Aniq Khaleef,
Siapa sebenarnya lelaki misteri itu?
Macam dia, tapi bukan dia..
Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
Tepat jam 3 pagi, Aniq terjaga dari tidurnya.. dia meregangkan badannya, mengambil beberapa saat untuk mula memproses keadaan sekelilingnya.. meja yang penuh dengan kertas dan laptop yang masih menyala itu membuatkan Aniq menggelengkan kepalanya.. sempat dia menguap beberapa kali.. mengantuk agaknya walaupun dah telah secawan teh malam semalam
Aku tertidur kat pejabat rupanya
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tangan lincah mengemas semula mejanya.. kertas-kertas penting itu disusun semula kedalam fail yang sepatutnya.. laptop masih dibiar terbuka.. dia berniat untuk sambung semula kerjanya selepas ini.. namun sebelum itu, dia mahu ke pantri untuk minum air teh.. sejak beberapa bulan lepas, memang menjadi kebiasaan buat Aniq untuk terjaga tengah malam
Setelah air teh hijau tanpa gula itu dibancuh, Aniq duduk di kerusi sambil termenung.. kesunyian di malam itu bagai mendakap tubuhnya, terasa sehingga ke lubuk hati yang paling dalam.. sempat bibirnya mengeluh kerana ketegangan badan yang terasa.. tetapi ini lebih baik daripada dia bermurung sahaja dirumah.. dengan bantuan daripada pekerja, Mommy, dan Anvaya, Aniq dapat menyesuaikan dirinya di tempat kerja baharunya.. rela diri menggantikan posisi adiknya
'Bagi saya masa dan ruang.. saya minta maaf'
Entah buat keberapa kalinya, mesej yang dihantar oleh Adreena beberapa bulan lepas ditenung lama.. bukan sahaja keberadaan Adreena tidak deketahui semua orang, malah dia juga tak dapat dihubungi.. berita yang dia terima daripada keluarga mertuanya cuma Adreena sudah membina hidup baru di tempat baharu.. itu sahaja
"Sayang" panggilnya.. matanya menatap wajah Adreena yang masih terpasang sebagai wallpapernya
Jiwanya kosong setelah pemergian Adreena.. cuba dia isi kekosongan itu dengan kesibukan bekerja namun tiada hasil.. yang ada cuba rindu yang merangkul erat tubuhnya.. mendakap jiwa sehingga dia rasa sesak.. terkadang, dia menyesal atas perbuatannya sendiri.. kalaulah dia jujur lebih awal lagi, tentu dia tidak dihadapkan dengan kebencian ini, tentu juga dia dapat menyelamatkan satu nyawa yang begitu berharga buat dirinya
"Saya rindukan awak, sangat" matanya dikaburi air mata.. berat rasanya merindui seseorang yang tidak lagi ada dihadapan mata.. terlalu jauh untuk dia gapai.. entah dia masih memenuhi ruang hati Adreena atau tidak
"Aniq?" panggilan yang datang dari luar buat Aniq tersentak dari lamunannya.. dia tayang wajah terkejut.. tak disangka dia akan melihat wajah itu diwaktu awal pagi sebegini
"Stay office lagi?" soalan itu ditanya jua.. wajahnya penuh dengan kerisauan.. kepalanya menggeleng sambil memandang Aniq.. sudah habis air liur mulutnya berpesan agar tidak bekerja terlalu kuat.. nanti jatuh sakit siapa yang susah?
Aniq hanya menjawab dengan senyuman kecil.. perlahan dia mendekati Anvaya yang berdiri dihadapan pantri
"Cakap I, habis you tu? Sarat-sarat macam ni pun masig datang pejabat kenapa?" sebelah keningnya terjungkit