Bab 39

7 0 0
                                        

Waktu tengaharinya diisi dengan sesi video call bersama Aniq.. banyak yang mereka kongsi lebih-lebih lagi Aniq.. Adreena menompang dagu mendengar segala luahan hati dan pengalaman Aniq selama berada di sana.. hari ini, hampir sebulan mereka terpisah kerana jarak

Seorang di Malaysia, seorang lagi di bumi Syria.. sesekali Adreena tertawa kecil apabila Aniq berseloroh bahawa dia rindukan bubur Adreena.. oh, masa seminggu sakit haritu muaklah apa lah.. ni, dah lama tak merasa barulah rindu.. itulah manusia ish ish ish

"uhm" Fiyadh berdehem sebelum mendekati Adreena yang sedang senyum berseri-seri itu

"Amboi, ni kalau senyum sampai ke telinga ni mesti lepas beradu kasih dengan suami sendiri ni kan?" usik Fiyadh.. Adreena tertawa lepas.. tak sangka ada yang mengintip dia

"Kenapa awak tak keluar makan? kan dah lunch hour?" soal Adreena

"Ha, sedar pun dah lunch hour.. awak tu, kenapa tak makan lagi? kalau sakit, buah hati awak nun jauh kat sana tentu susah hati" pesan Fiyadh.. dia sudah agak Adreena ada di tempatnya.. sebetulnya wanita itu sudah beberapa kali skip makan tengahari

"Amboi concern nya Encik Muhamad Fiyadh ni" Adreena berseloroh.. sebenarnya sejak kebelakangan ini, seleranya semakin merosot.. tengok makanan pun dia tak berapa lalu

"Mestilah concern.. kalau apa apa jadi pada awak, saya yang susah tau" jujur Fiyadh.. dia bersandar pada dinding dan memandang ke dalam anak mata Adreena

Adreena berkerut kening.. dia berasa sedikit tidak selesa dengan ujaran Fiyadh.. tapi takkanlah Fiyadh menyimpan perasaan terhadapnya?

tak.. tak mungkin.. hati kecilnya menafikan

"Tak apa lah.. pandailah saya jaga diri" jawabnya ala kadar.. dia masih mahu bersangka baik.. dan dia yakin Fiyadh cuma mengambil berat sebagai seorang kawan, itu sahaja

"Seriously, saya perasan yang awak dah beberapa kali tak makan.. badan pun makin susut je.. awak sihat tak?" Akhirnya Fiyadh menyuarakan kerisauannya.. sejujurnya Adreena nampak tidak sihat dimatanya

"Sihat Fiyadh.. look at me.. nothing wrong pun kan?" memang kebelakangan ini dia perasan dia rasa penat dan tiada selera makan, tapi dia yakin itu semua sebab dia  terlalu sibuk kerja sahaja.. okay apa, sekurang-kurangnya boleh jadi alasan untuk dia diet!

"Nah, saya keluar belikan awak makanan jap.. cakap je nak apa.. saya belikan" beria-ria Fiyadh memujuk

"Tak apa Fiyadh.. I'm okay.. saya tak lapar" tegasnya.. tak suka jika ada yang memaksa.. Adreena mengemas failnya dan mencapai telekung untuk menunaikan solat

"Adreena tolong jangan degil.. Aniq dah amanahkan saya untuk tengokkan awak" akhirnya dia jujur sahaja.. melihat kedegilan Adreena, dia risau Aniq akan memarahinya jika ada yang terjadi pada Adreena.. lagipun, mereka sama-sama berkawan kan?

"Kan saya cakap tak apa-" Adreena memegang dahinya.. tiba-tiba sakit kepalanya datang lagi.. Adreena kembali duduk setelah ditawarkan sebuah kerusi oleh Fiyadh

"Awak okay tak ni? Nak pergi klinik? jom saya bawak kan" pelawanya setelah melihat Adreena masih memicit dahinya

"Tak ada lah.. ni sebab saya tak cukup tidur je ni.. lepastu saya minum kopi" jawabnya sambil menggeleng.. malas lah nak ke klinik bagai

"Eh, Encik Adh? buat apa dengan Adreena berdua kat sini?" Pandangan mereka sama sama terhala pada beberapa suara itu.. Adreena memandang ke arah Fiyadh yang sudah membetulkan tali lehernya

"Ehm.. saya cuma nak minta fail pada pekerja saya.. tu je.. siapa, nama awak tadi? Adreena kan?" Ucap Fiyadh penuh keyakinan

"Ha.. haah.. ya.. tadi, Adreena je ada kat sini sebabtu Adh, I mean.. Encik Fiyadh minta tolong" Adreena mengangguk beberapa kali

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now