Bab 30

17 0 0
                                        

Berderau jugalah darah Aniq tadi apabila bayang Adreena tidak dia nampak saat baru sahaja dia meninggalkan Adreena beberapa minit.. tapi entah kenapa, matanya rajin pula hendak buat rondaan di kawasan sungai.. saat itulah dia nampak Adreena yang sedang menyeberang sungai dan masuk ke dalam hutan

Walaupun dia tak tahu motif Adreena, tapi fikiran nakalnya segera menghantar idea.. Adreena ni memang suka sangat buat hal.. degil dan tak dengar kata! ini lah masanya untuk beri Adreena sedikit pengajaran

Jeritan Adreena buat dia geli hati.. jarang dia dapat tengok mak singa ni takut.. biasanya mengaum 24 jam

"Taknak!! hua takut!!" Adreena tekup telinganya pula.. mata pula masih terpejam.. naik bulu romanya apabila ada yang memegang bahunya..

"Adreena.." usiknya lagi

"Taknak.. pergi dari sini.. Aniq.. mana awak.. saya takut" Adreena sambung menangis

Aniq terdiam seketika.. Ya Allah, comelnya isteri aku

Aniq gelak kecil namun tidak berbunyi.. sengaja dia dera perasaan Adreena sikit.. padanlah muka.. siapa suruh buat sesuatu tu tanpa berfikir rasional.. bahu kanan pula disentuhnya

"Hua.. tolonglah jangan kacau saya.. hmm Aniq, cepatlah datang... selamatkanlah saya!!" bibirnya tak henti menyebut nama Aniq biarpun suaranya sudah mula serak kerana menangis

"Siapa Aniq?.."

"Saya bukan Aniq.."

Adreena terdiam.. kenapa suara aneh itu sudah bertukar pula.. macam nak tergelak pun ya jugak.. hantu pun ada sensor lawak ke? Adreena beranikan diri untuk membuka matanya

"Suprise.. hehe" Aniq sengih sehingga menampakkan sebaris giginya yang tersusun

suprise kepala otak kau??????!!!!!!

"Dah.. bangun, jom balik" Aniq menukar ekspresi muka menjadi serius.. mereka harus segera keluar dari kawasan ini sebelum malam berlabuh.. untuk elak insiden yang tak dingini

"Anak monyet punya manusia!! Awak jahat!!" pukulan maut itu akhirnya mendarat di seluruh tubuh Aniq.. atau lebih tepatnya di betis, peha, pinggang, lengan dan bahu Aniq.. setiap pukulan itu bergema bunyi Aniq meraung kesakitan.. rasakan lah! siapa suruh nakal

"Sayang, sakitlah.. dah lah tu" Aniq rasa jika dibiarkan, dia boleh dimasukkan ke dalam ICU.. boleh jadi kes dera kalau macam ni

"Siapa suruh kenakan saya! awak ni selalu main-mainkan saya! saya benci tahu tak? benci benci benci!" Adreena memukul dada Aniq berkali-kali.. geramnya menggunung sekarang ni.. ikutkan hati, nak je Adreena ikat Aniq kat pokok besar tu.. biar kena makan kerengga!

"Awak tu, kenapa ada kat sini? buang tebiat?" Aniq menjongketkan keningnya

"S..saya" Adreena kemam bibir.. taktahu alasan apa hendak diberi.. kalau dia mengaku niat asalnya kesini, tentu Aniq akan beri ceramah panjang lebar.. boleh luruh telinga Adreena nak mendengarnya

"Ha, apa alasan awak? hairan saya tahu tak? IQ awak ni tahap berapa eh? pemikiran mengalahkan kanak kanak bawah 13 tahun" sedas dia bagi.. mahu dibasuh sikit kepala otak Adreena yang tak berapa geliga tu

"Sedap je kan mulut awak tu mengutuk.. kalau saya ni menyusahkan awak sangat-sangat, kenapa tak tinggal je saya?? sibuk ikut saya buat apa??" marah Adreena.. dia sudah berpeluk tubuh

Walaupun hatinya sedikit lega apabila Aniq berada disini, namun hatinya tetap panas dengan sikap Aniq yang sedang marah tak tentu hala.. dia tak fikir ke aku ni lagi sakit hati dengan dia soal tadi?

Ah, entah-entah dia tak sedar pun yang dia dah sakitkan hati kau.. dasar tak peka

"Pandai cakap, tapi tak pandai nak fikir.. sebab saya risaukan keadaan awak lah.. awak ingat, kalau apa-apa jadi pada awak.. saya boleh duduk tenteram aman damai ke? tentu-tentulah saya kena hadap keluarga awak.. masa tu, apa saya nak jawab?" mereka masih lagi bergaduh mulut.. Aniq tak mahu kalah, begitu juga dengan Adreeena

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now