Panggilan telefon yang berbunyi buat Adreena tersentak.. ni sudah masuk kali kedua ibu kandungnya menelefonnya.. Adreena melepaskan keluhan.. ada sedikit rasa ketidakselesaan dalam dirinya biarpun dia masih memujuk hati untuk menerimanya
Saat dia terlantar di hospital, dia didatangi keluarga kandungnya yang datang atas kebenaran ibu dan bapanya.. walaupun pada awalnya dia membentak, namun akhirnya Adreena terpaksa akur setelah puas dipujuk keluarga angkat.. entah macam mana, Fiyadh pula menjadi saksi kejadian itu.. tak pasal pasal isu ini diketahui oleh lelaki itu
Nak marah pun dia tahu, Fiyadh tak bersalah
"Jawablah, kan aunty call awak tu" Ucap Fiyadh yang datang entah dari mana.. panjang umur.. cakap pasal dia, terus muncul hadapan mata
Adreena menggelengkan kepalanya.. Fiyadh ni macam belangkas.. asyik berkepit sahaja dengannya
"Awak takde kerja ke?" sempat dia memerli Fiyadh sambil menyambung kerjanya
"Awak memang ratu tukar topik kan?" dia menarik kerusi berhadapan dengan Adreena
"Mana ada" Adreena sudah tidak mempedulikan Fiyadh.. banyak lagi kerjanya yang tak tersiap dek kerana Aniq yang membawanya 'bercuti' selama dua hari atau lebih tepat lagi menculik!
"Saya tengok, ibu awak tu berharap sangat nak berbaik.. awak masih belum boleh terima dia ke?" sudah lama dia perasan Adreena seringkali mengelak dari bicara soal itu
"Awak dah janji taknak paksa saya, kan?" Adreena hela nafas.. berharap Fiyadh mengingati janji yang ditabur oleh Fiyadh sehingga dia akhirnya bersetuju untuk memberi keluarga asing itu peluang kedua
Fiyadh turut hela nafas panjang.. masalahnya, dia sendiri tak sampai hati apabila harus menjawab semua soalan ibu saudaranya yang bertanyakan soal Adreena
"Saya rasa dia dah terangkan semuanya" satu keluarganya menjadi saksi apa yang berlaku sebenarnya
Adreena diam.. dia buat-buat sibuk.. malas hendak melayan Fiyadh yang asyik buat dia merasa bersalah sedari tadi.. bukan dia tak mahu buka hati untuk menerima, cuma dia perlukan masa.. semuanya berlaku terlalu pantas.. sukar untuk dia menghadamnya
"By the way, Aniq dah tahu pasal tu ke?" ucap Fiyadh.. matanya tak berkedip memandang Adreena
"Pasal apa?" Adreena cuba menepis soalan itu.. malas hendak membazir air liur dan beria ia menceritakannya pada suaminya itu
Hal yang tak penting pun!
"Dia berhak tahu" ucap Fiyadh.. sebolehnya, dia akan cuba berlembut dengan Adreena.. selama ini pun, sudah banyak yang wanita itu sudah lalui
Tapi dia sedar, Aniq tentu akan mempersoalkan hal ini.. dan jika Aniq tahu, kurang sedikit rasa bersalah yang masih bersarang dihatinya ini.. bukannya dia ingin terlibat dalam rahsia yang disimpan Adreena, tapi dia sebenarnya tersepit.. tak sengaja tahu, semuanya sebab dia melawat Adreena dihospital tatkala itu
"Boleh tak dalam office kita bercakap hal kerja je.. saya tak suka awak adukkan hal peribadi dan kerja" Adreena bertegas.. sebenarnya lebih kepada ingin meloloskan diri daripada soalan soalan maut Fiyadh
"Okay," Fiyadh angkat tangannya, mengalah dengan perempuan lebih baik
Adreena segera bangun untuk mencapai fail nya, namun entah bagaimana, dia boleh terlanggar meja sehingga dia terjatuh ke hadapan.. mujur Fiyadh menyambutnya.. kalau tak, dah cium lantai la gamaknya
"Ya Allah.. be careful, Adreena.." ucap Fiyadh seraya membantu Adreena untuk duduk semula
"Bahaya lah awak ni.. clumsy" omel Fiyadh sambil menggelengkan kepala.. Adreena memang tak boleh dibiarkan sendirian.. ada sahaja malang yang akan menimpa
YOU ARE READING
Absquatulate love
RomanceAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
