Dalam keadaan tergesa-gesa, Aniq berjalan laju menyusuri laluan menuju ke wad yang diberitahu oleh ibu mertuanya tadi.. malam semalam dia dikejutkan oleh berita dari keluarganya bahawa Adreena dimasukkan ke dalam hospital.. tapi dia taktahu sebabnya apa.. mujur dia dapat pulang awal.. jadi sesampainya sahaja di balai lepas Kuala Lumpur, dia terus menuju ke hospital
Usai bertanya dengan jururawat di kaunter pertanyaan, Aniq berjalan terus ke arah yang ditunjukkan.. dari jauh dia dapat melihat keluarga Adreena sedang duduk di ruang menunggu.. segera dia bersalaman dengan mereka.. wajah cemas dan risaunya langsung tidak dia sembunyikan.. dia memang gundah dari semalam lagi
"Adreena mana mak? Aniq nak tengok isteri Aniq" akhirnya terluah jua kata-kata itu.. wajah serba salah keluarga mertuanya dipandang lama
"Mak.. ayah.. Adreena macam mana?" hatinya semakin risau apabila kedua-duanya lebih selesa mendiamkan diri
"Adreena keguguran, Aniq" ucap bapa mertuanya.. Aniq harus tahu itu
Jelas.. apa yang disampaikan memang jelas.. namun entah kenapa, Aniq bingung.. dunianya menjadi gelap buat sementara
Gugur? maknanya..
Melihat menantunya terdiam seribu bahasa, Puan Farhana mengeluh kecil.. segera bahu lelaki itu diusap lembut
"Lia yang bawak dia datang hospital semalam.. Adreena tumpah darah dan kandungannya lemah" dia menarik nadas panjang
Aniq menekup muka dengan kedua tangannya.. sesak dadanya menahan sebak tak terhingga
Maafkan Aniq, sayang
"Tak ada rezeki lah tu.. tak apa, nanti InsyaAllah ada lah tu" sambungnya lagi dengan nada yang sedikit ceria.. ceria yang dibuat-buat
"Allahuakbar.. sayang" Aniq meraup wajahnya.. dia terduduk di kerusi menunggu.. Aniq masih terkejut.. dia perlukan sedikit masa untuk menenangkan diri
"Aniq tak tahu pun yang Adreena-" Aniq tak dapat meneruskan kata-katanya.. mata mula bertakung dengan air mata
Aniq tak tahu langsung tentang kehadiran cahaya matanya itu.. namun anehnya rasa kehilangan itu tetap terasa
"Sabar Aniq.. InsyaAllah, Allah akan gantikan kehilangan ni dengan sesuatu yang lebih baik" bapa mertuanya melabuhkan punggung disebelah Aniq
Dia faham semua ini terlalu drastik
"Kandungan pun masih awal.. baru sebulan lebih.. kami semua tak tahu pun pasal ni" dia sendiri boleh jangka kenapa Adreena merahsiakannya dari semua orang.. tapi dia tak salahkan Adreena
"Adreena macam mana, mak?" hampir seminit berdiam diri, baru dia terfikir soal keadaan terkini Adreena
"Dia ada kat dalam" jawab Puan Farhana
Aniq bingkas bangun.. dia tak boleh larut dalam kesedihan sedangkan keadaan Adreena yang paling penting buat masa ini.. Adreena menanggung rasa sakit fizikal dan mental.. dia perlu ada buat isterinya.. dia perlu kuat, demi Adreena
Pintu wad itu ditolak dengan hati yang masih berat.. sukar untuk dia nampak kuat depan Adreena tapi itu yang harus dia lakukan sekarang.. yang dia dapat lihat hanya sekujur tubuh yang sedang termenung panjang.. bagai langsung tidak menyedari kehadirannya.. wajah sugul itu tidak menangis tapi pandangannya kosong.. entah kenapa dia rasa berdebar
"Assalamualaikum, sayang" dia duduk bersebelahan dengan Adreena di atas katil.. Adreena tidak menoleh tetapi hanya kaku memandang dinding konkrit yang ditutupi langsir itu
Aniq kelu.. tingkah Adreena yang sebegitu buat dia buntu.. otaknya ligat memikirkan ayat yang sesuai untuk dilafazkan tatkala ini.. dia tahu Adreena sedang bersedih.. tapi entah kenapa, dia turut rasakan kehadirannya disini langsung tidak dingini oleh isterinya.. lebih-lebih lagi sejak dia diabaikan beberapa minggu lepas
YOU ARE READING
Absquatulate love
RomanceAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
