Bab 26

9 0 0
                                        

Mata menatap cantiknya pemandangan di hadapan mata.. dia termenung sambil menghirup udara segar dipagi hari.. Adreena merasakan dirinya ada di situ tapi rohnya melayang entah kemana.. fikirannya sarat dengan bermacam andaian sekarang ini

"Kak.. maklong ajak makan tu.. jomlah" sapaan yang datangnya dari belakang itu membuat Adreena tersentak seraya mematikan terus lamunannya tadi

Adreena berpaling.. wajah saudaranya yang beza lebih kurang 4 tahun dari umurnya itu dipandang kejap sebelum bibirnya menayang senyuman manis.. Adreena telan liur.. habislah, lepas ni dia nak kena menghadap maklong pula.. tentulah dia akan terima leteran paling kurang pun setengah jam.. tadi bolehlah dia mengelak sebab masih belum subuh lagi.. ni dah pukul 8 pagi!

Naya lah kau Adreena!

"Ya, japgi kak Ad sampai" ucap Adreena.. otaknya ligat memikirkan jawapan supaya dapat menepis segala kata-kata Maklong nanti.. sambil itu kakinya tetap melangkah ke dapur.. mana boleh tahan bau nasi lemak yang wangi semerbak tu.. perut pun dah menyanyi lagu Blackpink dah ni

"Ha, Ad.. duduk.. mari makan sarapan, maklong dah masak" ucap Maklong sebaik sahaja wajah Adreena tersua di dapur

"Terima kasih Maklong, sediakan sarapan" ucap Adreena tanda menghargai.. dia menarik kerusi yang masih kosong

"Ad datang ni, mana suami Ad?" Punggung belum cecah kerusi lagi, Adreena sudah diberi soalan maut

"Aniq kerja, Maklong.. dia tak dapat cuti.. dia suruh Ad balik dulu" Jawab Adreena tenang.. tak mahu Maklong menghidu apa-apa masalah

"Aih, dia suruh kamu memandu malam malam macam tu? Gila ke apa? Tak sayang bini?" soal Maklong lagi.. mulutnya mengomel entah apa, Adreena pun tak pasti

Nasi yang seharusnya rasa lazat itu terus rasa susah nak ditelan seolah-olah nasi itu keras pula

"Nak buat macam mana, maklong.. Aniq sibuk, Ad kena lah faham kerja dia" Ujarnya dengan nada yang dibuat-buat tenang

"Assalamualaikum" bunyi salam itu mengganggu perbualan mereka.. dahi Maklong berkerut.. entah siapa yang datang pagi-pagi begini

"Biar Ad tengokkan kejap, Maklong" Adreena bangun.. dia berniat hendak melihat tetamu yang hadir.. malas nak dengar bebelan sebenarnya

Anggukan dari Maklong membenarkan Adreena melangkah menuju pintu utama.. pintu terkuak luas sebelum wajah Aniq menyapa mata.. Adreena mengerutkan kening.. macam mana boleh sampai sini pulak?

Mata menyorot pada Aniq yang kelihatan masam mencuka itu.. tahulah dia bahawa lelaki itu sedang marah terhadapnya.. Adreena memeluk tubuh sebelum menggigit bawah bibirnya

"Dah tak pandai nak salam suami?" perli Aniq selamba dan berjalan ke arah Adreena.. dia tak tahu ke aku race kot dari hospital ke perak?

"Awak datang sini buat apa?" Adreena memandang ke arah lain.. entahlah, dia tak boleh tengok wajah Aniq selepas perbalahan mereka semalam

"Saya datang sebab nak melawat nenek, bukan awak.. tak payah nak perasan" balas Aniq geram

Geram dengan perangai keras kepala Adreena.. nak menang je kerjanya.. dia terus berjalan menuju ke dapur untuk bersalaman dengan mereka yang ada di dapur

"Maklong.. maaf Aniq lambat.. baru habis kerja subuh tadi" Aniq bersalaman dengan wanita separuh abad itu.. dibiarkan sahaja mata wanita yang melihatnya atas bawah.. dengan baju kerja yang tak bersalin lagi

"Kamu ni, sanggup ya biarkan Adreena balik sorang diri.. tak tahu ke bahaya memandu malam malam? jalan ke sini gelap tahu, kalau ada apa apa yang jadi pada isteri kamu tu, macam mana?" terus disembur Aniq yang terkebil-kebil itu

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now