Bab 41

8 0 0
                                        

Hari-hari berlalu seperti biasa.. tapi Adreena tidak lagi berhubung dengan Aniq.. dia sudah menukar nombor telefon baharu setelah berasa rimas ditelefon beberapa kali.. lebih tenang begini.. tiada siapa yang mengganggu.. dia juga masih belum jumpa Fiyadh.. sejak peristiwa malam itu, dia langsung tak hiraukan Fiyadh.. dia lebih selesa untuk mengelak dari semua orang

Syukur dia tidak punya alahan yang teruk.. cuma makin hari dia makin tak lalu untuk makan.. dan sejujurnya, dia tak kisah langsung.. sikit pun dia tak paksa diri untuk makan.. biarlah, dah tak lalu kan.. buat apa nak paksa

Harini cuti tapi seharian Adreena baring sahaja di atas katil.. dia turun katil pun cuma untuk solat sahaja.. perutnya yang terasa sedikit sakit itu buatkan Adreena berdecit.. dia tak lapar tapi kalau dia tak makan, mesti perutnya akan sakit.. jam di dinding dipandang sekilas.. oh, dah pukul 4 petang.. patutlah

Adreena terpaksa bangkit dari baringnya dan menuju ke dapur.. usai membancuh teh panas, biskut keping yang ada dalam balang itu dicelup dalam teh dan disuap masuk ke dalam mulut.. okaylah ni, buat lapik perut

ting tong

Adreena angkat bahu.. memang sah itu penghantarannya yang sepatutnya sampai harini.. Adreena capai tudung sarung dah cardigan yang terlipat di dalam almari.. memang sering dia guna jika parcel menunggu depan pintu rumah

"Mak.. ayah" terkedip-kedip mata melihat dua wajah yang tak asing itu.. dah kenapa pulak mereka redah rumah Adreena sebegini.. biasanya mereka akan telefon dahulu sebelum datang

tak.. sebenarnya ini kali pertama mereka jejak kaki disini

__

"Kenapa anak mak makin kurus ni? Adreena okay tak? ke tak sihat?" risau hati seorang ibu melihat anaknya semakin susut

Keadaan rumah yang sedikit berantakan itu dipandang aneh.. buku majalah dan novelnya bersepah diatas meja.. pakaian kering juga dibiarkan tidak lipat di dalam bakul.. biasanya Adreena lah manusia paling pembersih dan pengemas.. lebih lebih lagi bab penjagaan rumah.. apa sudah jadi?

"Okaylah mak.. Adreena diet" Adreena senyum nipis.. senyuman yang terpaksa

"Nak diet kejadahnya.. engkau tu dah kurus, tak payah diet bagai" laju bibirnya membebel

"Ada apa mak dengan ayah datang? kenapa tak bagitau Adreena?" soalan itu ditanya setelah dia melabuhkan punggungnya.. dahinya dipicit kerana terasa pening

"Macam mana nak bagitaunya.. telefon nombor engkau orang lain yang menjawabnya" sambungnya lagi.. lama juga dia merenung mata Adreena.. wajah anaknya itu memang pucat lesi dan tak bermaya

Adreena berdecit.. Aih, macam machine gun sia.. marah betul aku tak angkat call

"Akak tukar nombor ke?" lembut suara si ayah bertanya

"Oh, haahlah.. nombor akak mati.. lupa nak bagitau yang akak tukar nombor phone.. sorry mak.. sorry ayah" Adreena menggaru kepala.. adui, macam mana kau ni Adreena.. punya nak marah sorang, satu dunia kau cut off ke macam mana

"Ada apa yang tak kena ke? Adreena ada masalah?" soal Puan Farhana lagi.. walaupun Adreena langsung tak bercerita, dia tahu ada yang tak kena dengan anak perempuannya itu.. kalau tak, takkan menantunya minta mereka datang melawat dan tanya keadaan Adreena

"Mana ada lah.. akak sibuk kerja.. sekarang ni sorang pekerja berhenti jadi akak kena cover kerja dia.. tu yang sibuk tu" dalihnya.. membohong je kerja kau Adreena oi

"Eh, kejap.. biar akak sediakan air kejap" Adreena bangun.. tengok renungan harimau malaya mak dia pun rasa kecut perut dah.. memang tak lah dia nak tetap duduk je atas sofa tu

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now