuk berhenti.. kenyataan itu amat perit untuk Adreena telan.. apa maksud Aniq bahawa anak dalam kandungan itu bukan anaknya? adakah Aniq menuduh dia membuat perkara terkutuk? berzina? Ya Allah.. luruh hatinya.. begitu kecil dirinya dimata seorang Aniq Khaleef
"Maafkan ibu, sayang" belum lahir lagi anaknya sudah diabaikan seperti ini.. apalah agaknya nasib bayi ini saat sudah lahir diatas muka bumi nanti?
Ketukan bertalu tidak dia hiraukan.. biarpun beberapa kali namanya dilaung Aniq namun dibiar tak berbalas.. hatinya terlalu sakit tatkala ini
Aniq menggaru kepalanya.. salah dia kerana terlalu lantang bercakap.. memang dia tak pernah maksudkan langsung pun apa yang dia cakap.. sengaja buat begitu untuk menyakitkan hati Adreena.. tapi bila melihat Adreena menangis teruk begini, hatinya dipagut kerisauan
Setelah mendapatkan kunci pendua, Aniq terus menerjah masuk ke dalam bilik.. lama matanya menatap wajah Adreena.. Adreena pula hanya membuang pandang ke arah lain.. hatinya benar benar sakit tatkala ini
Selimut ditarik sehingga ke paras pinggang sebelum dia menutup matanya... berpura-pura tidur walhal dia tahu saja Aniq tentu perasan wajahnya yang merah akibat menangis itu
Adakah dia terlalu kejam? Ah, sikit je tu.. nak dibandingkan dengan apa yang Adreena dah buat pada dirinya.. entah, dia juga tak faham dengan diri sendiri.. kejap dia mahu seksa hati dan perasaan Adreena atas apa yang Adreena sudah buat padanya, tapi separuh lagi jiwanya tak sanggup melihat Adreena menangis
"Jom, kita pergi makan" usai menghela nafas panjang, dia mengungkap kata itu
"Saya mengantuk, nak tidur" ucapnya dengan mata yang masih terpejam
Suara serak Adreena menyapa halwa telinga.. Aniq menggeleng sebelum berpaling ke arah lain.. melihat Adreena merajuk seperti ini, ada sedikit rasa takut bersarang di pundaknya.. Aniq melabuhkan punggungnya di atas katil
"Please Adreena.. awak tak makan dari pagi kan?" Aniq menurunkan nadanya.. berharap Adreena akan mendengar kata
Sedikit ruang dalam hatinya terasa bersalah sangat meninggikan suara pada Adreena tadi.. wajah takut Adreena acapkali bermain dimindanya.. dia menundukkan kepalanya
"Selama ni, awak tak peduli pun saya lapar.. saya sakit ke.. awak tak kisah pun, kan?" ucap Adreena sekadar berbisik.. matanya sudah terbuka luas.. sambil itu dia mengelap air matanya yang jatuh sekali lagi
Pandangannya terhala pada Adreena.. dan seperti dijangka, Aniq terdiam dek kerana kata-katanya
Silap.. Of course, I do care.. always do
"Ehm" Aniq berdehem.. cuba memadam apa yang bersarang di dalam hati
"Cepatlah.. tak baik buat suami tunggu lama lama" ucapnya dengan nada tegas
Benci betul lah pakai kuasa veto ni!
"Saya tak laparlah" dia membetulkan kepalanya agar dapat tidur dengan lebih selesa walaupun perutnya dah menyanyi lagu zapin saja
"Masalahnya saya lapar" Aniq usap perutnya.. siap tayang muka tak bersalah lagi
"Awak ada kaki dan tangan kan? pergi jelah makan sendiri" balas Adreena.. dia bingkas bangun dan melangkah pergi namun sempat dihalang oleh Aniq
"Lepaslah!" dengan kudrat yang ada, dia menolak lelaki itu.. sehinggakan Aniq jatuh terjelepok di tepi pintu
"Aduh!" spotan mulutnya mengaduh.. dahinya berkerut menahan kesakitan dipergelangan tangannya
Adreena tak jadi untuk melangkah pergi.. dia terus mendapatkan Aniq yang sudah terduduk diatas lantai.. automatik dia menjadi cemas
"Awak okay ke, saya minta maaf" takut-takut dia memohon maaf pada Aniq.. mencari-cari dimana bahagian yang sakit itu
YOU ARE READING
Absquatulate love
RomanceAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
