Bab 56

10 0 0
                                        

Setelah hampir gila berperang dengan perasaan sendiri, Aniq tiba di hadapan rumah nenek Adreena.. kepala tak gatal itu digaru beberapa kali.. entah apa alasan mahu ditabur setelah membiarkan Adreena seminggu disini.. belum sempat dia memberi salam, ada yang datang menegurnya

"Farah... dari mana ni?" senyuman sumbing dihadiahkan buat wanita itu

"Dari rumah kawan.. eh, abang Aniq.. lama kita tak jumpa kan?" Farah mula terkulat-kulat.. tersengih-sengih macam kerang busuk

"Aa tu lah.. sibuk sikit sejak dua menjak ni.. isteri nak bersalin kan, Aniq kena kerja kuat sikit" nasib baik lah skil menipunya masih boleh diguna pakai.. kalau tak, naya lah

"Oh... Farah ingat abang Aniq dengan Adreena tu ada masalah.. bergaduh besar ke.. kan.. mana tahu" ucapnya sambil terkekek ketawa.. entah mana letaknya lawak, Aniq sendiri tak tahu

"Kami okay je.. tak ada masalah pun" Aniq tampil mempertahankan diri.. gila ke nak mengaku yang diorang ni tunggu masa je nak cerai? mahu runtuh rumah papan ni kejap lagi

"Eh, bang.. jomlah naik.. dah malam ni, tak elok duduk luar lama lama.. karang selsema.. sejuk ni" Farah terlebih dahulu mendaki tangga dan membuka pintu rumah.. manakala Aniq hanya membuntuti wanita itu

"Maklong.. nenek.. abang Aniq datang ni!" laungan Farah disusuli dengan dua orang wanita yang tiba dibalik langsir bilik.. Aniq segera bersalaman dengan mereka berdua

"Aniq minta maaf datang mengejut ni.. baru dapat cuti.. tu yang ingat nak bawak balik Adreena" pandangan tak puas hati Maklong dibuat buta sahaja.. Aniq masih berdebar.. tentu akan ada bebelan dari wanita itu selepas ini

"Tak apa lah.. nenek faham.. elok jugak lah kamu ambik dia.. dia pun lama dah kat sini.. mesti rindu KL tu" jawab nenek mesra

"Ada apa masalah kamu berdua ni? maklong tengok Adreena tu asyik termenung aje.." soalan maut pertama sudahpun menyapa halwa telinga.. Aniq ketap bibir.. reaksinya cuba dikawal sehabis baik

"Kamu ada perempuan lain belakang dia ya? curang pada Adreena.. betul ke?" tempelak Maklong

"Sarimah!" jeritan nenek mengejutkan semua yang ada disitu

"Ini tetamu tau.. mana adab kamu? dia datang jauh jauh nak jumpa isteri dia, kamu pula sibuk nak memfitnah macam macam.. mana kamu tahu hal dalam kain keluarga dia, Sarimah?" nenek mula menasihati anaknya yang agak melampau itu

Aniq cuma menunduk.. sedikit terasa akan tuduhan berat itu.. nasib baik lah, dia masih punya rasa hormat terhadap orang yang lebih tua darinya.. kalau tak, mahu saja dia beritahu hal yang sejujurnya.. bukan dia yang curang, tapi Adreena!

"Tak ada lah mak.. Adreena tu tiba tiba aje balik.. mana ada suami yang biar isteri tu dalam keadaan berbadab dua balik naik bas macam tu, mak? takkan takde secebis rasa risau dengan keselematan isteri.. mana letaknya sayang kalau macam tu? mak tak terfikir?" masih lagi mulutnya membebel.. sengaja mahu menyindir Aniq yang bersikap tidak patut itu

Kali ini, dia terpukul dengan kata-kata Maklong.. benar-benar tersindir dengan apa yang dia buat kepada Adreena.. sikap bodohnya yang telah menimbulkan fitnah tentang hubungan dia dan Adreena lol

"Dah, Sarimah.. cukup.. Aniq.. masuk lah bilik tu.. biar nenek siapkan makanan semua.. kamu berehat dulu, nanti kang nenek panggil" cepat-cepat dia menyelamatkan keadaan sebelum berubah keruh

"Baik nek" Aniq mengangguk lalu berlalu dari situ.. lagi lama dia disitu, nanti perbalahan kecil itu menjadi besar pula.. tak memasal anak dan ibu bergaduh kerana dia

Pintu dikuak perlahan.. matanya terus menangkap Adreena yang sedang lena di atas katil.. perlahan dia mendekati dengan senyuman dibibir.. lega hatinya dapat melihat wajah Adreena lagi.. terbang melayang rasa rindu yang ditanggungnya selama seminggu

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 4 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now