Adreena menongkat dagu.. hanya memerhati Aniq yang sedang mengemas pakaian.. hatinya benar-benar sayu.. sempat lagi tak agaknya kalau Adreena hendak menukar fikiran? kalau dia cakap dia tak setuju kalau Aniq pergi? bolehkah begitu?
Adreena ketap bibir.. takkanlah Adreena hendak bersikap sedemikian.. macam anak kecil saja.. Adreena menggeleng sendiri.. cuba mengusir fikiran yang entah apa apa itu
"Sayang? kenapa ni monyok je.. tak sihat ke?" tegur Aniq.. muka masam Adreena dipandang lama.. lantas dia duduk disebelah Adreena yang sedang menghadapnya itu
"Tak ada apa.. awak nak saya tolong awak kemas barang?" soalan lain yang bermain diminda, namun soalan lain pula yang Adreena utarakan
"Tak payah.. sikit je lagi ni.. saya boleh buat sendiri" dia tak mahu susahkan Adreena.. memandangkan isterinya itu baru sahaja bercuti setelah hampir seminggu bekerja, biarlah Adreena berehat sepuasnya.. biar Adreena mendapat rehat yang berkualiti
Adreena mencebik..poyo betul.. dah ada isteri, tak nak guna sehabis mungkin.. hairan!
"Awak akan kesana berapa lama?" Adreena mengeluh
"Tak lama pun, paling-paling pun sebulan lah.. bergantung pada keadaan" Aniq mengangguk beberapa kali.. seingatnya begitu lah
Dia pun sudah lupa yang dia telah mendaftarkan diri sebagai doktor bantuan dan sukarelawan tahun lepas.. dan bila sampai masanya, terpaksalah dia pergi biarpun hatinya berat hendak meninggalkan Adreena seorang diri di sini
"Oh, faham.." lambat-lambat Adreena mengangguk.. hampanya hati mendengar jawapan itu.. sebulan itu lama terlalu lama! sedangkan dia sudah biasa tatap wajah Aniq setiap hari.. dia takut rindunya terlalu berat untuk ditanggung
"Kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal?" Adreena memendam rasa.. semuanya terlalu tiba-tiba.. takkanlah Aniq tak selesa berkongsi berita dengannya? atau dia memang tak penting?
"Sebenarnya saya terpaksa gantikan kawan saya.. ada hal keluarga last minute.. sorry, okay?" Aniq melepaskan keluhan.. kalau tak, dia akan dihantar beberapa bulan akan datang
Setelah memberi jawapan, Aniq sambung melipat bajunya yang sudah tinggal beberapa helai.. oleh kerana dia akan terlibat dalam misi bantuan, Aniq diberikan cuti buat beberapa hari.. semuanya demi persiapan mental dan fizikalnya untuk ke sana.. tentunya hari disana akan mencabar dan meletihkan.. tapi, Aniq berpuas hati.. kerana itu memang sebahagian dari impiannya.. untuk menghulurkan bantuan pada yang memerlukan
"Awak nak air?" soal Adreena dengan nada yang dibuat-buat ceria.. dia tak mahu tenggelam dalam kesedihan dan kerisauan.. takut jika Aniq dapat mengesan hal itu.. tentu dia akan jadi bahan jenaka Aniq
"Boleh jugak.. nanti saya turun.. awak tinggal je air kat meja makan, okay?" ucap Aniq
Adreena tabik hormat pada Aniq sebagai respon atas arahan yang diberi.. kakinya mula diatur menuju ke dapur.. macam biasa, teh panas dibancuh.. Aniq memang tak boleh minum kopi.. nanti karang sampai ke pagi dia tak tidur.. Adreena sengih sendiri mengingatkan Aniq yang banyak benar pantang larang dan perangai peliknya.. tapi yang bagusnya, lelaki itu takkan pernah susahkan Adreena sebab dia lebih rela menyusahkan diri sendiri
Kalau Aniq tiada, siapa lagi yang hendak bergaduh mulut dengannya? siapa yang hendak membantunya kemas rumah.. pasti hidupnya akan sunyi nanti
Sambil mengeluh, Adreena meletakkan cawan berisi teh panas yang masih berasap itu di atas meja.. bila teringatkan yang dia lupa hendak membawa telefon ke bawah, Adreena tepuk dahi.. itulah bahananya kalau pelupa!
Oleh kerana dia terlalu malas hendak naik ke atas semata untuk mengambil telefon, Adreena hanya menunggu Aniq dibawah sahaja.. Aniq tentu tak lama di atas.. Adreena meletakkan kepalanya di atas meja sementara menanti sang suami.. entah bila dia tidak pasti, dia sudah terlena di situ.. saat itu jam pun sudah menunjukkan pukul 10 malam
__
YOU ARE READING
Absquatulate love
RomanceAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
