Bab 37

7 0 0
                                        

Malam itu, Adreena dan Aniq tidak keluar kemana-mana untuk makan malam.. menggunakan sebaik mungkin semua kelebihan yang mereka dapat daripada pakej yang disediakan.. bukan selalu mereka bercuti seperti ini.. Adreena sampai sanggup berlapar dari tengahari semata nak melantak masa buffet

Ye lah, sedap sedap kot menu.. dari bermacam negara lagi.. mata yang memandang dibiar sahaja.. biar semua orang hairan aku ni manusia ke setan HAHAHA

"Sayang duduk dulu, I have to take this call" pesan Aniq apabila Adreena sampai di meja mereka bersama pinggan yang penuh dengan pelbagai jenis makanan.. memang tak tengok orang belakang punya makanan

Adreena mengecilkan mata.. dia mencekak pinggang ke arah Aniq yang sibuk dengan telefonnya

"Ish.. busy manjang.. susah kahwin dengan doktor ni" komen Adreena.. tapi sejujurnya, dia faham sahaja Aniq memang sibuk

"Sorry lah.. penting ni.. nanti saya datang balik, okay?.." pipi Adreena dicubit geram

"Jangan makan banyak sangat.. nanti kalau sayang tak boleh bangun, saya taknak dukung" sempat Aniq berbisik pada Adreena membuatkan pukulan itu mendarat pada lengan Aniq.. geramnya!!!

"Balik cepat, rindu" bisik Adreena pula.. benda benda macam ni memang kena berbisik.. karang ada yang muntah hijau kalau terdengar.. jadi demi menyelamatkan nyawa orang lain, kita kena sorok kemesraan

"Mengada" balas Aniq

Setelah bayang-bayang Aniq hilang, Adreena mencapai sudu garfu.. bersedia untuk mengosongkan pinggan dan mengisi perutnya yang kosong.. dari bau pun dah dapat tahu sedap!!!

Setelah membaca basmallah, Adreena memasukkan beberapa suap spaghetti dalam mulutnya.. sempat dia memuji dalam hati.. siapalah chef ni ya? sedap bebenor masakannya.. kena betul dengan tekak melayunya itu

"Adreena" suara yang memanggilnya membuat Adreena hairan.. siapa pula yang mengenalinya disini?

Adreena mendongak.. matanya memandang seorang wanita bertudung yang mungkin berumur hampir 50 tahun itu.. air liur diteguk.. biarpun mereka hanya pernah bertentangan mata sekali sahaja, tak mungkin dia dapat melupakan wajah itu

"Maaf, saya rasa puan salah orang" Adreena bingkas bangun.. telefon bimbit dan beg tangannya dibawa sekali.. mati terus seleranya hari itu.. sekarang, dia cuma mahu pergi sahaja dari situ

"Tak mungkin ibu silap.. Adreena memang anak ibu, sayang" ucapnya perlahan

Adreena tak menjawab malah dia pergi sahaja dari situ.. oleh kerana hatinya sudah kacau bilau, dia pergi membawa diri dan bersiar-siar dikawasan pantai.. jika dilihat dari jauh, memang ada ramai orang disana

"Ya Allah, apa lagi ni" Adreena menangis sepuas hatinya.. air mata mengalir lesu.. hatinya remuk melihat wajah itu sekali lagi.. hari-hari dia berdoa agar dia tidak bertemu lagi dengan ibu kandungnya.. namun kenapa hari ini?

"Apa yang Kau nak tunjukkan pada aku, Ya Allah" dia tahu setiap apa yang berlaku itu atas ketentuanNya

"Sayang" sekali lagi Adreena dikejutkan dengan panggilan itu

Adreena berpaling.. dia mahu pergi dari situ

"Ibu minta maaf sayang.. please, we need to talk" pinta wanita itu

"Minta maaf? Talk? No, you don't deserve my time" setelah mengumpul keberaniannya, Adreena bertentang mata jua dengan wanita itu.. sayang, wajahnya lembut dan baik tapi hakikatnya.. anak kandung sendiri dibuang

"Ibu tahu sayang.. ibu memang salah.. tapi izinkan ibu perbetulkan semua ni" lengan Adreena disentuh

"Stop panggil diri awak ibu! because you're not my mom.. perbetulkan semuanya? you're late.. tolonglah jangan kacau hidup saya, saya dah bahagia tanpa awak.. dan seumur hidup saya pun, saya tak pernah dibesarkan dengan kasih dan sayang awak.. what has been done, is done.. move on dan pergi dari hidup saya!" Tubuh itu ditolak perlahan.. sekadar menghalang wanita itu daripada menyentuhnya

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now