Bab 28

12 0 0
                                        

Dalam diam, Aniq tersenyum.. seronok melihat keakraban Adreena dan neneknya.. nampak benar orang tua itu kasih pada Adreena.. setiap pergerakan Adreena yang langsung tidak kelihatan kekok dalam menguruskan orang sakit.. Daripada memeluk tubuh, akhirnya Aniq bersandar di tepi daun pintu bersama senyuman yang masih tidak lekang dari bibir

"Dah makan?" soal Adreena.. manja sahaja nadanya.. terdetik rasa cemburu di hati Aniq

Ceh, dengan aku macam harimau kumbang.. garang 24 jam

Nenek mengangguk apabila mangkuk kaca itu berdenting saat bertindih dengan rak di sebelah katil

"Dah makan ubat?" soalan lain pun ditanya

"Dah" jawab nenek pula

Tangan nenek disentuh penuh kasih.. terubat rasa rindunya terhadap neneknya namun mereka tidak dapat tinggal di kampung lama memandangkan Aniq tidak dapat bercuti lama.. walaupun berbuih mulut dia meminta untuk tinggal disini lebih lama, namun kerana ibu dan maklongnya membantah, dia akhirnya akur.. tiada gunanya dia melawan orang tua, pasti dia yang akan kalah

"Nenek.. Ad minta maaf sebab lambat sampai sini haritu.. Ad takde masa nenek sakit" dia memohon maaf.. rasa bersalahnya masih berbekas di hati.. sukar untuk hilang jika bibirnya tidak menyatakan rasa maafnya

Nenek senyum.. pipi Adreena disentuh.. cucu kesayangannya itu memang berhati nurani.. selalu meletakkan orang lain sebelum dirinya

"Nenek cuma demam panas je.. kan sihat lagi ni" Nenek tertawa dengan jenakanya sendiri

Adreena hanya membisu biarpun senyuman kelat itu tetap dia pamerkan.. cuba mengusir resah dihati.. umur ni bila dah lanjut, apa saja penyakitnya tak kira lah ringan atau tak, Adreena tetap akan bimbang

"Kan nenek dah banyak kali cakap.. kalau apa-apa jadi kat nenek, nenek tak akan pernah salahkan Ad" pujuknya

"Ad tau.. tapi," dia sendiri yang mungkin tak dapat nak memaafkan diri sendiri jika perkara itu benar-benar berlaku

"Nenek tak suka lah Adreena hidup dalam trauma macam tu.. apa yang jadi masa arwah atuk pergi tu adalah ketentuanNya.. takdir yang cucu nenek ni kena terima seadanya.. nenek yakin, kalau atuk ada, mesti dia lagi suka kalau cucu kesayangan dia ni tak menyalahkan diri sendiri"

Tangan yang dahulu lebih kecil darinya, kini sudah menjadi cantik dan runcing.. jasanya cuma kecil, menjaga Adreena mungkin cuma buat beberapa tahun, tapi bagi Adreena.. semua itu terlalu besar.. memori yang terpahat kukuh di dalam fikiran Adreena akhirnya berubah menjadi beban buat gadis itu untuk membalas budi baik atuk dan neneknya.. biarpun dia bukan cucu dari darah daging dan keturunannya.. Adreena tetap dia kasih sepenuh hatinya

"Dah.. tak nak cakap pasal ni lagi.. nenek tak mahu lihat Ad sedih macam ni" Nenek menghela nafas berat

"Mana ada Ad sedih lah.. Ad lah manusia paling gembira sebab dapat luang masa dengan nenek.. maafkan Ad sebab selalu sibuk dan takde masa nak melawat nenek kat kampung" Adreena memeluk erat nenek

"Tak apa.. nenek faham cucu nenek ni dah berlaki.. sibuk dengan kerja lagi.. mana nak layan suami, banyak tanggungjawabnya, betul tak? nak nak ada suami kacak, baik hati, kelakar macam Aniq tu.. nenek faham" pipi Adreena yang sudah memerah itu dicuit

"Nenek ni, suka usik Ad" Adreena sendiri tak pasti kenapa dia nak segan apabila nenek menyebut soal Aniq begitu

"Apa apa pun, nenek nak tahu.. Ad bahagia tak dengan Aniq?" sengaja soalan itu ditanya apabila dia perasan muka teruja Aniq di daun pintu itu.. dah lama sebenarnya Aniq mahu tahu jawapan dari bibir Adreena.. kalau ada kurang dari dirinya sendiri, pasti dia akan cuba perbaiki.. kerana dia mahu jadi yang terbaik buat Adreena

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now