Bersama satu senyuman, Adreena mengacau teh susu didalam cawan.. bibirnya tak henti berselawat.. ikut pesanan arwah atok.. dia mencekak pinggang, berpuas hati dengan masakannya dipagi hari itu
Baru sahaja dia hendak menoleh, Adreena terpandang Aniq yang sedang sibuk membetulkan butang baju lengannya.. segak berpakaian pejabat seperti selalu.. Adreena buka langkah menuju kepada lelaki itu
"Awak nak pergi kerja dah?" soalan diaju
"Hmm" balasnya tanpa memandang
Automatik senyuman hambar terukir dibibir.. semenjak kejadian hari itu, Aniq semakin dingin.. dan seperti selalu, Adreena hanya abaikan perasaan sakit itu kerana dia pun sudah berjanji untuk menjadi isteri terbaik sebelum mereka berpisah
Ah, perpisahan.. sedihnya
"Tapi awak kan tak sihat lagi?" soalan lain pula diaju.. tak puas hati apabila Aniq mementingkan kerja sendiri lebih dari kesihatannya.. takkan baru dua minggu berlalu, Aniq sudah sihat sepenuhnya? bunyinya macam mustahil saja
"Sihat ke tak, kau kisah buat apa... tahu lah aku jaga diri sendiri" tiba-tiba sahaja dia rasa nak marah.. Adreena yang terlebih prihatin itu buat dia rasa macam 'fake love' sangat
Lukanya masih terasa tapi tak sesakit sebelum ini.. kira halal lah.. tahan jelah.. lagipun dia tak boleh berlama-lama dirumah.. dia kalah dengan hatinya nanti.. takut jikalau tiba-tiba dia menyerah dan tak kotakan janjinya sendiri
Biarpun hatinya terasa, Adreena cuma senyum
"Mestilah saya kisah, saya kan isteri awak"
Aniq hanya diam membisu.. tak berniat langsung hendak menjawab kata-kata Adreena itu
"Perlu sangat ke awak kerja? saya betul-betul risau ni" Adreena mencapai lengan Aniq dan melihat ke dalam matanya.. Aniq tersentak seketika sebelum dia kembali berdehem
"Habis tak kerja nak bagi kau makan apa? pasir?" dengan muka serius, dia menjawab soalan Adreena
"Saya serius lah" entah kenapa, dia rasa Aniq kelakar pulak pagi pagi buta tu
"Kau ingat aku melawak ke?" sedikit ruang dihatinya lapang melihat Adreena tersenyum bahagia seperti itu.. sudah cukup lama dia tidak lihat wajah sugul itu tersenyum dan ceria
"Kalau awak tak kerja? boleh?" pintanya dengan nada manja
"Aku nak kerja.. aku tak suka duduk rumah.. bosan tak ada benda nak buat" Aniq berdehem.. sedikit tergugat mendengar suara manja itu merengek
"Saya kan ada" jawab Adreena berani
"Sebab kau ada lah aku tak nak duduk rumah" laju Aniq menyangkal
Mati senyuman Adreena.. oh, jadi ni semua sebab taknak tengok muka aku lah ya.. faham haha
"Oh.. kalau macam tu, tak apa.. jangan buat kerja berat.. makan ubat on time.. jangan lupa makan dan apa apa call saya, okay?" Adreena senyum pada Aniq yang seakan terkejut melihat dia hanya menelan sahaja kata-kata yang menyakitkan itu.. sempat tangannya mengemas baju Aniq yang sedikit terlipat itu
Ha, baru handsome!
"Yelah pandai lah aku fikir" Aniq cepat-cepat melarikan pandangan
Baru sahaja kaki lelaki itu hendak melangkah, Adreena cepat-cepat menghalang
"Malam ni, mak dengan ayah ajak datang rumah.. makan malam sana.. sebab Mama dengan Papa saya datang" ucapnya
"Ha okay" ucapnya tak berminat
"Awak, kita pergi sekali eh?"
"Kau ajaklah kawan kawan kau.. aku sibuk"
"Takkan saya nak bawak kawan.. mesti family saya tanya mana awak" Adreena ketap bibir.. takkan nak ajak Lia? tak logik dek akal langsung lah Encik Aniq Khaleef ni.. melawak tak kena tempat
YOU ARE READING
Absquatulate love
RomanceAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
