Muka monyok Adreena disebelahnya itu buat Aniq tersenyum nipis.. sedari tadi Adreena hanya mengacau sup didalam mangkuknya itu.. dah hampir 10 minit dan dia begitu
"Khusyuknya sayang tengok sup daging tu, dia lagi handsome dari saya ke?" sengaja dia berseloroh.. sesuap spaghetti masuk ke dalam mulutnya
Adreena berpaling dengan matanya yang mengecil.. geram dengan Aniq yang suka sangat bergurau tak kena tempat.. tak tahu ke yang dia tengah bersedih dan berduka ni?
"Teringin makan sudu ke? nak?" sudu dihalakan pada Aniq
"Marah ke?" soalan itu mengundang cubitan diperut Aniq.. laju lelaki itu mengusap perutnya yang terasa sedikit pedih itu.. padah mengacau mood orang, ha padan la
"Taklah.. suka!!" Adreena menjeling pada Aniq.. sengaja kan tanya soalan soalan menyakitkan hati.. Aniq yang merenungnya itu dibiarkan sahaja, dia kembali memandang makanannya dengan selera yang hampir mati
"Sayang ni kan.. masa saya ada depan mata marah je memanjang.. kalau saya jauh nanti rindu, saya tak tau" Aniq angkat bahu seakan berjauh hati dengan Adreena.. muka sepuluh sen ditayangkan pada isteri tercinta.. hampir sahaja tawa Adreena pecah melihat muka toya Aniq tu.. nasib baik sayang
"Siapa nak rindu awak? perasan" sengaja dia usik Aniq pulak.. tu lah, nakal sangat! kalini biar aku pulak yang sakat dia.. baru tahu langit tu tinggi ke rendah
"Hah-" Aniq terkedu mendengar jawapan yang tidak disangka-sangka itu
"Okay..okay.. tak rindu takpelah" tubuhnya dijarakkan sedikit daripada Adreena.. sampainya hatimu wahai isteri.. aku ni belum pergi pun dah rindu? wah, ni tak boleh jadi ni!
"Memang tak rindu pun.. ada depan mata kerja nak menyakat saya je" wajah Aniq dipandang melalui ekor mata.. lelaki itu hanya diam seribu bahasa
Ha, tahu pun sakit hati!!!
"Ya lah.. lepas ni dah takde siapa kacau awak.. bahagia, tenteram, aman dan harmoni lah kan hidup awak tanpa saya" ucap Aniq.. suaranya yang mula kedengaran serius itu membuatkan Adreena rasa tak sedap hati.. lagipun tawanya sudah tak tertahan lagi.. akhirnya dia kalah
"Hahahaha.. eish awak ni merajuk ke?" pipi Aniq yang mulus itu dicuit beberapa kali
"Tak lah" sepatah jawapan diberi tanpa memandang wajah Adreena
"Aniq Khaleef! tak malunya macam budak kecik lah awak ni.. saya gurau je" kepala dilentokkan dibahu Aniq namun segera lelaki itu menepis sentuhan Adreena
"Ye lah.. memang saya orang tua yang umur dia stuck kat 7 tahun pun" bebelnya dengan nada mendatar
"Sayang, saya guraulah tadi tu" jelas Adreena.. melihat perubahan diwajah Aniq, dia berasa sedikit takut jika dia benar-benar mengguris hati lelaki itu
"Hmm" Aniq bermain telefon pula
"Aik? sejak bila awak pandai merajuk ni?" bahu Aniq dicuit beberapa kali namun tidak langsung dilayan.. Aniq leka bermain telefonnya
"Sejak bila bila lah yang ada dalam fikiran awak" jawabnya setelah hampir 1 minit membisu
"Aniq, janganlah merajuk please.. awak ni betul betul marahkan saya ke?" suara Adreena berubah.. tak pernah-pernah Aniq bermasam muka sampai macam ni sekali.. sensitif betul jebon kesayangan aku sorang ni
"Awak rasa?" soalan ditanya dengan soalan.. kadang Adreena bergurau ni kasar jugak.. walaupun dia lelaki, kata-kata isteri tersayang terkadang menyakitkan.. auch
"Okay fine.. saya salah.. saya bergurau je tadi tu.. mestilah saya rindukan suami saya ni, dialah sahabat, dialah pelindung, dialah penyakat no 1 saya.. mana mungkin saya tak rindu roommate saya ni? nanti awak takde siapalah yang teman saya kat rumah kita tu nanti, sayang... of course I'll be missing you like crazy.. that's for sure" panjang berjela dia menjelaskan hal itu, Aniq cuma buat muka tak berperasaan sahaja.. hua, pujukan aku diantak layan! melampau
YOU ARE READING
Absquatulate love
RomantizmAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
