Bab 35

7 0 0
                                        

Pintu terbuka luas.. Aniq melongo melihat tetamunya hari itu.. bagaikan kakinya dipaku pada lantai, Aniq diam seribu bahasa.. tak disangka apa yang dia lihat hari ini.. matanya turut memandang tanpa berkelip.. terasa panas tubir mata, menahan sebak yang hadir tanpa dipinta

"Mo..mmy" akhirnya.. Aniq bersuara

__

Usai menyediakan kopi buat Puan Joyce.. Aniq duduk dan memegang lutut.. tak tahu cara hendak memulakan bicara.. hampir bertahun mereka tak bersua.. bernafas pun buat dadanya terasa sakit sekarang ni.. bermacam persoalan ada di fikirannya, tapi yang pasti dia tak akan tanya

"Ada apa.. datang sini?" memandangkan Puan Joyce hanya merenungnya tanpa perasaan, Aniq terpaksa memulakan bicara.. nasib baik Adreena tiada di rumah kerana ada program di luar negeri

"So, you think I can't see my own son?" sebelah keningnya terangkat.. dia bangun untuk melihat keadaan rumah.. bingkai gambar yang dipenuhi dengan gambar pengantin itu disentuh dengan hati yang pedih

"Am I still your son?" Aniq tersenyum sinis.. dia hanya melihat Puan Joyce dari ekor mata sebelum berdehem kuat.. tak pasti macam mana dia boleh dapat keberanian seperti itu

"Kenapa? Andy rasa Andy bukan anak Mommy lagi?" dia berpeluk tubuh.. sengaja soalan sinis Aniq dijawab dengan sinis juga.. pandangan terhala pada anak lelaki yang telah menghancurkan hatinya suatu ketika dahulu

"It's Aniq" jawabnya berani.. berang apabila keputusannya untuk menjadi seorang muslim dianggap remeh sebegitu

"Mommy besarkan Andy, bukan Aniq.. so stop being ridiculous!" hatinya panas dengan sikap anaknya itu.. dia menunding jadi kearah Aniq

"It's you who is being ridiculous right now, Mommy! I'm a muslim now.. is it hard for you to accept that?" dia beristighfar didalam hati.. cuba mengusir amarah yang datang menjengah apabila ibunya sendiri tak dapat nak terima anak yang sudah bertukar agama

Teruk sangatkah dia dimata Mommy?

"Beraninya tinggi suara pada seorang ibu.. Islam ajar macam tu ke? kurang ajar dengan ibu you sendiri?" sengaja dia menuang minyak ke dalam api yang baru hendak marak.. mahu menduga sejauh mana kesabaran Aniq akan terpancing

"Mom, please.. don't turn this into an argument.. I don't want to be the bad guy here" kalau dia mempertahankan dirinya sekarang, Mommy tentu ada sahaja idea untuk membidas.. dia tahu Mommynya macam mana.. lebih baik dia berhenti sebelum semuanya menjadi lebih teruk

"You're already being a bad guy, Andy! Leave your family behind just for this nonsense?? I am very disappointed!" kekecewaannya terluah.. bertahun menyimpan rasa, dia mahu Aniq tahu yang hatinya sakit diperlakukan anak yang telah dia kandung selama 9 bulan.. yang dia tatang bagai minyak yang penuh.. yang dia beri segala-galanya

"I'm leaving? Mommy yang halau Andy!" balas Aniq.. nyata, diamnya tidak mengubah apa-apa.. Mommy memang selalu nak meletakkan kesalahan dibahunya seorang diri

"Mommy halau sebab you buat keputusan sendiri tanpa memikirkan orang lain! dari dulu lagi, Andy memang degil.. kata-kata Mommy sikit pun Andy taknak dengar.. tak cukup lagi ke semua yang Mommy dah curahkan untuk besarkan Andy.. I give you everything that you want.. kenapa pilih jalan ni?!" dadanya berombak menahan marah

"Sebab hidayah tu datang pada Andy tanpa Andy sedar.. Islam ajar Andy keindahan, kebaikan, kesucian.. dan semua tu bantu Andy untuk jadi orang yang lebih baik.. because finally, I found the answer that I've been seeking for years.. kenapa Mommy tak boleh faham Andy? Does supporting me is too hard to do?" kalau ibunya kecewa, dia juga sama.. dia tahu keputusannya kelihatan terburu-buru dimata orang lain namun tidak padanya.. dari kecil dia memang tertarik dengan Islam.. bertahun dia luangkan masa untuk belajar sedikit demi sedikit tentang agama Allah itu tanpa pengetahuan yang lain

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now