Bab 33

6 0 0
                                        

"Hm? apa tu, sayang?" jawab Aniq sambil memberikan konsentrasi pada pekerjaannya walaupun hatinya tetap terasa kacau-bilau.. macam tahu-tahu je soalan yang Adreena hendak tanya

"Macam mana awak boleh terpisah dengan keluarga kandung awak? sebab dia orang tak boleh terima awak peluk islam ke?" soalan itu diajukan sebelum dia terlupa.. kenyataan yang baru dia terima tadi terlalu mengejut.. tapi Adreena faham yang dia tak boleh meletakkan kesalahan itu pada bahu Aniq.. dia sendiri yang tak beri peluang untuk mengenak siapa Aniq Khaleef

Bingo! aku dah agak dah! itulah kalau tak plan awal awal dengan mak ayah.. kan, dah susah diri sendiri!

Pergerakan Aniq terhenti seketika.. otaknya pula ligat memikirkan jawapan yang harus dia kemukakan.. situasi yang seringkali bermain dimindanya.. dan kini dia telah pun dihadapkan dengan situasi itu adakah dia harus menipu lagi?

"Hmm.. kinda" jawabnya acuh tak acuh.. kalau boleh, dia sudah tidak mahu menipu Adreena lagi.. mereka pun sudah menjadi suami isteri

"Ye ke?" Adreena memandang ke dalam mata Aniq.. wajahnya berubah mendung mengenangkan nasib suaminya sendiri

"Hubungan kitorang terputus sejak saya peluk islam.. sejak kena halau, saya dah tak jejak kaki lagi kat rumah tu" Aniq mengangguk dan tersenyum pada Adreena.. cuba menyembunyikan rasa sedih dan terkilannya

"Kenapa awak sembunyikan semua ni daripada saya?" tanya Adreena.. hal sebegini penting kut! Ya, dia tahu pada awalnya hubungan mereka tak okay tapi dia tetap punya hak untuk tahu semua ni

Lama anak mata Adreena ditenung.. puas memikir jawapan yang hendak diberi.. kerana sesungguhnya, dia lah yang bersalah kerana telah mementingkan diri sendiri

"Sebab saya taknak bebankan fikiran awak dengan masalah saya" dalihnya.. sebenarnya dia kecewa dengan diri sendiri kerana terus menerus menipu Adreena

"Awak.. kita kan suami isteri.. saya nak awak kongsi semuanya pada saya.. jangan ada rahsia antara kita.. semua masalah kita harungi sama-sama, okay?" kedua-dua tangan Aniq digenggam erat.. dia juga mahu Aniq selesa untuk bercerita dengan dia

"Hmm" Aniq senyum kecil.. terharu dengan respon yang Adreena beri

"Hm je? saya nak awak janji dengan saya.. tak ada rahsia antara kita? boleh?" Adreena melayangkan jari kelinkingnya.. menunggu Aniq menyambutnya

"Janji" jawabnya sepatah.. bercelaru fikiran dan perasaannya tatkala ini

"Biar saya teka.. mesti sebelum ni awak.. chinese kan??" Adreena tersenyum lebar.. Aniq yang disebelah itu dicuit beberapa kali

"Mana sayang tahu, hm? mak bagitau eh?" Aniq menjongketkan keningnya.. perasaannya ditolak ketepi.. tak mahu Adreena perasan yang dia sedang susah hati sekarang

"Muka awak memang macam Chinese, lah sayang.. mestilah saya boleh tahu! ish!"

"Sayang?" Aniq mengulang perkataan dengan nada lembut.. macam tak percaya dengan apa yang baru sahaja meniti dibibir isterinya itu

"Ye lah.. kenapa? okaylah, kalau tak suka.. saya tak sebut dah" Adreena kemam bibir.. saja buat-buat merajuk walhal tak pun.. tengok muka Aniq yang tersengih-sengih pun dah tahu dah lelaki itu suka dipanggil begitu

"Sayang ni" Aniq mengecilkan matanya.. takkanlah aku tak suka?? mestilah suka!! rasa macam melayang-layang je badan bila kena panggil begitu.. lemah lutut woi!

"Ya sayang?" Adreena mengangkat keningnya beberapa kali.. gelaknya terhambur apabila Aniq tersengih lagi.. comelnya! sangkut kat hanger baru tahu!

"By the way, Aniq curious.. sejak bila sayang suka Aniq?" teringin hatinya ingin tahu tentang itu

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now